PERAK-TODAY-8-2

IPOH : Pengupayaan instrumen wakaf dilihat mampu menjana ekonomi umat Islam, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ujarnya, ia merupakan salah satu instrumen penciptaan kekayaan yang sangat penting dalam Islam bagi membangunkan sosio-ekonomi umat Islam.

“Instrumen wakaf dapat mengupayakan ekonomi ummah menerusi penciptaan peluang pekerjaan kepada mereka melalui perniagaan atau keusahawanan.

“Di mana kegiatan ekonomi tersebut dapat menjana pendapatan dan kekayaan kepada mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum ‘ Increasing Awareness on Waqf For The Benefit of Ummah’ yang diadakan bersempena Pangkor International Development Dialogue 2016, hari ini.

Forum tersebut menampilkan empat orang panel iaitu, Ketua Pegawai Eksekutif Awqaf Holding, Tan Sri Ali Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amirruddin Muhamed, Waqfworld, Prof Dr Shahida Shahimi dan Institut Darul Ridzuan, Zulkifli Mohd.

Ujarnya lagi, sejarah turut membuktikan bahawa wakaf memainkan peranan yang sangat penting dalam membina kejayaan sesebuah tamadun.

“Sebagai contoh, zaman Bani Abbasiyah dan Umaiyyah telah menunjukkan perkembangan wakaf yang luar biasa di mana pengagihan dan penyaluran wakaf bukan sekadae kepada bantuan untuk fakir miskin dan berbentuk kebajikan, tetapi turut diperluaskan kepada pembinaan rumah ibadah dan prasarana kesiharab.

“Malah pada zaman ini, tertubuhnya beberapa badan atau lembaga untuk memantau wakaf secara khusus bagi memastikan kelangsungan wakaf berjalan dengan lancar,”katanya.

Sementara itu, Amiruddin berkata pendedahan mengenai konsep wakaf perlu giat diadakan bagi menjelaskan kepada orang ramai bahawa wakaf tidak terhad kepada umat Islam sahaja.

“Apa yang diwakafkan ini boleh digunakan oleh semua orang termasuk bukan Islam dan penjelasan mengenai perkara ini perlu dibuat secara berterusan.

“Kita kena mewar-warkan perkara ini dan paling penting, kita kena tunjuk ke mana wang ini disalurkan,”katanya ketika ditemui hari ini.

Amirruddin turut berkata, MAIPk telah melancarkan WAQAF Perak Ar Ridzuan (WPAR) pada April lalu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Menerusi WPAR ini, ianya meliputi empat sektor utama kehidupan manusia dan projek-projeknya. memberi manfaat kepada ummah,”katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, dalam kelembapan ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ianya tidak memberi kesan kepada sumbangan wakaf.

“Dalam masa lima bulan kita lancarkan, kita sudah menerima RM1.5 juta termasuk RM500,000 daripada GLC kerajaan negeri.

“Walaupun masih baru dilancarkan, ianya menerima sumbangan daripada orang awam kerana mereka nampak kita telus dalam menguruskan sumbangan yang diterima dan membuatkan mereka berminat untuk terus menyumbang.

Boysen for delays in implementation of the order essays online cheap in https://order-essay-online.net/ law’s technology program and his enforcement of the measure’s governance mandates