22 DISEMBER 2015, SELASA

09:30 AMMempengerusikan Mesyuarat Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan di PPK Parit.

12:30 PM Menyampaian Cek  Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak DUN Belanja di PPK Parit.

02:00 PMPerbincangan Bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Perak di PPK Parit.

08:00 PMMenghadiri Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2013/2014  di Casuarina @ Meru.

With google+ causing somewhat of a stir in the social networking scene, the onus is certainly on facebook to maintain it’s place as the world’s number anonymous one

21 DISEMBER 2015, ISNIN

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

05:00 PMRamah Mesra Bersama Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi/ Kereta Sewa Bandar Seri Iskandar di Bangunan Teksi & Kereta Sewa Seri Iskandar.

winners announced thanks to everyone who took part in the giveaway this week, and special thanks to the kind people at right there bjango

MANGSA BANJIR PARIT 6 DIBANTU.

Terkesan dengan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir di Parit 6, Pusat Khidmat ADUN Belanja dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) Perak tampil menghulurkan sumbangan.

Sumbangan berupa beg sekolah, stoking, sejadah, telekung dan wang tunai dihulurkan bagi meringankan beban kewangan mereka di samping persiapan untuk menghadapi persekolahan.

Dua puluh keluarga di samping 29 kanak-kanak menerima sumbangan itu yang disampaikan sendiri oleh ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria di kampong itu pada Rabu.

Presiden MBN Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, pihaknya tampil membantu kerana terkesan dengan kesusahan yang dihadapi penduduk kampong yang menjadi mangsa banjir.

“Walaupun sumbangan kami tidaklah besar tetapi kami berharap ia dapat meringankan sedikit beban kewangan mereka bagi menghadapi persekolahan nanti,” katanya kepada Peraknews.

Drs Nizar pula berkata, pihaknya akan berusaha mencari jalan untuk memberi bantuan susulan untuk mangsa banjir di samping usaha untuk mengatasi masalah banjir.

“Perbincangan akan diadakan dengan semua pihak terlibat seperti pegawai daerah, RISDA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menangani masalah itu,” ujarnya.

Wenn man etwas sät, muss man schon etwas zeit aufbringen und https://bachelorschreibenlassen.com warten, um die ergebnisse bewundern zu können

SATU LAGI TALI AIR BANTU ATASI BANJIR.

Pembinaan satu tali air bagi menampung aliran air yang banyak diyakini dapat mengatasi masalah banjir yang kerap melanda Kampung Parit 6.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, satu perbincangan diadakan di antara pegawai daerah, RISDA serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menangani masalah itu.

Menurutnya, sebelum ini satu tali air telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang dapat menyelakkan banjir sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Bagaimanapun tahun ini banjir berlaku disebabkan taburan hujan tinggi dan kawasan ini agak berlembah, menyebabkan aliran air dari Risda Bukit Kota terus mengalir ke sini seterusnya menyebabkan banjir,” katanya.

Beliau berkata, tali air kedua memang diperlukan bagi mengelakkan tali air sedia ada pecah dan memenuhi kawasan penempatan penduduk.

“Jadi kita harap setiap pihak terlibat boleh memberikan kerjasama dalam perkara ini supaya masalah banjir dapat diatasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, kesemua mangsa banjir di Kampung Parit 6, di sini sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah kerja pembersihan selesai, pada Selasa.

Pelbagai pihak terlibat dalam kerja-kerja pembersihan itu termasuklah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Parit, penduduk kampung serta beberapa agensi lain.

Since that appearance, numerous conference calls and meetings have connected the staffs of the lead governors in the https://writemyessay4me.org endeavor, officials of the education department and the n

20 DISEMBER 2015, AHAD

08:30 AM Singgah Beramah Mesra di Check Point Jalan Parit-Seri Iskandar Sempena Program Berbasikal Anjuran D’ Hotel.

11:00 AM – Pelancaran Sahabat Masjid Daerah Selama  dan Penutupan Kem Kecemerlangan Ukhrawi di Masjid Daerah Selama. 

08:00 PMMenghadiri Majlis Penutupan Ihtifal Kafa Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4 2015 di Dewan Sri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Hulu Kinta.

Instead of wasting so much of the screen on graphically representing a real board, focus only https://phonetrackingapps.com/spybubble on the letters

JAWATANKUASA BERTINDAK TINGKAT INDUSTRI HALAL

Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi membantu meningkatkan bilangan usahawan kecil dan sederhana (IKS) Islam dalam industri makanan halal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria, ini kerana pencetus inovasi industri makanan halal yang dulunya dikuasai umat Islam telah dikuasai oleh bukan Islam sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, sehingga tahun ini sahaja lebih 5,000 atau 67 peratus usahawan makanan bukan Islam telah diberikan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berbanding lebih 2,000 atau 33 peratus usahawan Islam.

“Senario ini perlu diperbetulkan dan diharapkan dengan penubuhan jawatankuasa bertindak ini akan dapat meningkatkan bilangan usahawan makanan Islam yang memiliki sijil halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Halal Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Perak 2015 di Hotel WEIL, Ipoh pada Selasa.

Lebih 100 Usahawan Kecil dan Sederhana Bumiputera hadir di program itu yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) Wilayah Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keusahawanan Bumiputera dan Halal Industri Development Corporation (HDC).

Menurut Drs Nizar, senario kurang baik itu berlaku disebabkan sikap umat Islam itu sendiri yang memandang ringan tentang isu pemilikan sijil halal ini.

“Ini disebabkan orang Islam terlalu yakin apabila berniaga halal itu ada pada mereka maka adalah menjadi tugas jawatankuasa bertindak untuk memecahkan sikap dan pemikiran ini agar umat Islam dapat terus bersaing dengan bukan Islam dalam industri halal,” ujarnya.

Beliau berkata, usahawan Bumiputera hari ini tidak boleh menjadi `juara kampung’ tetapi mereka mesti mempunyai kekuatan bersaing yang berterusan untuk berada ditempat yang lebih tinggi.

Among the proessaywriting.org nation’s leaders, iowa, new jersey, and wisconsin each graduates more than 80 percent of all high school students