09:30 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
05:30 PM – Ramah Mesra dan Latihan Bolasepak Bersama Pasukan Majlis Daerah Perak Tengah di Padang MDPT Seri Iskandar.
09:00 PM – Ramah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.
09:30 AM – Menghadiri Mesyuarat EXCO.
05:30 PM – Ramah Mesra dan Latihan Bolasepak Bersama Pasukan Majlis Daerah Perak Tengah di Padang MDPT Seri Iskandar.
09:00 PM – Ramah Mesra dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.
10:00 AM – Ramah Mesra dan Ziarah sekitar DUN Belanja.
05:00 PM – Lawatan dan Ziarah di Kampung Merua.
05:30 PM – Lawatan dan Ziarah di Kampung Talang.
09:00 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota.
09:00 PM – Mesyuarat Portfolio Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Bersama Bahagian Pendidikan JAIPk dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Bil.2/2015. di Bilik Gerakan SUK Ipoh.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
IPOH: Kerajaan optimis bersama-sama generasi muda (Gen Y) menghayati denyut nadi, keperluan dan keinginan mereka dalam usaha untuk membangunkan negara .
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerajaan bersedia melakukan apa sahaja buat generasi muda berdasarkan kehendak dan citarasa mereka.
“Generasi muda adalah pahlawan negara, harapan masa depan dan hari ini,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi menentukan masa depan negara kita perlu bersedia apa sahaja bagi membentuk keperluan dan keinginan gen Y.
” Saya terpegun dengan kebolehan gen Y hari ini sangat luar biasa, mereka ini ada tenaga,ada dinamik dan kita mesti mewujudkan saluran dan menyalurkan supaya mereka proaktif dan menyumbang lebih besar kepada negara,” katanya dalam ucapan perasmian program Silveryouthfest di Ipoh hari ini.
Ujarnya lagi, bagi menentukan masa depan memerlukan usaha supaya generasi muda dapat mengukuhkan nilai kesantunan dan murni seterusnya membentuk keupayaan untuk bersaing dalam memperolehi kejayaan lebih unggul.
Kerajaan katanya perlu menyelami aspirasi, citarasa dan menghayati pemikiran gen Y untuk berupaya menggubal dasar bersesuaian buat mereka.
“Pendekatan mekanisme perlu diterima oleh generasi Y dan tidak dapat diterima kalau kita ibarat merendahkan mereka pasti mereka akan menolak.
“Salah satu projek perintis Kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah mewujudkan bandar belia ‘youthcity’ dan salah satunya di Tanjung Malim kelak,” katanya lagi.
Ujarnya lagi bandar belia diwujudkan khusus buat golongan gen Y yang bakal menyediakan keperluan dari segi pekerjaan, rekreasi dan rumah mampu milik.
“Ianya cerminan kerajaan ada pada hari ini memahami menghayati dan melakukan yang terbaik kepada gen Y,” katanya.
“Jangan mengganggap mereka anti pembangunan dan kerajaan pula tidak menilai potensi mereka,” katanya.
Ujarnya lagi kerajaan berperanan membangunkan potensi generasi ini dan perlu mereka perlu merasakan bahawa kerajaan kini adalah sebahagian daripada rakan gen Y.
“Belia mempunyai potensi kerana inilah asas kepada mekanisme.Kita faham,kita iktiraf generasi Y,” ujar Najib lagi.
Terdahulu pengajuran festival Youthfest@PTIWRBNW merupakan cetusan Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor sempena penganjuran program tahunan Isteri Wakil rakyat Barisan Nasional Semalaysia 2015 PTIWRBNW yang berlangsung di Perak kali ini.
Tambah Najib lagi program sebegini adalah untuk memperlihatkan sebuah kerajaan turut membangun bersama-sama golongan belia mengambil kira citarsa dan hati nurani mereka.
“Jangan buat program sesama kita sahaja nak ada program yang ada hubung kait dengan komuniti setempat dan orang-orang muda,” katanya.
Terdahulu beliau turut menyertai lebih 2,000 peserta kayuhan Silverride with PM bertempat di Taman Dr Seenivasagam (DR) pagi tadi.
Turut serta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Isteri selaku Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Saripah Zulkifli dan para menteri dan wakil rakyat BN.
06:45 AM – Menghadiri Program Premier Bike Race D’Mall Seri Iskandar.
09:30 AM – Menghadiri Jemputan Pelancaran Program Silveryouth Fest @ PTIWRBNM di Taman D.R. Seenivasagam Ipoh.
06:00 PM – Ramah Mesra Program Raptai Kejohanan Sukan Tahunan IKBN Se-Malaysia Ke 29.
11:30 AM – Perasmian Penutup Program Hari Bersama Pusat Internet 1Malaysia Parit di Perkarangan Pusat Internet 1Malaysia Parit.
02:00 PM – Menghadiri Jemputan Pertandingan Akhir Badmimton & Penyampaian Hadiah PTIWRBNM 2015 di Dewan Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ipoh.
08:00 PM – Menghadiri Majlis Makan Malam Penutup PTIWRBNM 2015 di Grand Valley Ballroom Kinta Riverfront Hotel & Suite.
08:45 AM – Menghadiri Majlis Bacaan Yasin Untuk Pelajar-Pelajar UPSR di SK Tanjung Belanja, Parit
11:30 AM – Perjumpaan Bersama 7 Orang Ketua-Ketua Kampung DUN Belanja di Parit
01:30 PM – Solat Jumaat dan Ramah Mesra di Masjid Kg. Raja
02:45 PM – Melawat dan Ziarah Kematian di Kg. Bota Kiri
03:00 PM – Ramah Mesra dan Menyampaikan Sumbangan di kampung Selat,Layang Kiri
04:20 PM – Melawat dan Ziarah Kematian di Kg. Talang
05:30 PM – Ramah Mesra dan Menyampaikan Sumbangan di kampung Chopin Kanan, Parit
08:15 PM – Menghadiri Festival Rakyat @ Pasir Salak di Litar Dato’ Sagor Kampung Gajah Pasir Salak.
08:00 AM – Menghadiri Majlis Perasmian Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) 2015 di Dewan Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ipoh.
02:30 PM – Menyaksikan Pertandingan Bowling Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia di Ipoh Parade
07:15 PM – Menghadiri Majlis Bacaan Yassin san Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Awam & Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak.