10 APRIL 2014 (KHAMIS)

09:00 AM – Perasmian Penutup Bengkel Asas Juru Acara Majlis Dan Program Pencernaan Minda Jabatan Penerangan Perak Tengah di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Seri Iskandar Perak.

IMG-20140410-WA0006 IMG-20140410-WA0011 IMG-20140410-WA0012 IMG-20140410-WA0007 IMG-20140410-WA0008

IMG-20140410-WA0010 IMG-20140410-WA0001 IMG-20140410-WA0003 IMG-20140410-WA0013 IMG-20140410-WA0014 

IMG-20140410-WA0002  IMG-20140410-WA0004 IMG-20140410-WA0005

02:00 PM – Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Sultan Muhammad Shah Tahun 2013 di Dewan MDPT Parit.

20140410_145552 20140410_145613 20140410_145622 20140410_145755 20140410_145902

20140410_165556 20140410_165502 20140410_165418 20140410_160802 20140410_160750

20140410_160657 20140410_160707 20140410_160718 20140410_160724 20140410_165418

20140410_165502 20140410_170014 20140410_170030 20140410_170316 20140410_170457

20140410_170556 20140410_170601 20140410_170647 20140410_170915 20140410_171231

20140410_171239 20140410_171357 20140410_171546 20140410_171554 20140410_171628

 

 

03:30 PM – Merasmikan Penutupan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Layang-Layang Kiri di Dewan SMK Layang-Layang Kiri 

 

 

09 APRIL 2014 (RABU)

10:30 AMMenghadiri Majlis Pelancaran ‘Program Bertani Berjimat’ Peringkat Negeri Perak Sempena Hari Ladang/ Mini Maha Daerah Larut Matang Dan Selama di Dataran Persatuan Nelayan Kawasan Sg Kerang Mukim Sungai Tinggi, DUN Trong Parlimen Bukit Gantang.

IMG-20140409-WA0027 IMG-20140409-WA0026 IMG-20140409-WA0035 IMG-20140409-WA0041 IMG-20140409-WA0040

IMG-20140409-WA0014 IMG-20140409-WA0008 IMG-20140409-WA0012 IMG-20140409-WA0031 IMG-20140409-WA0014

IMG-20140409-WA0037 IMG-20140409-WA0016 IMG-20140409-WA0023 IMG-20140409-WA0018 IMG-20140409-WA0020

IMG-20140409-WA0024  IMG-20140409-WA0038  IMG-20140409-WA0042  IMG-20140409-WA0029

02:00 PMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

 

06:00 PM – Mengikuti Lawatan YAB Menteri Besar Ke Pusat Penternakan Itik di Trong

20140409_181554 20140409_181600 20140409_181606 20140409_181619 20140409_181721 20140409_182140 20140409_182321

09:00 PM – Ramah Mesra dan Perlawanan Bolasepak Antara Pasukan Veteran Parlimen Parit vs Pasukan Media Perak di Padang MDPT, Seri Iskandar

IMG-20140409-WA0038 IMG-20140409-WA0039

 

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Published: 09 April 2014

Kerajaan negeri Perak mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah keciciran murid dalam mengikuti kelas al-Quran dan fardhu ain (KAFA) apabila mewujudkan kelas KAFA Tulen di 10 buah sekolah kebangsaan terpilih di negeri ini.

Majlis pelancaran dan penyerahan surat perlantikan guru KAFA disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria di Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana petang Selasa.

10 sekolah terbabit ialah SK Iskandar Perdana di Daerah Perak Tengah, SK Pos Bersih, Slim River (Batang Padang), SK Pulau Juar, Kampung Gajah (Perak Tengah).

SK Seri Jaya Batu Gajah (Kinta Selatan), SK Seri Manjung (Manjung), SK Kampung Selamat Semanggol (Kerian), SK Seri Selama, SMK Redang Panjang, Selama, SK Kumpulan Ganda, Hilir Perak dan SK Redang Ponggor, Hilir Perak.

Menurut Drs Nizar, apabila dilaksanakan, KAFA Tulen mampu memberi kesan terbaik kepada murid-murid yang sedang belajar di sekolah kebangsaan selain mewujudkan kesinambungan dalam KAFA.

 

08 APRIL 2014 (SELASA)

02:30 PMMenghadiri Majlis Pelaksanaan Dan Lantikan Guru-Guru Kelas KAFA Tulen Di Sekolah Kebangsaan Terpilih Negeri Perak di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana, Seri Iskandar.

