05 JANUARI 2016, SELASA

08:30 AMMenghadiri Taklimat ” Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik” (TPPA) di Dewan Bankuet SUK Ipoh.

09:00 AMPerjumpaan Bersama YB Dato’ Seri Mustapa Mohamad Menteri MITI di SUK Ipoh.

03:30 PM – Perasmian Penutupan Taklimat Guru Baru KAFA Lantikan Januari 2016 di INTIM.

10:00 PMMenghadiri Majlis Ramah Mesra dan Mesyuarat Kelab Badminton NIBC di Restauran TG Coner.

Legislation that would establish a performance-based funding how to write a controversial essay model is in play in the republican-controlled legislature

04 JANUARI 2016, ISNIN

07:15 AM Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

08:00 AM Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhammad Shah Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

09:00 AM Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

09:45 AM Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Belanja Kiri Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

10:15 AM Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Changkat Banjar Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

10:45 AM – Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

11:15 AM Lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Buloh Akar Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

12:00 PM – Lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Serapoh Sempena Sesi Awal Persekolahan 2016.

08:45 PM Ramah Mesra dan Bermain Badmimton di KEMAS Seri Iskandar.

02 JANUARI 2016, SABTU

03:00 PM – Majlis Penyampaian Sumbangan “Jom ke Sekolah Bersama Yayasan Pelajaran MARA di Pejabat UMNO Bahagian Parit.

05:30 PMMenghadiri Majlis Kenduri Kahwin di Rumah Abang Ghani di Kampung Nasaruddin.

08:00 PM – Majlis Pelancaran Program Fiesta Bagan Datoh Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Padang SMK Hutan Melintang.

09:00 PMMerasmikan dan Menyampaikan Hadiah Sempena Program Sukaneka Anjuran JKKK Kampung Tua dan KRT di Dataran Dewan Serbaguna Kampung Tua.

10:15 PM Menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Persaraan Pegawai Bomba Kanan 11 Balai Bomba Parit.

Under tinker, a school cannot censor or punish students’ speech merely because the students advocate a position contrary to government policy, writing essays for me the appeals court said in its ruling last year

01 JANUARI 2016, JUMAAT

12:30 PM – Menghadiri Majlis Ambang Tahun Baru Perkampungan Orang Asli Sungai Perah.

03:00 PM –  Menyaksikan Liga Sepak Takraw Sempena Sambutan Tahun Baru 2016 di Gelanggang Bomba Parit.

10:00 PM Ramah Mesra dan Majlis Gotong Royong Memasak Program Kenduri Kampung JKKK Lambor Kiri di Dewan Orang Ramai Kampung Lambor Kiri.

Question please summarize the naep https://www.overnightessay.co.uk science-test results

HIMPUNAN KETURUNAN ALANG SHAFIE BANGKITKAN NOSTALGIA, ERATKAN UKWAH

Setelah bertahun membuat perancangan, keluarga keturunan Alang Shafie Isman berjaya menjadikan cuti panjang hujung minggu ini sebagai kesempatan untuk mereka ahli keluarga dari jauh dan dekat berkumpul untuk mengeratkan ukwah sesama saudara mara.

Pada pertemuan itu, keluarga dari enam generasi berjaya mengumpulkan lebih 200 waris keturunan sama yang telah lama tidak berhubung setelah masing-masing berhijrah.

Ianya merupakan satu himpunan yang diibaratkan sebagai ‘sirih pulang ke gagang’ berikutan banyak nostagia dan salasilah keturunan Alang Shafie Isman berjaya disemarakkan ahli keluarga.

Yang Dipertua Waris Alang Shafie, Mohammad Tajuddin Abdul Samad berkata, bertahun lamanya masa diambil dalam membuat perancangan dan persediaan untuk menghimpunkan keturunan keluarga mereka terutama yang telah berhijrah.

“Dengan kemudahan laman sosial kini, kami dapat mengumpulkan semua jurai keturunan dalam mengeratkan hubungan kami dan sering berhubung sesama sendiri. Dengan adanya majlis seperti ini, kami dapat berkumpul serentak.

“Di kesempatan ini, dapatlah kami mengenali antara satu sama lain. Saya pasti ramai lagi ahli keluarga yang tidak didaftarkan dalam carta salasilah. Malah, kami merancang untuk adakan secara tahunan,” katanya.

Himpunan Waris Alang Shafie bertemakan Ukhwah Teras Keluarga Bahagian itu disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria di Dewan Taman Bersatu.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama majlis berkenaan dianjurkan dalam mengenalpasti susur galur lebih enam generasi ini.

“Namun, tidak banyak cerita mengenai Alang Shafie yang berasal dari Tanjung Dedalu, Parit ini dapat dikumpulkan namun, kami semua berusaha untuk bukukan susur galur keluarga kami ini dengan mengumpulkan banyak fakta,” katanya.

Sementara itu, anak Alang Shafie, Fatimah, 88 berkata, dia berasa terharu dengan penganjuran majlis berkenaan dan mengenali cucu dan cicit yang kini mencecah seramai 90 orang.

“Kegembiraan ini umpama menerima segunung harta. Mereka yang hadir inilah harta yang tidak ternilai. Bila berkumpul tiada lagi gelaran abang mahupun adik tetapi kebanyakkannya kami-kami yang tua inilah yang digelar ‘opah’ (nenek).

See what i’m raving www.cellspyapps.org/hack-a-phone about inside the article

SIFAT AMANAH PENENTU KESEJAHTERAAN UMMAH – SULTAN NAZRIN

asd

Sifat amanah penentu kepada kesejahteraan sesuatu ummah dan kemakmuran sesebuah negara.

Sultah Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan pecah amanah boleh mencetuskan kerosakan dalaman yang boleh melemahkan sesuatu pemerintahan lalu memudahkan kerja-kerja musuh dari luar.

Titah baginda, amanah bererti boleh dipercayai, jika sesuatu urusan dipertanggungjawabkan, urusan tersebut wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“Sifat benar dan sifat amanah berperanan utama dalam kepimpinan Rasulullah Sallallahu Alai Wassallam,” titah baginda ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Ipoh pada Khamis.

Sultan Nazrin bertitah, jika urus tadbir dilaksanakan dengan berpaksikan kejujuran serta keikhlasan dan setiap khazanah dikendalikan secara amanah serta telus, ummah dan para ulama akan terus berbahagia.

Titah baginda lagi, sifat amanah dan benar juga merupakan paksi utama mempastikan para pemimpin berupaya menunaikan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas, adil dan saksama.

“Baginda (Nabi Muhammad S.AW) telah dipertanggungjawabkan dengan amanah dan berjaya menyempurnakan amanah dengan memiliki kekuatan dalaman, iman yang tidak tergoncang ketika menghadapi ujian; baik yang berbentuk ugutan ke atas nyawa Baginda.

“Begitu juga yang berbentuk imbuhan berbentuk tawaran pangkat, jawatan, kekayaan dan wanita cantik.

“Baginda adalah contoh kepimpinan yang berpegang teguh kepada prinsip kebenaran dan amanah,” titah baginda.

Romney pressed congress view it now to keep the rate at 3