02 APRIL 2014 (RABU)

10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

Sinar Harian : 02 April 2014

yb_nizar_213_200_200Perak akan bina lima lagi sekolah tahfiz

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mewujudkan lima lagi Sekolah Menengah Tahfiz Daerah (SMTD) untuk memenuhi tuntutan agama dan melaksanakan janji kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mohd Nizar Zakaria berkata SMTD akan dibina di daerah Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak serta sebuah bagi Larut Matang dan Selama.

“Setakat ini sebanyak lima SMTD telah beroperasi di Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong,” katanya menjawab soalan (BN-Lintang) Datuk Mohd Zolkafly Harun pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM10 juta dari tahun 2011 hingga 2013 bagi tujuan pembangunan fizikal dan pengurusan SMTD.Katanya kejayaan pelaksanaan perancangan kerajaan negeri yang penuh hikmah dan teratur di dalam pelan pembangunan pendidikan tahfiz di negeri itu, akan dapat meningkatkan SMTD setanding dengan sekolah asrama yang lain dari aspek infrastruktur dan kurikulum.

 

Perak Today: Wed, Apr 2nd, 2014

Nizar122Sidang DUN Perak Ke-13: Lima Tapak Baru Sekolah Menengah Tahfiz Dikenalpasti

Kerajaan negeri sudah mengenalpasti beberapa tapak baru yang akan dibangunkan sebagai sekolah menengah tahfiz daerah antaranya di Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak dan Taiping, Larut Matang dan Selama.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata ketika ini, terdapat lima buah sekolah menengah tahfiz daerah yang beroperasi di Perak iaitu di Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong.

“Jumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sekolah tahfiz tersebut ialah seramai 421 orang.

“Sekolah yang beroperasi hari ini menumpang di kawasan sekolah agama rakyat dan walaupun menumpang, kemudahan untuk pelajar mengikuti pelajaran adalah mencukupi,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang) pada hari kedua sidang DUN Perak di Ipoh, hari ini.

.

Perak News : 02 April 2014

.

nizar_zakaria_2121Lima SMTD Telah Beroperasi

Lima buah Sekolah Menengah Tahfiz Daerah (SMTD) yang ditubuhkan kerajaan negeri telah beroperasi manakala lima lagi akan diwujudkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan Islam dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, lima sekolah yang telah beroperasi ialah di daerah Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong (Hulu Perak).

Beliau memberitahu, SMTD Manjung yang mula beroperasi sejak 2010 dikhaskan untuk pelajar lelaki, SMTD Batang Padang (2012) untuk pelajar perempuan, SMTD Kuala Kangsar (2012) untuk pelajar lelaki, SMTD Kerian (2012) untuk pelajar perempuan dan SMTD Lenggong (2012) untuk pelajar lelaki.

Beliau berkata, kerajaan negeri telahpun melaksanakan kurikulum pendidikan tahfiz di Sekolah-Sekolah Agama Negeri (SMAN).

01 APRIL 2014 (SELASA)

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK NEWS

Tuesday, 01 April 2014 13:51

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri bercadang untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis-Majlis Agama Islam Selatan Thailand (MAIST) untuk menangani isu kahwin lari.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara punca utama berlaku kahwin lari khususnya di Selatan Thailand adalah disebabkan oleh wali yang tidak bersetuju serta keengganan berpoligami.

Selain itu, kata beliau, rata-rata mereka yang memilih untuk bernikah di Selatan Thailand adalah disebabkan oleh prosedur poligami yang ketat.

“Ini kerana pihak isteri pertama, bakal isteri dan walinya akan dipanggil ke Mahkamah Syariah bagi memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu,” katanya ketika menjawab soalan Abu Bakar Hussian (PAS – Titi Serong) dalam Persidangan Dewan Undangan negeri hari ini.

Menjawab soalan Zainun Mat Nor (BN – Chendroh) mengenai implikasi sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan, Drs Nizar berkata, ia akan memberi impak yang besar terutama dalam bentuk nafkah isteri dan anak, hak bermalam, Hadhanah, harta sepencarian dan lain-lain lagi.

30 MAC 2014 (AHAD)

09:00 AM – Ramah Mesra Dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.

 

03.00 PM – Merasmikan Penutupan dan Menyampaikan Sijil bagi Peserta-peserta  Kursus Kawin Anjuran Pemuda UMNO Bahagian Parit di Dewan Sek Men Keb Dato Hj Abdul RahmanYaakub,Bota

397550_765140360177449_19191326_n 10169377_765140566844095_152996034_n  10154487_765140530177432_763272265_n 10171227_765140253510793_1279277723_n (1) 10171227_765140253510793_1279277723_n 10003535_765140266844125_1104892458_n 1904189_765140286844123_1974310118_n 1922346_765140310177454_1192960622_n 1966720_765140496844102_574430217_n 1969154_765140473510771_1243056294_n 10154109_765140420177443_994908717_n

 

04:00 PM – Perasmian Majlis Penutup Program Kem Bestari Solat 2014 di Surau An-Najihin RPT Paduka Setia, Kg Boyan Taiping.

 

08:00 PMMenghadiri Mesyuarat Di Ipoh.

28 MAC 2013 [JUMAAT]

09:00 AMMenghadiri Taklimat Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Parit di Pejabat UMNO Bahagian Parit.

20140328_100845 20140328_100851 20140328_100900 20140328_100905 20140328_101112 20140328_101116 20140328_101554 20140328_101611 20140328_101625

03:30 PM – Menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Perak Bagi Sesi 2014 Hingga 2015 Bagi Peringkat Daerah Perak Tengah di Bilik Gerakan Pejabat daerah dan Tanah,Seri Iskandar

IMG-20140328-WA0023 IMG-20140328-WA0032  IMG-20140328-WA0065 IMG-20140328-WA0062 IMG-20140328-WA0028 IMG-20140328-WA0030

 KERATAN AKBAR

28 Mac 2014

IMG_63714668551897 IMG_63710115658722

27 MAC 2014 (KHAMIS)

09:00 AM – Perasmian Hari Terbuka Usahawan Mikro Negeri Perak 2014 di Dewan Merdeka Tapah.

IMG-20140327-WA0078 IMG-20140327-WA0077IMG-20140327-WA0073 IMG-20140327-WA0063 IMG-20140327-WA0066 IMG-20140327-WA0068 IMG-20140327-WA0072 IMG-20140327-WA0071

12:00 PMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

 

03:00 PMMenghadiri Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Perak Bagi Sesi 2014 Hingga 2015 di Dewan Bankuet,Bangunan Perak Darul Ridzuan.

DSCN0860 DSCN0864 DSCN0874 DSCN0877 DSCN0879 DSCN0881 DSCN0892 DSCN0884 DSCN0888 DSCN0893 DSCN0899 DSC_0021 DSCN0903 DSC_0027