‘Nga Jangan Politikkan Pemberian Duit Raya’-Nizar Zakaria

IPOH:Tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang memuat naik status di akaun Facebook miliknya didakwa sebagai menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah satu tindakan yang mencerminkan pemikiran kolot dan cetek pemimpin DAP itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berhubung tindakan tersebut.

“Ia satu pemikiran kolot dan cetek serta ingin menghasut orang ramai terutama umat Islam yang sedang merayakan kemenangan ibadah berpuasa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nga baru-baru ini.

Jelas Nizar, pemberian duit raya adalah satu amalan yang mulia kerana ianya adalah satu sedekah dan perkara itu telah dipolitikkan oleh Nga.

“Kena sedar bahawa pemberian duit raya bukannya rasuah sebaliknya ia adalah pemberian daripada golongan yang berkemampuan dan bukannya syarat untuk berhari-raya.

“Pemberian duit raya khusus kepada kanak-kanak, golongan memerlukan sebagai satu tanda kemenangan menyambut Syawal dan keikhlasan naluri dari diri sendiri,”ujarnya.

Tambahnya ADUN Belanja itu lagi,pemberian itu langsung tiada berkaitan dengan rasuah dan sepatutnya Nga tidak mempermainkan isu sebegini.

“Dia adalah bapa perpecahan dalam negara ini apabila beliau merasakan dirinya hebat dan betul serta dia sahaja yang boleh senantiasa berpolitik tanpa memikirkan sensitiviti beragama.

“Kita sebagai umat Islam perlu sedar dan memahami ada haknya untuk berpolitik dan jangan sampai ianya melampau,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, cubaan Nga Kor Ming ini bukan hanya sekali tetapi telah berlaku banyak kali khususnya perkara bertujuan untuk membenci kerajaan.

“Umat Islam disaran supaya berhati-hati dengan pihak DAP kerana kini sudah pada tahap yang konflik jadi kita perlu membuka mata terutama kepada penyokong pihak pembangkang ini.

“Ia satu kesilapan yang cukup besar Nga Kor Ming cuba untuk menanamkan kebencian pada kerajaan dengan mencuba polemikkan agama.

Malah jelasnya ia satu perkara yang perlu diambil tindakan cukup keras terhadap Nga supaya beliau tidak bertindak melampaui batas.

“Kita juga banyak perkara yang boleh diusik daripada pihak DAP namun pihak BN mengetahui perlembangaan dan undang-undang yang perlu dipatuhi

“Dia jangan hipokrit kerana agama lain menjadikan pemberian duit raya sebagai amalan,” katanya.

Terdahulu Nga dikatakan berkata menerusi status Facebook miliknya telah memuatkan satu gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika Hari Raya sebagai rasuah.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga KorMing, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

David ipe, the career adviser for the school, said the indian school teaches boys and girls in the upper grades in separate classes in accordance proessaywriting.org with ministry regulations

Perlu Tingkat Kebersihan Tandas Masjid, Surau

PERAKTODAY1

PARIT: Aspek kebersihan terutama melibatkan tandas perlu diberi penekanan utama, bersesuaian dengan peranan institusi masjid sebagai tempat ibadah bagi umat Islam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan dan langkah segera harus diambil oleh ahli jawatankuasa masjid dan surau dengan memainkan peranan masing-masing.

“Semua pihak terutama jawatankuasa masjid supaya memperhalusi keperluan terhadap menjaga kebersihan tandas yang disediakan di setiap masjid.PERAKTODAY4

Ujarnya, kebersihan dan landskap tandas yang baik perlu diwujudkan selain daripada prosedur khusus dalam memastikan penjagaan tandas di setiap masjid sentiasa baik dan bersih.

“Pihak jawatankuasa masjid juga perlu mengambil pendekatan menghiaskan serta menjaga kebersihan tandas di setiap masjid dan surau,” katanya sejurus selepas majlis ramah mesra, penyampaian sumbangan dan majlis berbuka puasa di Masjid Naqliah Padang Kangar di sini hari ini.

PERAKTODAY2

Tambahnya lagi semua pihak perlu memainkan peranan dan memikirkan mengenai keperluan dan keselesaan pengguna lain.

Terdahulu Perak merupakan negeri pertama di Malaysia menggunakan Modul Pembersihan Hamam (Tandas) yang disediakan oleh Sirim Bhd (Sirim) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Mei lalu.

Pada masa yang sama beliau juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan DUN Belanja serta meninjau proses membaik pulih masjid tersebut.

Terdahulu Kerajaan katanya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada 12 Masjid terpilih bagi DUN Belanja untuk bantuan penambahbaikan dan proses baik pulih masjid.

