10:00 AM – Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai-pegawai Masjid Daerah Hulu Perak di Dewan Persidangan Daerah Gerik.
12:00 PM – Ramah Mesra dan Menghadiri Majlis Akad Nikah Orang Asli di Sungai Temin Gerik.
02:30 PM – Menyampaikan Misi Kerajaan Negeri Perak di Kem BTN Ulu Kenas.
08:45 PM – Ramah Mesra dan Bermain Bola Sepak Antara Pasukan PAFA dan Unit Landskap MBI di Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Kakitangan JAIPk Perlu Tunjuk Contoh Terbaik
Kakitangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) perlu menunjukkan contoh terbaik kepada penjawat awam lain di dalam melaksanakan polisi dan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab dengan lebih ikhlas dan jujur, sesuai dengan imej agama Islam.
Menurut beliau, oleh kerana bertugas di jabatan yang mempunyai imej Islam, sudah tentu rakyat, khususnya pelanggan jabatan, mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada mereka.
“Walaupun sudah mencapai KPI atau SOP jabatan, kakitangan JAIPk perlu mempunyai nilai-nilai ikhlas, sedia berkorban dan jujur dalam melaksanakan tugas masing-masing.
“Inilah yang membezakan kakitangan jabatan agama Islam jika dibandingkan dengan penjawat awam di jabatan-jabatan lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014, Persaraan dan Pertukaran 2015 JAIPk di Ipoh pada Isnin.
Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.
Seramai 41 pegawai dan kakitangan JAIPk menerima anugerah perkhidmatan cemerlangan masing-masing. Drs Nizar berkata, tanggungjawab kakitangan jabatan agama Islam sekarang ini sudah semakin mencabar, lebih-lebih lagi dengan wujudnya media sosial yang boleh menyebarkan apa sahaja, termasuk ajaran yang bertentangan dengan Islam.
“Semua ini perlu dihadapi secara bersama dengan melaksanakan polisi serta dasar yang telah dibuat oleh eksekutif, walaupun kadang kala ia bertentangan dengan kehendak peribadi kita.
“Semua penjawat awam mempunyai peranan masing-masing yang tidak boleh diubah sesuka hati, seperti juga pancaindera kita, kaki, tangan, mulut dan hidung, semuanya ada peranan sendiri,” ujarnya.
Sambil mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah, Drs Nizar berharap ia akan menjadi motivasi kepada mereka untuk memberi khidmat yang lebih baik, di samping menjadi cabaran kepada mereka yang masih belum menerimanya.