20140408_150856 20140408_150934 20140408_151340 IMG-20140408-WA0040 IMG-20140408-WA0037

IMG-20140408-WA0036 IMG-20140408-WA0033 IMG-20140408-WA0032 IMG-20140408-WA0038 ustaz 1 IMG-20140408-WA0042 IMG-20140408-WA0043 IMG-20140408-WA0044 IMG-20140408-WA0045 IMG-20140408-WA0046 20140408_162635 20140408_162958 20140408_163012

07:45 PMMenghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1435H/2014M di Dewan Tanjung, Dewan Rumah Rehat Teluk Intan. 

ustaz 1 ustaz 2 ustaz 3 ustaz 4 ustaz 8

08:45 PM Menghadiri Majlis Penutupan Dan Penyampaian  Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1435H/ 2014M Arena Square, Teluk Intan.

ustaz 9    ustaz 10

 

07 APRIL 2014 (ISNIN)

08:10 PMMenghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1435H/2014M di Dewan Tanjung,  Dewan Rumah Rehat Teluk Intan. 

 

09:15 PM – Perasmian Pembukaan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak 1435H/2014M di Arena Square Teluk Intan.

IMG-20140407-WA0007 IMG-20140407-WA0012 IMG-20140407-WA0009 IMG-20140407-WA0010 IMG-20140407-WA0014

IMG-20140407-WA0015 IMG-20140407-WA0017 IMG-20140407-WA0018 IMG-20140407-WA0019 IMG-20140407-WA0020

IMG-20140407-WA0021 IMG-20140407-WA0022 IMG-20140407-WA0023 IMG-20140408-WA0000 IMG-20140408-WA0001

IMG-20140408-WA0002 IMG-20140408-WA0003

 

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak News :

Published: 07 April 2014

 

Pendaftaran sekolah agama rakyat (SAR) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Perak akan ditutup pada tahun 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, setakat ini sebanyak 24 sekolah agama rakyat telah mendaftar masuk ke SABK manakala 14 lagi masih belum berbuat demikian.

Beliau berkata, faktor status tanah dan kekeluargaan merupakan antara penyebab terdapat SAR di negeri ini tidak mendaftar sebagai SABK.

“Ini bukan kerana faktor buruk sangka tetapi beberapa masalah yang berkaitan dengan status tanah dan kekeluargaan.

“Contohnya sekolah agama itu ditubuhkan oleh sebuah keluarga dan diwasiatkan supaya sekolah itu dijaga dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kejurulatihan Nasyid Perak di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh semalam.

Menurut Nizar, tawaran kemasukan sekolah agama rakyat ke SABK diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia manakala kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) pula mengeluarkan tauliah memandangkan sekolah berkenaan adalah sekolah agama rakyat.

Katanya, terbaru Sekolah Menengah Agama Idrisiah telahpun mendaftar masuk ke SABK dan kerajaan negeri sedang mengorak langkah untuk memasukkan Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah ke SABK.

 

04 APRIL 2014 (JUMAAT)

10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

ustaz 4 ustaz 3 ustaz 2 ustaz 1 ustaz 6

ustaz 5 ustaz 7 ustaz 8 ustaz 9 IMGL7241

IMGL7237 IMGL7252 IMGL7327 IMGL7317 IMGL7316

IMGL7314 IMGL7314 IMGL7310 IMGL7302

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

Perak News : 04 April 2014

 

yb_nizar_raja_bomoh_200_200JAIPk Buka Kertas Siasatan Raja Bomoh

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan berhubung perbuatan Raja Bomoh di Menara Condong Teluk Intan baru-baru ini, yang dianggap menghina Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 9 (Ajaran dan Amalan Salah) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pesalah akan dikenakan denda RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sesungguhnya amalan perbomohan yang bercanggah dengan syariat Islam boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah,” katanya semasa mengulung perbahasan Titah Ucapan Pemangku Raja Perak di sidang Dewan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) melalui peruntukan asnaf fisabilillah telah mewujudkan skim dermasiswa kepada pelajar di Mesir dalam bidang pengajian Islam.

 

Perak News: 04 April 2014

 

yb_nizar_raja_bomoh_200_200RM442,830 Untuk Program Kesedaran Solat

Kerajaan negeri memperuntukkan RM442,830 tahun ini untuk melaksanakan program kesedaran menunaikan solat bagi rakyat yang beragama Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, selain itu, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak telah melaksanakan beberapa program pembangunan sahsiah dan pembangunan modal insan di kalangan pelbagai kumpulan sasaran.