Ujar Nizar, bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada jemaah yang bukan hanya melakukan ibadah solat tetapi juga menyertai pelbagai program dakwah.

“Persekitaran masjid juga perlu dilengkapi dengan prasarana sekolah agama rakyat, tahfiz dan tanah wakaf pastinya menjadi paksi utama,” katanya.



But we also ought https://homeworkhelper.net/ to share a judgment as to how good is good enough

Jadikan Program Ngaji Al-Quran Rutin Harian

IPOH: Umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya menjadikan program mengaji Al-Quran sebagai rutin harian bersama-sama ahli keluarga bagi membentuk keluarga yang harmoni.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka perlu mencari ruang masa yang sesuai untuk melaksanakan program itu.629c40_034d8b8c5a544203aa26b359942926ff-mv2

Menurut beliau, Al-Quran tidak sepatutnya dijadikan pameran yang disimpan di dalam almari, sebaliknya perlu dibaca serta difahami dihayati maksudnya untuk dijadikan panduan hidup.

 “Al-Quran adalah mukjizat yang mesti kita jadikan panduan, lebih-lebih lagi untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan bertaqwa,” katanya ketika berucap merasmikan Program #MalaysiaNgaji 2016 peringkat negeri Perak di Perpustakaan Awam Negeri Perak di sini pada Rabu.

629c40_75e47f2a4bc841efbb2ef254412abffb-mv2

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak, Salbiah Mohamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Datuk Mohd Yusop Husin.

 Menurut Drs Nizar, dengan perkembangan teknologi yang berlaku sekarang, Al-Quran boleh dibaca di mana-mana melalui pelbagai aplikasi sama ada melalui telefon bimbit ataupun komputer.

Sementara itu, Salbiah di dalam ucapannya memberitahu, Program #MalaysiaNgaji itu yang dijalankan serentak di seluruh negara adalah hasil kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri dengan beberapa pihak.

 Di dalam program itu, para jemputan turut bersama-sama kira-kira 500 hadirin, termasuk pelajar sekolah dan maahad tahfiz mengaji Al-Quran selama sejam mulai 12 tengahari.

They aim for quick behavioral results, rather than helping students better understand and commit to the values that are core to our society, or helping them develop the skills for putting those values into action in life’s complex check my blog situations

Program Ziarah Diperhebat Menjelang Aidilfitri

PARIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria memperhebatkan lagi program ziarah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba minggu depan.

 Menurut beliau, program itu telah menjadi acara berterusan beliau sejak menjadi wakil rakyat, untuk turun padang melihat sendiri golongan yang kurang bernasib baik seperti warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

629c40_0b9f1cb49d9540e18dff5fc792669ded-mv2

Beliau memberitahu, selain bertanya khabar dan masalah mereka, beliau juga turut menghulurkan bantuan, termasuk kotak bantuan makanan untuk golongan berkenaan.

 “Sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, mereka juga mahu menyambut Ramadan dan Aidilfitri seperti orang lain, walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya kepada Suara Perak.

 Sehubungan itu, Drs Nizar memohon jasa baik penduduk setempat, khususnya ketua-ketua masyarakat supaya sentiasa prihatin bagi memastikan tidak ada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir.

 “Masyarakat sekeliling yang mempunyai kemampuan, tolonglah dan bantulah mereka ini, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia dan penuh barakah ini,” ujar beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Shahsiah negeri berharap, umat Islam dapat merayakan Aidilfitri bersama-sama kaum keluarga dan sahabat handai, tanpa melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

 “Sambutlah lebaran dengan penuh rasa syukur, mengunjungi sanak saudara, tanpa melupakan golongan kurang bernasib baik seperti warga emas dan OKU,” kata beliau

As soon as we have more information about the new singapore store, including where it will actually be located and when it will open, we’ll be sure to bring that to https://topspying.com/family-locator you

Anak Perak Wakili Malaysia Ke Algeria

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini mengucapkan tahniah kepada Muhammad Hanzalah Ahmad Sukry yang akan mewakili Malaysia dalam satu pertandingan menghafaz Al-Quran di Algeria.

Muhammad Hanzalah, 19, akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ’13th Session Of The Algeria Holy Quran Recitation Prize Al-Geria yang turut disertai oleh lebih 40 buah negara Islam yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, ia menjadi kebanggaan kepada negeri Perak.

“Ini merupakan salah satu daripada kebanggaan kita dimana program yang kita susun yakni sekolah-sekolah tahfiz ini telah membuahkan hasil bukan hanya pelajar-pelajar kita telah pun dapat daripada segi sudut ilmu menghafaz, akan tetapi mereka juga boleh membawa diri mereka bukan hanya dilingkungan tetapi di peringkat antarabangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ujarnya, Muhammad Hanzalah sebelum ini pernah terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk) iaitu Mencari Juara Huffaz dan Tilawah Jaipk.

