10:00 AM – Sidang Media Berkenaan Karnival Keusahawanan Negeri Perak Sempena Minggu PKS 2014 di Pejabat SUK, Ipoh.

IMG-20140616-WA0000 IMG-20140616-WA0001 IMG-20140616-WA0002 IMG-20140616-WA0003 IMG-20140616-WA0004 IMG-20140616-WA0005

12:30 PMMerasmikan Seminar Ramadhan Menuju Pintu Ar-Rayyan di Dewan Bankuet Suk, Ipoh.

DSCN1428 DSCN1434 DSCN1431 DSCN1433 DSCN1436

DSCN1437 DSCN1438 DSCN1442 DSCN1441 DSCN1443

DSCN1444 DSCN1449 DSCN1451

 

03:30 PMKunjungan Hormat dari Koperasi Amanjaya Kinta Berhad di Pejabat SUK, Ipoh.

DSCN1456 DSCN1457

 

04:30 PM – Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Antara Pasukan Piala President Negeri Perak dan T-Team di Stadium Perak.

IMG-20140616-WA0008 IMG-20140616-WA0012 IMG-20140616-WA0013 IMG-20140616-WA0010 IMG-20140616-WA0011 IMG-20140616-WA0014 IMG-20140616-WA0016

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak Today :16 Jun 2014

Karnival Keusahawanan Peringkat Perak Berlangsung DI RTC Gopeng Pada 20-22 Jun

Lebih 15,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Keusahawanan Negeri Perak yang akan membuka tirainya dari 20 hingga 22 Jun ini, bertempat di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) Gopeng.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, karnival itu dianjurkan sempena Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2014 yang diraikan di seluruh negara bermula dari 21 hingga 27 Jun dengan anjuran bersama SME Corporation Malaysia.

“Tema karnival PKS 2014 iaitu ‘Mula Berdikit, Azam Melangit’ bakal memberi gambaran mengenai usaha para usahawan yang bermula dari peringkat bawah hingga meningkat naik melalui usaha serta komitmen yang tinggi,” katanya.

Jelasnya lagi, karnival yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Pelbagai aktviti bakal berlangsung untuk menghimpunkan dan mengiktiraf golongan usahawan yang berjaya beradaptasi dengan lingkungan dalam menjana ekonomi negara,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh, hari ini.

Katanya lagi, segelintir daripada usahawan tempatan sudah membuktikan kejayaan mereka melalui pemasaran produk di peringkat global.

“Pendekatan dengan cara ini perlu diketengahkan supaya masyarakat dapat mengenali produk PKS lantas berupaya menyuntik semangat usahawan serta melahirkan lebih ramai usahawan muda,” ulasnya lagi.

Kerajaan negeri katanya, sentiasa menggalakkan usahawan PKS supaya lebih bersaing dan terus berkembang mencari tapak pasaran yang lebih kukuh.

Karnival usahawan kali ini katanya, bakal diisi dengan pelbagai aktiviti di setiap daerah di Perak iaitu sebanyak 158 aktiviti di seluruh negara dengan 19 aktiviti daripadanya berlangsung di Perak.

“Seminar, ceramah bengkel bicara niaga, forum perdana, senamrobik dan pertandingan memasak antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang tempoh tiga hari karnival itu langsung.

“Saya harap agar rakyat dapat mengunjungi RTC Gopeng secara berama-ramai bagi memeriahkan karnival ini yang secara tidak langsung dapat membantu dan memberi nilai tambah dalam mempromosikan produk PKS,” ulasnya lanjut.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).