11 FEBRUARI 2015 (RABU)

01:30 AM – Menziarahi Kematian Salah Seorang Penduduk di Kg. Paloh, Layang-Layang Kiri

 

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

 

02:45 PMMenghadiri Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik PEMADAM Negeri Perak 2015-2020 di Dewan Bankuet SUK.

IMG_0311 IMG_0314 IMG_0316 IMG_0319 IMG_0322 IMG_0323 IMG_0324 IMG_0326 IMG_0327 IMG_0329 IMG_0330 IMG_0331 IMG_0332 IMG_0333 IMG_0334 IMG_0335 IMG_0336 IMG_0337 IMG_0338 IMG_0339 IMG_0340 IMG_0338 IMG_0339 IMG_0341 IMG_0342

08:30 PM – Perlawanan Persahabatan antara PAFA VS PDRM Sungai Rapat di Padang Jalil, Ipoh

IMG_0348 IMG_0350 IMG_0349 IMG_0351 IMG_0352 IMG_0353 IMG_0354 IMG_0355 IMG_0356 IMG_0357 IMG_0358 IMG_0359 IMG_0360 IMG_0361 IMG_0362

 

Artikel/Portal/Keratan Akhbar

Perak Today

Ahmad Syahir, Nurul Hidayah Johan Hafazan Al-Quran

PERAK-TODAY-61

IPOH: Ahmad Syahir Zafrullah dan Nurul Hidayah Baharudin masing-masing dinobatkan sebagai johan bagi kategori 1-30 juzuk sempena Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Ke- 36.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dekat Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, malam tadi.

PERAK-TODAY-31

Turut hadir sama Permaisuri Perak, Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim.

Raja Muda Perak , Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak,  Raja Nor Mahani Raja Shahar turut mencemar duli berangkat.

Johan bagi kategori hafiz dan hafizah bagi juzuk 1 hingga 30 juzuk masing-masing membawa pulang RM8,000 beserta pakej mengerjakan haji, piala, sijil dan hadiah iringan.

PERAK-TODAY-51

Sementara itu, bagi kategori hafazan Al-Quran juzuk 1 hingga 10, johan disandang oleh Muhammad Alif Irfan Khairulanuar, naib johan dimenangi oleh Muhammad Zikri Rawi Jamaluddin manakala tempat ketiga menjadi milik Mohamad Zulkefli Kasim.

Manakala bagi kategori yang sama untuk hafizah pula, tempat pertama disandang oleh NurulFarahana Nasaruddin manakala Puteri Aleza Roslan mendapat tempat kedua dan seterusnya tempat ketiga menjadi milik Puteri Balqis Roslan.

Johan membawa pulang RM3,000, naib johan RM2,000 dan ketiga RM1,000 beserta piala, sijil dan hadiah iringan.

Kategori kedua pula iaitu hafazan Al-Quran juzuk 1 hingga 20, johan digondol oleh Muhammad Mursyid Zulkifli dan gelaran hafizah disandang oleh A’liatul Athirah Abd Rahmad.

Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, piala, sijil dan hadiah iringan.

Majlis hafazan kali ini melibatkan penyertaan seramai 158 pelajar dari seluruh negeri Perak.

Sejumlah 22 orang pelajar telah terpilih sebagai peserta akhir melalui tiga peringkat penilaian sebelum diumumkan sebagai johan keseluruhan.

Pada majlis sama, Perkim Cawangan Wanita Taman Permata Selangor Darul Ehsan menyerahkan Al-Quran Braille bagi membantu golongan cacat penglihatan mendalami Al-Quran.

 

Artikel/KeratanAkhbar/Portal/PerakNews

11 Februari 2015

Sultan Nazrin Berkenan Sempurnakan Penyampaian Hadiah Hafazan

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak tahun 1436H/2015M di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Ipoh pada Selasa.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada majlis itu baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin Chenderong Balai, Ahmad Syahir Zafrullah yang muncul johan kategori 1 hingga 30 juzuk lelaki.