Menurut beliau, antara program tersebut ialah program asas kaderisasi dakwah, motivasi anak saudara baru Islam dan Orang Asli, program ‘street dakwah’ ditempat tumpuan awam, menyampaikan mesej Islam seperti edaran risalah dan program penerokaan dakwah di perkampungan Orang Asli seluruh negeri Perak.

“Bahagian Dakwah juga menjalankan kempen kesedaran berteraskan fardhu ain dan fardhu kifayah kepada masyarakat Islam termasuklah program belajar dan faham al-Quran dan program belajar dan faham solat di seluruh Perak,” katanya menjawab soalan lisan Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS-Gunung Semanggol) pada persidangan Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

 

Perak News : 04 April 2014 

yb_nizar_raja_bomoh_200_200MAIPk Agih Zakat Untuk Golongan Layak

Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) hanya akan mempertimbangkan permohonan agihan zakat kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti asnaf fakir dan asnaf miskin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam,Pembangunan Sahsiah,Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria menjelaskan masalah utama yang dihadapi pihak MAIPk adalah jumlah permohonan yang terlalu tinggi daripada pemohon.

“Setakat ini MAIPk menerima terlalu banyak permohonan dalam semua skim bantuan asnaf fakir dan miskin sedangkan kutipan zakat adalah dalam jumlah yang terhad.

“Oleh itu hanya yang benar-benar perlu dan dalam senarai yang menjadi keutamaan untuk diberi bantuan,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak di Sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan.

Menurut Drs Nizar, salah faham yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam berkaitan permohonan zakat perlu diberi kefahaman yang selanjutnya.

Perak News : Published: 04 April 2014

yb_nizar_raja_bomoh_200_200Status SMAN Sebagai SABK Masih Dalam Semakan

Status pelaksanaan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berdaftar sebagai Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK) masih lagi dalam proses semakan draf Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, antara perkara yang masih di peringkat perbincangan adalah berkenaan kebajikan guru-guru, sama ada yang kekal berkhidmat di bawah kerajaan negeri atau KPM kelak tidak akan diabaikan.

“Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan seperti kebajikan para guru sebagai contoh soal kenaikan pangkat,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak di Sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan.

Selain itu, beliau berkata, perkara lain yang masih dibincangkan ialah pengurusan dan pentadbiran SMAN masih tertakluk di bawah kerajaan negeri melalui Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tadbir SISTA walaupun telah berdaftar sebagai SABK.

“Antara lain yang masih dalam perbincangan ialah SMAN tidak tertakluk dengan Akta Pendidikan 550 serta mempunyai kuasa autonomi untuk melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah masing-masing,” katanya.

Drs Nizar menambah, MoU tersebut akan dimeterai setelah kesemua perkara itu dipersetujui bersama di antara kerajaan negeri dan KPM.

 

Perak Today : Fri, Apr 4th, 2014

nizar-gulungPelbagai Pendekatan Dilaksana Pupuk Kesedaran Tunai Solat

Kerajaan negeri melalui  Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam melaksanakan pelbagai program dan kempen kesedaran berhubung kewajipan menunaikan solat di kalangan umat Islam di Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, program dan kempen kesedaran pembangunan sahsiah dan modal insan yang dilaksanakan itu adalah berteraskan fardu ain dan fardu kifayah kepada umat Islam.

“Program belajar dan faham Al-Quran, program belajar dan faham solat dan pengurusan jenazah di seluruh negeri Perak antara pendekatan yang dilaksanakan,” jelasnya.

Tambah Nizar lagi, bahagian itu juga turut melaksanakan pelbagai program pembangunan sahsiah kepada golongan sasaran.

 

03 APRIL 2014 (KHAMIS)

10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

 

11:22 AMMenjawab Soalan Daripada YB ADUN Kubu Gajah.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

Perak Today :

3 March 2014


Nizar122Sekolah Menengah Tahfiz Daerah Catat Pencapaian Positif

Kerajaan negeri akan terus komited dalam membangunkan sekolah menengah tahfiz di Perak, sekaligus menyerlahkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh baik dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani atau intelek.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, setakat ini, sebanyak 836 buah institusi pendidikan Islam yang mewakili pelbagai kategori telah didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam.

Jelas Mohd Nizar lagi, kerajaan negeri juga merancang membina 10 buah sekolah menengah Tahfiz Daerah dan sehingga hari ini, sebanyak lima buah sekolah menengah Tahfiz daerah telah beroperasi di Perak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahmad Hasbullah Alias (BN-Kubu Gajah) di Sidang DUN Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.Tambahnya lagi, pembinaan sekolah menengah tahfiz bakal dilaksanakan serentak di empat daerah iaitu Kinta, Kampar, Perak Tengah dan Hilir Perak.