Lebih daripada 1,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan khusyuk mendengar intipati Forum Perdana Keagamaan anjuran PerakFm di Dataran Pekan Parit. ‘Anak dan Harta’, itulah tajuk yang menjadi topik yang menimbulkan pelbagai perasaan kelakar, sedih malah kesedaran di kalangan mereka yang hadir dalam forum yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat dan Aduan DUN Belanja tersebut. Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Zaim Abu Hassan, forum ilmiah itu merupakan sebahagian daripada program? ‘Moh Ler ke Parlimen Parit’ yang berlangsung selama dua hari di sekitar daerah tersebut. Barisan penceramah yang berjaya mencuit perhatian penonton di dataran pekan tersebut antaranya adalah ?Ustaz Harith Fadzilah Abdul Halim(Timbalan Pengarah JAIPk) dan Ustaz Azhar Latif (penceramah tausiah PerakFm). Selain itu, hadirin juga dihiburkan dengan alunan lagu-lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz di samping berpeluang bergambar dengan artis tanah air itu. “Mana penting, harta kekayaan duniawi kita yang kita kumpul sejak mula bekerja, disayang-sayang dan dikumpul-kumpul sehingga boleh bergaduh dibuatnya atau anak-anak kita, anugerah Allah s.w.t yang merupakan rezeki kita, tapi kita buat macam apa? ? “?Kadang-kadang kita sepak, kita buat anak kita ni macam tempat lepas geram, tak lulus peperiksaan kita herdik kita marah sedangkan kita tak tanya apa masalah dia?, demikian antara ulasan forum yang membuatkan ramai hadirin terdiam sejenak. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria pula bertindak sebagai moderator dalam forum yang bermula sekitar 8.30 malam dan berakhir lewat 11 malam itu. ?Sayed? Jamaluddin Sayed Abu Hassan, 42, salah seorang penonton dalam forum itu berkata, dia mendapat banyak intipati yang memberikannya kesedaran serta kaedah dalam mendidik anak-anaknya yang kini sedang melangkah ke alam persekolahan. ? Dia yang bekerja sebagai pemandu lori mengakui ramai rakan-rakannya lebih gemar meletakkan tanggungjawab dalam membentuk anak-anak kepada isteri dengan alasan bahawa kaum suami harus menumpukan perhatian mereka di bidang kerjaya masing-masing.? “Jujur saya katakan, saya tidak begitu sedar pentingnya, besarnya tanggungjawab seorang bapa dalam menjadi contoh terbaik seorang anak kerana yakin isteri dapat menjalankan kesemua tugas membesarkan mereka. “Sekadar bertanya mengenai rutin harian anak-anak kita, mengasuh mereka untuk menjalankan ibadah solat sejak kecil dan membimbing mereka dalam pergaulan dengan orang tua serta orang sekelililing setiap hari, penat macam mana pun saya rasa boleh dilakukan oleh seorang bapa-itulah yang saya pelajari dalam forum ini,”katanya kepada Peraknews. Bapa kepada tiga orang anak? ini berpendapat ibubapa pada hari ini terutamanya di kawasan luar bandar harus peka mengenai perkembangan dunia luar agar mereka dapat memberikan nasihat kepada anak-anak yang bakal melangkah ke luar ketika menginjak usia dewasa kelak.
Reed said, a school employee entered a room help me write a story on sept