Ahmad Syahir yang mendapat markah 91 peratus menerima hadiah wang tunai RM8,000, plak, sijil dan hadiah iringan.

Naib johan dimenangi Muhammad Hanzalah Ahmad Sukry yang menerima RM6,000, plak dan sijil manakala tempat ketiga oleh Uwais Qarni Nor Izam yang menerima RM4,000 plak dan sijil.

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak Today

11 Februari 2015

Enam Tonggak  Utama Diperkenalkan  Untuk Banteras Gejala Dadah di Perak

PERAKTODAY23

IPOH: Kerajaan Perak memperkenalkan enam tonggak utama di bawah Pelan Tindakan Strategik PEMADAM sebagai garis panduan untuk membanteras gejala dadah di negeri itu.

Enam fokus utama yang ditekankan dalam pelan tindakan itu juga bertujuan memastikan Perak menjadi negeri bebas dadah menjelang tahun 2020.

PERAKTODAY13

Menurut Pengerusi PEMADAM negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, beberapa fokus utama ditekankan bagi membasmi jenayah dadah secara habis-habisan.

“Enam tonggak utama itu termasuklah memastikan pelajar bebas dadah dengan memberi didikan kepada mereka,”katanya.

Katanya lagi, fokus kedua juga diberikan kepada ketua jabatan dan negeri bagi memastikan pekerja di bawah mereka bebas daripada elemen dadah.

“Beberapa pendekatan seperti aktiviti ceramah akan dianjurkan supaya setiap pekerja didedahkan mengenai bahaya dadah,” katanya.

Tambahnya lagi, keluarga bebas dadah juga turut diberi penekanan kerana melalui keluarga, didikan untuk penyalahgunaan dadah dapat diterapkan dengan lebih berkesan.

“Komuniti bebas dadah juga diterapkan manakala fokus lain adalah untuk pemutihan kawasan ‘hot spot’ dengan kerjasama pihak Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Tambahnya lagi, PEMADAM di peringkat mukim juga katanya, merupakan salah satu langkah membasmi jenayah dadah yang diketuai oleh ketua-ketua kampung di setiap mukim berkenaan.

“Segala permasalahan dadah di peringkat mukim dibawa kepada perbincangan untuk diatasi,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis pelancaran pelan tindakan strategic PEMADAM Perak dekat sini yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kita melihat banyak cabaran bagi merealisasikan pelan tindakan strategik berkenaan antaranya dari segi kerjasama yang diberikan oleh semua pihak,” katanya.

Katanya lagi, semua pihak perlu bekerjasama dengan PEMADAM di setiap peringkat untuk mengatasi masalah dadah secara menyeluruh.

Statistik penagihan dadah di Perak katanya, menunjukkan trend peningkatan setiap tahun dan dikhuatiri 40 peratus penagih dadah berkenaan mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

“Kita tidak mahu menjalankan satu aktiviti sahaja dan kita mahu kerjasama diberikan oleh semua bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang berisiko dengan dadah,” katanya.

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

11 Februari 2015

Dr Zambry Mahu Kepimpinan Negeri Serius Perangi Dadah

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu kepimpinan negeri serius dalam memerangi permasalahan dadah dengan mengatur gerak kerja yang lebih efektif bagi mencapai matlamat Perak bebas dari ancaman musuh nombor satu negara itu.

Dr Zambry berkata, selaku penaung PEMADAM Negeri Perak, beliau tidak mahu sekadar hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan mendengar statistik berkaitan penangkapan penagih, tetapi mahu idea tentang bagaimana usaha serius dibuat bagi membanteras gejala dadah.

“Saya tidak datang untuk mempengerusikan mesyuarat ini hanya semata-mata kerana di dalam Perlembagaan AADK memerlukan Menteri Besar mempengerusikan mesyuarat.