“Beliau merupakan salah seorang daripada peserta yang berada dalam program yang kita mula susun pada tahun 2015 yang lalu,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, saban tahun, pihaknya sentiasa menghantar peserta-peserta yang mewakili negara bagi pertandingan Hafazan Al-Quran.

“Contohnya tahun lepas, pesertanya datang dari negeri Perak dan tahun ini pun dari negeri ini dimana Muhammad Hanzalah ini belajar di Sekolah Tahfiz Taman Lake View, Taiping. Ini menunjukkan peningkatan yang begitu baik.

“Bagi kerajaan negeri sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Hanzalah dan kita berharap beliau mampu menjadi juara di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada anak-anak muda atau pelajar yang berada di sekolah tahfiz serta sekolah agama, untuk tidak beranggapan bahawa sekolah agama tidak mempunyai potensi.

“Ia sebenarnya mempunyai potensi dan ruang yang cukup besar bagi diri mereka untuk diapungkan,” katanya lagi.

Would an iphone upgrade plan like this one strike a fair compromise between your needs and those of apple trackingapps.org/number-to-call-to-see-if-cell-phone-is-tapped/ and its service providers

Bantuan Perkapita Bantu Lonjak Semangat Guru Sekolah Agama

PERAKTODAY1-2-1

KUALA KANGSAR : Bantuan Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Negeri Perak dilihat mampu menjadi lonjakan semangat kepada guru-guru di sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, ia merupakan pemberian selain daripada elaun lain yang diterima.

“Di Perak sendiri, kita ada banyak inisiatif-inisiatif yang bersifat kebajikan yang kita berikan kepada guru-guru di sekolah agama.

“Alhamdulillah, secara keseluruhannya segala asas ilmu didikan, kombinasi sekolah agama dan sekolah rendah kebangsaan inilah kita dapat letakkan tapak dalam membentuk kesiapan anak-anak kita dari sudut kemenjadian ilmu yang diperolehi mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-guru KAFA dan penyampaian bantuan tersebut di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kuala Kangsar, hari ini.

Pada majlis itu, Nizar telah menyampaikan Bantuan Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Negeri Perak untuk Daerah Kuala Kangsar berjumlah RM178, 659.

“Sekolah-sekolah agama ini dibantu oleh kerajaan negeri dinamakan sebagai perkapita, iaitu seorang sebanyak RM27, manakala bagi peringkat Majlis Agama Islam, seorang RM12.

“Ini merupakan salah satu cara untuk membantu guru-guru kita dari segi tambahan elaun walaupun kita sedia maklum bahawa elaun mereka sebanyak RM1,000 itu, RM800 dari JAKIM dan RM200 dari kerajaan negeri,”ujarnya.

Sehingga kini, terdapat 3,150 guru-guru sekolah agama mengajar di negeri Perak.

The extension adds kloudless icon right next to the attach files option that allows users to https://trackingapps.org/verizon-family-locator-app/ attach files from dropbox or any other supported cloud storage service

RM178,659 Bantuan Untuk Sekolah Agama Rakyat Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri menyalurkan RM6.65 juta bantuan perkapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Perak, termasuk RM178,659 untuk SAR di Kuala Kangsar.

Bantuan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar di sini pada Isnin.

629c40_6428592e9fe44d6fbb13f6fc8e813604-mv2

Drs Nizar berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan guru-guru KAFA, sebaliknya menyediakan pelbagai insentif kepada mereka, termasuk perlindungan insuran, kemudahan pinjaman koperasi dan melanjutkan pelajaran di Asia e University.

Sehubungan itu, beliau berharap agar guru-guru agama dapat memberi komitmen dan sentiasa istiqamah di dalam mendidik anak-anak menjadi modal insan yang berilmu dan beramal.

629c40_0bb11fe7591f40f991f7f19e7209da11-mv2

“Sebenarnya, guru sekolah agama rakyat paling hebat kerana mereka melakukan jihad ilmu untuk menentukan survival umat Islam, khususnya di kalangan anak-anak kita,” katanya ketika berucap di majlis itu.

 Dalam pada itu, beliau berharap guru-guru agama juga dapat menjadi agen perpaduan dan mengelakkan perbalahan sesama umat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh cabaran sekarang.

“Janganlah hendaknya kita umat Islam berbalah dan bersengketa semasa sendiri, sedangkan kita tengok orang lain berusaha gigih menguatkan lagi kesatuan mereka,” ujarnya.

At the bottom https://trymobilespy.com/android-keylogger of the window, there’s a search bar that allows you to quickly filter the results