17 FEBRUARI 2014 (ISNIN)

08:30 AM – Merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Kali Ke 35 Tahun di Dewan Saidina Abu Bakar INTIM.

 

Perak Cadang Tubuh Lembaga Pengembangan Al – Quran

Perak mendahului negeri-negeri lain dalam usaha memartabatkan lagi Al – Quran dengan cadangan terbaharu untuk menubuhkan Lembaga Pengembangan Al – Quran.

IMG-20140217-WA0007 copy

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, lembaga itu akan dianggotai oleh mereka yang mahir di dalam bidang Al – Quran seperti hafazan dan tilawah.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan bertindak sebagai urusetia lembaga itu.

Beliau memberitahu, lembaga itu akan melihat apa sahaja bentuk perkembangan Al – Quran dan masalah-masalah yang berkaitan, termasuklah dari segi cabaran.

“Lembaga ini mempunyai skop yang lebih besar, memerhati, memantau, melihat dan mengkaji apa sahaja perkembangan yang melibatkan Al – Quran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ujian Hafazan Al – Quran di INTIM, Ipoh pada Isnin.

Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

Drs Mohd Nizar berkata, selain daripada penubuhan Lembaga Pengembangan Al – Quran, kerajaan negeri Perak juga komited untuk memastikan semua daerah di negeri ini mempunyai Sekolah Menengah (SM) Tahfiz negeri.

Beliau memberitahu, setakat ini lima daerah telah mempunyai sekolah ini, iaitu di Pangkor untuk daerah Manjung, Lenggong (Hulu Perak), Semanggol (Kerian), Tapah (Batang Padang) dan Sungai Siput (Kuala Kangsar).

Selain itu, kata beliau, tiga Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu SM Izzuddin Shah, SM Raja Perempuan Ta’ayah dan SM Raja Dr Nazrin Shah turut mempunyai kurikulum untuk tahfiz.

Beliau berkata, sekiranya semua sekolah itu telah wujud, diharap ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan kira-kira 500 orang hafazan muda setiap tahun.

Dalam pada itu, beliau berharap sekolah-sekolah tahfiz yang belum berdaftar dengan JAIPk supaya dapat berbuat demikian bagi memudahkan usaha untuk penyeragaman dan penyelarasan, di samping penyaluran bantuan dan peruntukan.

“Tidak perlu rasa takut untuk berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan insya Allah kita hendak bantu, kita tidak kacau apapun, kita tidak ambil apapun,” ujar beliau.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mohd Yusop bahawa setakat ini terdapat 23 sahaja sekolah tahfiz yang berdaftar manakala banyak lagi yang masih belum berdaftar.

Menurut Pengarah JAIPk itu, walaupun pihaknya boleh mengambil tindakan, tetapi dibimbangi ia akan disalah ertikan oleh setengah pihak.

“Pusat-pusat pendidikan yang lebih yang mempunyai lebih 20 pelajar perlu mendaftar di bawah enakmen kawalan sekolah, jika tidak berdaftar boleh diambil tindakan tetapi bimbang akan disalah ertikan,” tambah beliau.

Mohd Yusop menjelaskan, kerajaan negeri telah mempunyai kurikulum yang seragam untuk sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar demi menjaga kebaikan semua pihak, termasuk pelajar dan ibu bapa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya mempastikan anak-anak mereka belajar di sekolah tahfiz yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini.

Beliau memberi contoh terdapat sindiket di luar Perak yang berselindung di sebalik sekolah tahfiz dengan menggunakan kanak-kanak untuk mengutip wang.

Walaupun tidak berlaku di sekolah tahfiz di negeri ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap kegiatan seumpama ini kerana khuatir ia akan berleluasa sehingga boleh memalukan Islam dari kaca mata penganut agama lain

15 FEBRUARI 2014 (SABTU)

10:00 AMMenghadiri Majlis Perasmian Kepulangan Perak Man di Galeri Arkeologi Lenggong Perak.

 

12:45 PM – Program Ramah Mesra Bersama Ketua – Ketua Kampung dan Kepimpinan Masyarakat Di Atas Feri Di Tasik Banding,Gerik.

IMG-20140215-WA0002 IMG-20140215-WA0004 IMG-20140215-WA0005 IMG-20140215-WA0008 IMG-20140215-WA0009 IMG-20140215-WA0011 IMG-20140215-WA0012 IMG-20140215-WA0016 IMG-20140215-WA0017 IMG-20140215-WA0021 IMG-20140215-WA0022 IMG-20140215-WA0024

04:00 PM – Program Singgah dan Beramah Mesra  Bersama Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli di  Banding

IMG-20140216-WA0010 IMG-20140216-WA0012 IMG-20140216-WA0013 IMG-20140216-WA0015 IMG-20140216-WA0016 IMG-20140216-WA0017 20140216_113902 20140216_112804 20140216_112039 20140216_111348 20140216_111039 20140216_111134 IMG-20140216-WA0019 IMG-20140216-WA0020

 

09:00 PM – Program Santai dan Memancing  Atas Feri  Di Tasik Banding

IMG-20140215-WA0031 IMG-20140215-WA0034 IMG-20140215-WA0029 IMG-20140215-WA0026 1891025_634688979899506_1801809745_n IMG-20140215-WA0023 IMG-20140215-WA0022 20140215_161526 20140216_090151 20140216_090433 20140216_090539

14 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)

12:30 AM – Menziarahi Kematian Di Kampung Parit 6 , Titi Gantung , Bota

 

09 :30 AM – Melawat dan Ziarah Sekitar Kawasan DUN Belanja

 

01:34 PM – Khatib Imam Di Masjid  Parit

 

03:00 PMRamah Mesra Dan Penyampaian Cek Dermasiswa Yayasan Perak Kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Sekitar DUN Belanja Di Pejabat UMNO Bahagian Parit.

IMG-20140214-WA0028 IMG-20140214-WA0025 IMG-20140214-WA0027 IMG-20140214-WA0029 IMG-20140214-WA0031 IMG-20140214-WA0032 IMG-20140214-WA0034 IMG-20140214-WA0024

09:15 PM – Program Ramah Mesra  dan Bermain Badminton Di IPD  Seri Iskandar

13 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)

11:30 AMMenghadiri Program Multaqa Imam, Guru Takmir Dan Jawatankuasa Masjid Kariah Peringkat Negeri Perak 2014 di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP).

IMG-20140213-WA0008 IMG-20140213-WA0009 IMG-20140213-WA0014 19 11 3 1 7 IMG-20140213-WA0010 8 2 4 5 9 10 IMG-20140213-WA0013 IMG-20140213-WA0012 16 15 14 IMG-20140213-WA0011 13 18 6 20

 

02:30 PM – Perasmian Pembukaan Program Motivasi Ibubapa  Dan Murid Tahun Tahun Enam 2014 di Bilik Makmal Komputer SK SeriKaya.

IMG-20140213-WA0026 IMG-20140213-WA0027 IMG-20140213-WA0028 IMG-20140213-WA0029 IMG-20140213-WA0030 IMG-20140213-WA0031 IMG-20140213-WA0032 IMG-20140213-WA0033 IMG-20140213-WA0025

 

06:30 PM – Melawat  dan Menziarah serta Menyampaikan Sumbangan Kerusi Roda di Kampung Sadang Parit.

IMG-20140213-WA0037 IMG-20140213-WA0040 IMG-20140213-WA0038 IMG-20140213-WA0039