“Tetapi saya hendak mendengar apa yang kita buat dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah dadah ini,” tegasnya semasa berucap melancarkan Pelan Tindakan Strategik Pemadam Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Hadir sama Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi PEMADAM Negeri Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan.

Menurut Dr Zambry, beliau telah berkali-kali menyebut bahawa ancaman dadah perlu ditangani secara serius dan bersepadu.

Katanya, selain ketua-ketua kampung, segenap lapisan masyarakat, anggota komuniti, ibubapa dan jiran tetangga perlu memainkan peranan secara aktif bagi membantu agensi-agensi berkenaan dalam membanteras ancaman dadah.

Beliau berkata, gejala dadah adalah sukar dihapuskan tanpa kerjasama semua pihak, baik dari pihak agensi seperti PDRM dan AADK mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, penumpuan haruslah diberikan kepada pencapaian sasaran berdasarkan penanda aras utama (KPI) yang telah dibangunkan.

Beliau amat berbangga kerana Perak menjadi negeri pertama yang mengambil insiatif mengemukakan cadangan komprehensif melalui Pelan Tindakan Strategik serta mendapat pengiktirafan oleh Pemadam Kebangsaan.

Katanya, penghasilan pelan tindakan strategik ini amat tepat pada masanya pada ketika kerajaan negeri telah mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap ancaman dadah.

10 FEBRUARI 2015 (SELASA)

12:00 PM – Majlis Penutup Multaqa Huffaz Sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Kali Ke 36 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

IMG-20150210-WA0010 IMG-20150210-WA0012 IMG-20150210-WA0011 IMG-20150210-WA0009 IMG-20150210-WA0013 IMG-20150210-WA0014 IMG-20150210-WA0015 IMG-20150210-WA0016 IMG-20150210-WA0017 IMG-20150210-WA0018 IMG-20150210-WA0019 IMG-20150210-WA0020 IMG-20150210-WA0040 IMG-20150210-WA0021 IMG-20150210-WA0022 IMG-20150210-WA0023 IMG-20150210-WA0024 IMG-20150210-WA0025 IMG-20150210-WA0030 IMG-20150210-WA0039 IMG-20150210-WA0038 IMG-20150210-WA0031 IMG-20150210-WA0033 IMG-20150210-WA0033 IMG-20150210-WA0035 IMG-20150210-WA0036 IMG-20150210-WA0037

08:50 PMMenghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1436H/2015M di Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

DSCN2170 DSCN2177 DSCN2178 DSCN2179 DSCN2182 DSCN2188 DSCN2190 DSCN2199 DSCN2200 DSCN2202 DSCN2206 DSCN2207 DSCN2208 DSCN2209 DSCN2210 DSCN2211 DSCN2212 DSCN2213 DSCN2216 DSCN2220 DSCN2221 DSCN2222 DSCN2223 DSCN2224 DSCN2225 DSCN2226 DSCN2227 DSCN2228 DSCN2229 DSCN2230 DSCN2233 DSCN2234 DSCN2235 DSCN2237 DSCN2240 DSCN2241 DSCN2242 DSCN2243 DSCN2244 DSCN2245 DSCN2247 DSCN2248 DSCN2250 DSCN2252 DSCN2255 DSCN2257 DSCN2258 DSCN2262 DSCN2263 DSCN2264

 

UMNO ONLINE

Kategori Utama

Kemelut Dalaman Pas Sudah Jadi “Bangkai Gajah” – Nizar

KUALA LUMPUR 10 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Nizar Zakaria percaya kemelut kepimpinan dalam Pas sudah menjadi “bangkai gajah” yang sukar untuk ditutup lagi terutama menjelang pemilihan parti itu beberapa bulan akan datang.

Tegas beliau itulah realiti dan hakikat yang sedang melanda Pas hari ini walaupun mereka berhempas pulas cuba menutup apa yang berlaku itu dengan pelbagai skrip yang memualkan.

