12:30 AM – Ramah Mesra di Rumah Imam Badrul Husaini Sempena Majlis Kesyukuran.
09:00 AM – Menghadiri Program Membasmi Musuh Tanaman Bersama Rela dan Masyarakat Kampung Raja Parit.
11:00 AM – Merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Tabika Orang Asli Kampung Suak Padi
01:00 PM – Majlis Perkahwinan Anak Dato’ Siti Salmah Binti Mat Jusak di Dewan Besar Kolej Vokasional Kuala Kangsar.
09:00 PM – Perasmian Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Negeri Perak Musim Haji 1435H/2014M di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kamunting Taiping.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
Mohd Nizar: Rakyat Berhak Guna Kuasa Pengguna

- Mohd Nizar (tengah) beramah mesra dengan seorang murid yang turut menghadiri Majlis Aidilfitri anjuran LPPN Perak kelmarin.
PARIT BUNTAR – Kerajaan tiada hak menghalang rakyat melakukan sebarang inisiatif memboikot produk pro-Israel memandangkan mereka berhak melakukannya melalui kuasa pengguna.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, usaha itu dilakukan atas dasar tersinggung dengan sikap angkuh dan zalim rejim Zionis yang menyebabkan ramai kanak-kanak dan penduduk terkorban kerana kekejaman mereka.
“Kita tidak boleh halang sebarang usaha rakyat untuk boikot produk pro-Israel memandangkan usaha itu menunjukkan rasa marah dan kesal rakyat.
“Sememangnya tindakan boikot adalah wajar untuk mengajar rejim Israel bahawa tidak semua negara harus tunduk dengan kehendak mereka dan melaksanakan tekanan ekonomi, langkah paling baik.
“Pada masa sama, saya turut berbangga sebab Malaysia merupakan negara paling konsisten dalam menentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis sehingga tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara itu,” katanya pada Majlis Aidilfitri anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri (LPPN) Perak, kelmarin.
Mohd Nizar berkata, rentetan kekejaman rejim Zionis seharusnya menjadi pengajaran kepada semua rakyat negara ini bahawa pentingnya hidup bersatu-padu dalam menghadapi apa jua keadaan yang melibatkan keselamatan negara.
Beliau berharap Malaysia terus menggesa dan mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenakan kecaman dan tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan dan kekejaman di Gaza.
“Berdasarkan pengalaman saya ditahan anggota tentera Israel sewaktu menyertai misi kemanusiaan ke Palestin pada 2010, sememangnya kekejaman rejim Zionis tidak dapat dinafikan apabila mereka menyekat sebarang bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin tanpa belas kasihan.
“Justeru, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam bersatu menentang penindasan rejim Zionis terhadap masyarakat Gaza,” katanya.
Sementara itu, majlis itu turut menyaksikan Pengerusi Ahli Jemaah Lembaga Pengarah LPPN Perak, Zaki Din mengumumkan wang kutipan terkumpul dari Tabung Kemanusiaan Gaza yang dilancarkan pertubuhan itu berjumlah RM18,000.
Terdahulu, Zaki turut menyerahkan wang zakat daripada LPPN Perak berjumlah RM250,000 yang diagihkan kepada kesemua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini untuk disalurkan bagi membantu golongan asnaf, anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Robertatown
The best place for quality health products.
how to buy lisinopril without a prescription
The best in town, without a doubt.