10:00 AM – Ramah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.
03:45 PM – Perasmian Penutupan Seminar Pematuhan Halal 2015 di D’ Hotel Seri Iskandar.
07:45 PM – Menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Dato’ Paduka Haji Ghazali Bin Ibrahim dan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Perdana, Hotel Taiping Perdana.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Denda RM1 Juta jika Buffet Ramadan Tiada Sijil Halal
Hotel atau restoran yang menawarkan buffet Ramadan tanpa mempunyai sijil halal, boleh didenda sehingga RM1 juta jika sabit kesalahan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria menegaskan, pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan umat Islam supaya lebih berhati-hati dalam memilih tempat untuk berbuka puasa atau bersahur.
Menurut beliau, sekiranya ada sebarang kekeliruan, mereka boleh merujuk kepada pihak JAIPk untuk mengetahui premis-premis ataupun pengusaha-pengusaha yang mempamerkan buffet Ramadan tetapi mereka tidak mempunyai Pensijilan Halal Malaysia.
“Kita boleh untuk membuat semakan premis halal ini dengan melayari portal My EHalal, disana akan keluarlah premis-premis perniagaan, produk-produk makanan dan sebagainya yang ada mempunyai Pensijilan Halal Malaysia ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 246 peserta seminar pematuhan halal di Seri Iskandar pada Rabu.
Dalam pada itu, Drs Nizar memberitahu, kilang memproses ayam di Manjung yang ditarik sijil halal telah membuat permohonan untuk mendapatkan semula sijil itu dan pihak JAIPk akan membuat pemeriksaan semula secepat mungkin.
Mengenai kemungkinan kilang tersebut meneruskan operasinya tanpa sijil halal, beliau menjelaskan, ia adalah di bawah bidang kuasa agensi lain, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK).
“Semasa menghantar surat memaklumkan mengenai penarikan balik sijil halal kilang itu, pihak JAIPk turut menghantar salinan surat kepada beberapa pihak lain seperti JAKIM dan KPDNKK,” ujarnya.