09:00 AM – Merasmikan Penutupan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Negeri Perak Darul Ridzuan 2014/1435 H di Sekolah Raja Dr Nazrin Shah, Kampong Gajah.
.
11:00 AM – Perasmian Karnival Keusahawanan Sempena Minggu PKS 2014 Negeri Perak di RTC Perak, Gopeng.
.
05:15 PM – Merasmikan Seminar Keusahawanan Belia di Akademi Pembangunan Belia Tronoh.
.
.09:00 PM – Ramah Mesra Dan Bermain Bola Sepak Antara Pasukan Vateran Dan Pasukan Media Perak Di Stadium MDPT Seri Iskandar.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak Today : 22 Jun 2014
Usahawan PKS Di Perak Terus Dibantu
Kerajaan negeri dan badan berkaitan perkembangan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada kira-kira 60,028 usahawan di seluruh Perak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, usahawan PKS yang berdaftar itu giat menjalankan pelbagai perniagaan yang berpotensi.
Tambah Nizar lagi, agensi seperti SME Corporation, MIDA, MATRADE, MPC dan MIDF telah melaksanakan pelbagai bentuk program berkaitan pembangunan usahawan di seluruh negara termasuklah di Perak dengan kerjasama bersama antara agensi seperti MARA, TEKUN, YBU dan
PKNP.
Dorongan sentiasa diberikan kepada semua usahawan berkenaan dan perkembangannya dilihat cukup baik hasil piawaian dan perkembangan teknologi terkini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Negeri Perak yang berlangsung pada 20 hingga sehingga hari ini di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) Gopeng.
Katanya lagi, pelaksanaan program seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia (TUBE) merupakan antara bentuk dorongan dan batuan untuk menggalakkan golongan muda menjadi usahawan.
“Para usahawan juga boleh mendaftar dengan SME Corporation Malaysia bermula sekarang untuk mendapatkan E-Baucar berkaitan dengan pelaksanaan Good and Service Tax (GST) sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan kepadanya,” katanya lagi.
Usahawan dalam bidang industri pemakanan pula dinasihati menggunakan sijil perakuan Halal yang diberikan pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan jujur dan amanah, tegasnya.
“Setiap syarikat yang mendapat sijil perakuan berkenaan seharusnya bersifat jujur dan tidak hanya hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata,” ulasnya lagi.
Pengusaha produk makanan di Perak juga katanya, perlu menitikberatkan soal sensitiviti terutama sekali berkenaan pengendalian proses penyediaan produk makanan.
Bancian terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik merekodkan 97.3 peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pendaftaran perniagaan di Malaysia adalah PKS.
Perak juga merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia dari segi pendaftaran perniagaan PKS iaitu sebanyak 9.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaftaran.
Mengulas pula mengenai program tersebut, Mohd Nizar berkata penganjuran karnival keusahawanan melalui 19 program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang ‘Minggu PKS’ di seluruh Perak adalah penting untuk para pengusaha dan bakal usahawan di negeri itu.
Perak News : 22 Jun 2014
Usahawan di negeri Perak diberi amaran supaya jangan mengkhianati sijil halal yang mereka terima semata-mata untuk mencari keuntungan berlebihan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, selain sijil halal, mereka juga perlu mengikuti syarat sijil-sijil lain diberikan seperti SIRIM dan GMP.
Menurut beliau, usahawan produk makanan khususnya perlu lebih jujur dan amanah dari segi kebersihan dan halal untuk mempastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam pasaran.
“Saya ingin memberi amaran kepada pengusaha di Perak supaya menjaga sensitiviti produk-produk makanan khususnya, jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata-matanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Peringkat Negeri Perak 2014 di RTC Gopeng pada Ahad.
Menurut Drs Nizar, karnival yang dianjurkan sempena Minggu PKS 2014 itu antara lain untuk mengenengahkan produk hasil usahawan tempatan yang berpotensi.
Beliau memberitahu, setakat ini terdapat lebih 60,000 PKS di negeri Perak yang berada di pelbagai peringkat, termasuk yang telah berkembang ke peringkat national dan global.
Katanya, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi seperti, UPEN, MITI dan Matrade akan meneruskan usaha untuk meningkatkan PKS tempatan sehingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau memberi contoh, beberapa usahawan tempatan telah dibawa ke Hanoi, Vietnam dan Dubai untuk mencari pasaran yang lebih besar.
“Kita mempunyai kelebihan dari segi halal dan saya yakin, produk keluaran usahawan kita mampu bersaing di peringkat lebih besar,” ujar beliau.
Di samping merasmikan karnival anjuran SME Corp, Drs Nizar turut menyampaikan cek pinjaman TEKUN dan hadiah pelbagai pertanding yanh diadakan sepanjang dua hari itu. www.besttrackingapps.com/mspy/