“Bak kata pepatah bangkai gajah tutup dengan apa sekalipun akhirnya akan berbau juga. Begitulah perumpamaan yang berlaku terhadap Pas ini. Kemelutnya telah lama berlaku dan pertembungan dalamannya cukup kuat.

“Namun seperti yang saya katakan tadi…sebijak mana sekalipun menutup kecelaruan itu akhirnya pecah jua tembelangnya. Sebab itulah apa yang berlaku sebelum mesyuarat jawatankuasa pusat mereka baru-baru ini tidak mengejutkan dan bukan suatu perkara baru.

“Malah saya secara peribadi melihat perkara itu akan berlanjutan dan akan berterusan. Saling serang menyerang antara kelompok dan akhirnya menyebabkan Pas terus dilanda kemelut yang amat parah,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkumpul di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat jawatankuasa pusatnya bagi menunjukkan sokongan kepada presiden mereka itu.

Mereka berhimpun kerana mengesyaki terdapat beberapa anggota parti itu yang mahu menjatuhkan Hadi.

Mengulas lebih lanjut Nizar seterusnya menambah peristiwa hitam itu juga menyerlahkan wujudnya pertembungan antara kumpulan tertentu di dalam parti berkenaan yang merupakan masalah dalaman yang sedia wujud.

“Itu belum lagi diambil kira pertembungan prinsip dan hala tuju perjuangan dalam parti berkenaan. Maknanya Pas menghadapi pertembungan yang cukup serius yang mana bukan sahaja pertembungan kelompok malah pertembungan prinsip sesama mereka.

“Jadi sekali lagi kita boleh umpamakan Pas ini seperti meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Dalam keghairahan menunjukan mereka adalah yang terbaik, akhirnya terdedah segala kelompongan terhadap parti mereka sendiri,“ ujar beliau. – MediaUMNO

07 FEBRUARI 2015 (SABTU)

10:00 AM – Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sri Iskandar di Sekolah Kebangsaan Sri Iskandar.

IMG_0055 IMG_0049 IMG_0050 IMG_0051 IMG_0052 IMG_0053 IMG_0058 IMG_0059

03:00 PM – Menghadiri Taklimat Jalinan Rakyat UMNO Bahagian Parit di Pejabat UMNO Bahagian Parit.

20150207_154429 20150207_154451 20150207_154504 20150207_154509 IMG-20150207-WA0018 IMG-20150207-WA0019 IMG-20150207-WA0020 IMG-20150207-WA0021 IMG-20150207-WA0022 IMG-20150207-WA0023 IMG-20150207-WA0024 IMG-20150207-WA0025 IMG-20150207-WA0027 IMG-20150207-WA0028 IMG-20150207-WA0029 IMG-20150207-WA0030 IMG-20150207-WA0031 IMG-20150207-WA0032 IMG-20150207-WA0033 IMG-20150207-WA0034 IMG-20150207-WA0035 IMG-20150207-WA0036 IMG-20150207-WA0037 IMG-20150207-WA0038 IMG-20150207-WA0039 IMG-20150207-WA0040 IMG-20150207-WA0041

05:00 PM – Menghadiri Ceramah Maulidur Rasul di Kg Dusun Hilir

IMG-20150207-WA0049 IMG-20150207-WA0050 IMG-20150207-WA0051 IMG-20150207-WA0053 IMG-20150207-WA0054

IMG-20150207-WA0056 IMG-20150207-WA0057 IMG-20150207-WA0052

08:45 PM – Menyaksikan Perlawanan Bolasepak Liga Super Antara Pasukan Perak vs Sime Darby di Stadium Ipoh

IMG-20150207-WA0055 IMG-20150207-WA0060 IMG-20150207-WA0066 IMG-20150207-WA0068 IMG-20150207-WA0064

IMG-20150207-WA0063 IMG-20150207-WA0061 IMG-20150207-WA0058  IMG-20150207-WA0070 IMG-20150207-WA0072