MODUL LATIHAN GURU KAFA TAHUN DEPAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan modul latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara mulai tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, modul itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan memfokuskan kepada latihan berasaskan kokurikulum dan suasana kelas KAFA.

Menurut beliau, buat masa ini, guru KAFA terdiri daripada dua kategori iaitu 40 peratus adalah guru terlatih daripada Kementerian Pendidikan dan 60 peratus lagi tidak mempunyai sijil.

“Kami akan memberi tumpuan kepada mereka yang bukan berasal daripada guru terlatih,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup dan penyampaian hadiah Majlis Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan kali ke-4, di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pada Ahad malam.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Othman berkata, di bawah kerjasama itu, guru KAFA akan menjalani modul latihan yang disediakan IPG selama empat hari sebelum menerima sijil yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ujarnya, hasrat kerajaan adalah untuk memastikan semua guru KAFA terlatih dan memiliki kemahiran pengajaran dan pembelajaran, setanding dengan guru-guru Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, JAKIM amat berbangga apabila keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mencatat keputusan sangat baik semenjak ia diperkenalkan, contohnya pada 2014 catatkan keputusan cemerlang 100 peratus, di mana tiada seorang calon pun mendapat D dalam kertas peperiksaan itu.

Mengenai majlis itu, Othman berkata, ia merupakan satu bentuk kegiatan kokurikulum yang berjaya mencungkil bakat dan potensi pelajar berdasarkan kemampuan mereka mengadaptasi pembelajaran KAFA di dalam kelas.

“Acara yang diperkenalkan dalam ihtifal KAFA ini secara langsung dapat menunjukkan keberhasilan produk yang lahir daripada program KAFA, umpamanya kepetahan pelajar dalam menyampaikan syarahan dengan isi dan fakta, mengalunkan bacaan al-Quran dengan tajwid dan bertaranum,” ujarnya.

 

Hulu get to know post has a different kind of user base nbc universal, fox entertainment group, and abc, inc

JANGAN BERBALAH ISU YANG TELAH DISEPAKATI ULAMA TERDAHULU

AtMVVgxXTJfJTJXwFct19GDRQYhUJ20G0UXE3fW0EIMF

Umat Islam diingatkan supaya tidak berbalah mengenai isu-isu yang telah dibahaskan dan disepakati oleh ulamak terdahulu yang memang ahli dalam bidang masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, umat Islam mesti bersatu dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka sejak kebelakangan ini.

Beliau memberi contoh, masih lagi berlaku perbalahan mengenai isu-isu seperti muzik yang dibenarkan dalam Islam dan sambutan Maulidul Rasul.

“Marilah kita bersatu, jangan berpecah belah dalam hal-hal yang telah disepakati oleh ulama terdahulu.

“Kadang-kadang kita bergaduh tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Majlis Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan kali ke-4, di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pada Ahad malam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Dr Zambry menyambut baik usaha yang dilakukan oleh JAKIM menganjurkan majlis ihtifal kerana selama ini, sekolah agama hanya dikaitkan dengan pembelajaran dalam kelas yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran, tulisan jawi dan kelas fardhu ain.

“KAFA sekarang bukan lagi hanya itu, tetapi turut mengadakan program ko-kurikulum yang boleh menyerlahkan potensi di dalam dii anak-anak dan ini perlu disuburkan kerana kita tidak mahu anak-anak kita bersifat mekanikal yang hanya melakukan apa yang diajar dan dibentuk,” ujarnya.

Beliau yakin, jika bakat anak-anak itu dicungkil dan diasuh dengan cara yang betul dan berterusan, tidak mustahil mereka boleh berjaya seperti tokoh-tokoh besar, misalnya tokoh qari daripada Mesir, Sheikh Dr Ahmad Naina.

Sambil merakamkan penghargaan kepada JAKIM kerana memilih Perak sebagai tuan rumah program kali ke – 4 itu tahun ini, beliau mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program seumpamanya di negeri ini.

Seramai 282 peserta dari 12 negeri mengambil bahagian dalam enam kategori dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, nasyid, syarahan Arab, syarahan Bahasa Melayu, penulisan jawi dan penulisan khat.

Kontinjen Johor muncul sebagai Johan Keseluruhan selepas peserta muncul johan syarahan Arab (L) kedua syarahan Arab (W), johan kesenian khat terbuka dan ketiga tilawah (W).

