10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
01:45 PM – Menghadiri Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan 2015 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan.
06:30 PM – Menghadiri Majlis Perasmian Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu Dan Berbuka Puasa Disempurnakan Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
Menteri Besar Perak Agih Bubur Lambuk Sempena Ramadan
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini telah menyerahkan dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga Bangunan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Majlis yang diadakan sempena bulan Ramadan tersebut telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Bangunan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan barisan Exco Kerajaan Negeri.