10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
03:00 PM – Perjumpaan Bersama Akademi Darul Sufi di Pejabat SUK, Ipoh
09:00 PM – Ramah Mesra di Trong.
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
03:00 PM – Perjumpaan Bersama Akademi Darul Sufi di Pejabat SUK, Ipoh
09:00 PM – Ramah Mesra di Trong.
11:00 AM – Mempengerusikan Mesyuarat Portfolio Pendidikan Islam di SUK Ipoh.
02:30 PM – Perasmian Program Motivasi Keibubapaan di Sekolah Kebangsaan Seri Kaya.
09:30 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton di SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota
11:00 PM – Ramah Mesra dan Sembang Santai di Kg Aji, Bota Kiri
10:30 AM – Mesyuarat Program Seminar Wasatiyyah Sebagai Dasar Negara di Bilik Mesyuarat G1 SUK, Ipoh.
01:00 PM – Meraikan Hari Kelahiran Staff di Pejabat SUK Ipoh
02:00 PM – Berada di Pejabat EXCO di dalam Majlis Temujanji Bersama Tetamu dan Masyarakat Setempat
10:00 PM – Ramah Mesra dan Sembang Santai di Kedai Fauzi Seri Iskandar.
09:00 AM – Merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Saudara Muslim Tahun 2015 di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Tasek Ipoh.
02:45 PM – Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Khairat Kematian di Kampung Bakong Lambor Kiri.
04:30 PM – Menghadiri Program Ramah Mesra Jalinan Rakyat di Kampung Selat Layang Kiri
08:30 PM – Menghadiri Majlis Santapan Malam Penaung DiRaja (Patron’s Night) Kelab Ipoh DiRaja di Dewan Azlan Shah, Kelab Ipoh DiRaja.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
01 MAC 2015
IPOH: Peranan masjid kini bukan hanya sebagai tempat beribadah tetapi juga sebagai lokasi penyatuan kaum termasuklah antara umat Islam dan bukan Islam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, masjid merupakan tempat yang sesuai bagi beribadah, menyebarkan ilmu pengetahuan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat.
“Institusi masjid yang diuruskan oleh jawatankuasa tersendiri perlu mempelbagaikan aktiviti mereka dengan pendekatan nilai ilmu, perpaduan serta penyatuan ummah,” katanya.
Ujarnya lagi, pelbagai pengisian lain seperti riadah juga boleh dijalankan dalam perkarangan masjid selain memberi penekanan kepada aspek kebersihan tandas dan kemudahan lain yang perlu dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
“Jangan sesekali mengunakan masjid sebagai tempat memecahbelahkan perpaduan atau tempat umpat mengeji orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis sambutan tahun Baru Cina 2015 anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Perak (JAipk) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Persatuan Cina Muslim Perak di Masjid Muhamadiah, dekat Tasek, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Datuk Mohd Ali Mohamed dan Ketua Pegawai MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.
Tambahnya lagi, program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Cina Muslim itu boleh digunakan sebagai platform buat masyarakat Cina dan umat Islam untuk menjalin kerjasama.
“Ini merupakan landasan yang sesuai kerana perayaan Tahun Baru disambut di Masjid Cina ini,” katanya lagi.
Ia katanya, jelas membuktikan tiada jurang dalam menganjurkan pelbagai program kesenian dan kebudayaan masyarakat Cina di masjid berkenaan.
Sementara itu, menurut Pengerusi Macma, Datuk Dr Fadzley Cheah, pembinaan masjid yang mempunyai elemen seni bina Cina itu membawa mesej bahawa Islam bersifat sejagat.
“Kita tidak mahu ikut cara stereotaip dan pihak jawatankuasa masjid sedang merancang menganjurkan aktiviti Tai Chi di perkarangan masjid bagi mengeratkan hubungan antara umat Islam dan bukan Islam,” katanya.
Masjid katanya, bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi juga lokasi untuk berkongsi ilmu dan kebudayaan secara bersama-sama.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
01 MAC 2015
Jawatankuasa kariah masjid diminta mempelbagaikan fungsi masjid itu dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti ibadah semata-mata.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menganjurkan seminar bagi merapatkan lagi perpaduan antara kaum.
Bagamanapun, beliau mengingatkan supaya masjid jangan sekali-kali digunakan sebagai platform menabur fitnah dan mengadu-dumba sehingga menyebabkan perpecahan.
Di samping itu, kata beliau, masjid juga berpotensi untuk menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri Perak, seperti Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Tasek, Ipoh.
“Dengan keunikan dan ditambah dengan lanskap yang menarik, saya percaya masjid ini mampu menarik lebih ramai pengunjung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Dakwah dan Kebudayaan masjid itu pada Ahad.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Datuk Ali Mohamed, Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amiruddin Mohamed dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) cawangan Ipoh, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.
Drs Nizar berkata, usaha memupuk perpaduan mesti diteruskan kerana ia bukanlah suatu tugas yang mudah di dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia.
Tambahan pula, kata beliau, tugas itu akan menjadi lebih sukar dengan adanya pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan suasana gelisah di kalangan rakyat.
Di samping itu, beliau menasihatkan semua pihak, khususnya kariah supaya dapat memelihara kebersihan masjid dan surau kerana ia melambangkan imej masyarakat setempat.
Sementara itu, Ali di dalam ucapannya berkata, JAKIM sentiasa menyokong dan membantu pihak-pihak yang ingin melaksanakan pelbagai program dakwah.
“Program seumpama ini memperkenalkan konsep keterbukaan dalam Islam kepada masyarakat bukan Islam mengenai keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sesuai dipraktikkan oleh semua bangsa,” ujarnya.
Dr Fadzli Cheah pula berkata, pihaknya menjemput pelbagai pihak untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan itu.
Menurutnya, antara pihak itu ialah Persatuan Sokka Ghakai, Forum Komunikasi Malaysia – Indonesia, UniKL, Tadika Seruan Islam dan rumah kebajikan berhampiran.
Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, tai chi, kung fu, nyanyian dan drama.
09:00 AM – Merasmikan Mesyuarat Agong PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit.
11:00 AM – Melawat Kedai Bergerak Amanjaya Bagi DUN Belanja di Dataran Pekan Parit
12:oo PM – Melawat Kem Perkhemahan Pengakap di Kem Kota Tanjung Medan
01:45 PM – Mengunjungi Kenduri Kahwin di Rumah Pak Harun di RPA Changkat Sodang
08:00 PM – Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
12:00 PM – Ramah Mesra di Sahom Farm Retreat Kuala Dipang Kampar.
09:30 AM – Merasmikan Perasmian Penutup Majlis Taklimat Usahawan dan Peniaga Kecil Tabung Pemulihan Mangsa Banjir Daerah Perak Tengah (Dana Bank Negara) di Dewan Millennium Kampung Gajah.
11:30 AM – Melawat Projek Usahawan Ikan Kelisa dan Pari My Kampong My Future di Kg Baru Pulau Tiga
05:00 PM – Jemputan Sebagai Penceramah Slot misi Amanjaya Bagi Siri Ketiga Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) Negeri Perak Darul Ridzuan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta Ipoh.
08:00 PM – Menghadiri Majlis Persaraan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah di Pejabat PPD Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
10:30 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
02:00 PM – Menyampaikan Sumbangan Dermasiswa Yayasan Negeri Perak di Pejabat SUK, Ipoh
05:00 PM – Menghadiri Program Ramah Mesra Jiran Bagi Parlimen Parit/ DUN Belanja di Kampung Ekor Lambat, Parit.