 

Und dazu soll man dann nichts kritisches https://www.hausarbeit-agentur.com sagen dürfen

SAR Lahir Pelajar Berkualiti, Setanding Institusi Lain

IPOH: Sekolah Agama Rakyat (SAR) mempunyai standard yang setanding institusi pendidikan lain dengan melahirkan banyak pelajar yang berkualiti memiliki modal insan yang cemerlang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pembukaan Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, di sini malam tadi.

KAFA1

Menurutnya, penyediaan SAR adalah bagi melahirkan modal insan dengan keupayaan yang jitu dan menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.

“Kita sudah tahu kekuatan Islam, jadi kita harus lahirkan insan yang bernilai dirinya dan berkualiti demi memartabatkan bukan sahaja agama, tetapi negara kita.

“Guru-guru di SAR amat istimewa kerana mereka bukan sahaja berjaya mengajar subjek-subjek teras seperti bahasa Melayu, Matematik dan Sains, tetapi juga berjaya mengajar para pelajar untuk khatam Al-Quran,” ujarnya.

Jelasnya, SAR telah menjadi ‘kilang’ dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cukup hebat dan ianya mesti diteruskan dari generasi ke generasi agar ia tidak terhenti begitu sahaja.

“Kita perlu jaga SAR kerana ianya warisan dan legasi daripada orang-orang terdahulu.

“Dengan didikan yang diberi di institusi ini, ianya mampu mengubah kehidupan kerana ilmu juga dapat mengelakkan masalah sosial daripada berlaku, jadi saya menyeru semua guru SAR untuk sama-sama berjuang dan berjihad untuk memberi ilmu kepada para pelajar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nizar menyatakan Kerajaan Negeri amat menghargai dan berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana memilih Perak sebagai tuan rumah penganjuran program KAFA kali ini.

Beliau berkata, seramai 582 peserta dari seluruh Malaysia akan menyertai enam kategori pertandingan iaitu nasyid, tilawah Al-Quran, tulisan khat, syarahan bahasa Melayu, Syarahan bahasa Arab, dan tulisan jawi.

“Majlis ini sudah cukup sinonim dengan SAR kerana ianya bermula dari peringkat sekolah, kemudian ke peringkat daerah, peringkat zon dan akhirnya peringkat negeri.

“Saya yakin peserta-peserta ini adalah yang terbaik dipilih bagi mewakili negeri masing-masing dan pertandingan ini amat unik kerana ia menggabungkan ilmu dan kesenian,” ujarnya dalam sidang media selepas majlis perasmian tadi.

 

 

Lee said he respects fund managers and appreciates more about the essayist the work they do, but the incentives leave him and others with a feeling of almost, maybe disgust

KEMBANGKAN BAKAT PEMENANG MAJLIS IKHTIFAL

Semua pihak, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan guru-guru perlu membantu memperkembangkan lagi bakat yang ada pada pemenang Majlis Ikhtifal KAFA supaya ia tidak hilang begitu sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, platform yang sesuai perlu disediakan bagi mempastikan bakat yang ada pada mereka terus di gilap.

Beliau memberi contoh, guru-guru sekolah menengah boleh membantu menggilap bakat yang ada di kalangan pemenang agar tidak terus terpendam sehingga akhirnya hilang.

“Mereka ini seumpama sudah ada DNA atau ‘trademark’ yang kalau dibiarkan, kita akan rugi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ikhtifal Kelas Al – Quran dan Fadhu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 4 di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pada Sabtu malam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Datuk Ali Mohamed.

Seramai 282 peserta dari 12 buah negeri mengambil bahagian dalam majlis itu, yang mempertandingkan enam kategori acara iaitu nasyid, tilawah Al – Quran, syarahan Arab, syarahan Melayu, tulisan khat dan tulisan jawi.

Drs Nizar berkata, peserta ikhtifal peringkat kebangsaan adalah yang terbaik di negeri masing-masing dan sekiranya usaha dibuat untuk terus memperkembangkan bakat mereka, tidak mustahil mereka akan berjaya sehingga peringkat lebih tinggi.

Beliau merakamkan penghargaan kepada JAKIM kerana memilih Perak sebagai tuan rumah majlis tahun ini.

Terdahulu, di dalam ucapannya, Drs Nizar berkata, sekolah agama rakyat (SAR) kini bukanlah sekolah kelas kedua, tetapi setanding dengan sekolah kebangsaan, yang mampu melahirkan modal insan yang berilmu.

Sehubungan itu, kata beliau, guru-guru SAR tidak seharusnya merasa rendah diri, sebaliknya mereka harus berbangga kerana mampu memberi pendidikan agama kepada para pelajar mereka.

Every assignment must be turned in, even http://pro-essay-writer.com/ if that means sacrificing their recess, special event, or class party until it’s completed