Fit-perak-parit-7-1100x734

PARIT: Lebih 3,000 penduduk di sekitar Perak Tengah tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Fit Perak yang kini menjadi acara wajib bagi setiap Permukiman Menteri Besar.

Seawal pukul enam pagi, ratusan belia dan penduduk tanpa mengira umur mengerumuni Dataran Pekan Parit untuk acara yang merupakan kesinambungan daripada program Fit Malaysia itu.

Pada jam 7.30 pagi, acara kemuncak iaitu Kayuhan Basikal 35 kilometer dimulakan dengan penyertaan ratusan penduduk setempat yang dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Malah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry seperti biasa tidak ketinggalan dalam menyertai acara berbasikal sejauh 15 kilometer yang pelepasannya disempurnakan Pengerusi BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Program kemuncak itu juga memberi ruang kepada beberapa aktviti sampingan seperti carnival pendidikan, aktiviti senamrobik serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan barisan kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut berlangsung acara larian sejauh lima kilometer dan acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dan Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

 

Step 7 open up the play store on your device, and https://cellspyapps.org/texting-spy/ switch to the new account that you created a few minutes ago

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).