10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.

1 yb zul yb zahir yb syahrul yb samsuddin yb saarani 2 yb rusnah ustaz yb nizar (BN) yb manaf yb muhammad amin  IMGL7162 yb norlee yab mb 7 4 8 7 IMGL7397 6 IMGL7370

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

PERAK TODAY

Fri, Nov 29th, 2013

 

yb_nizar_BNjumaat

Jumlah Guru KAFA Bakal Ditambah Tahun Hadapan

Mulai tahun hadapan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menambah kouta guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Perak menjadi 3,150 orang berbanding hanya 3,120 guru, setakat ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, jumlah guru KAFA diakui masih belum lagi mencukupi.

Berikutan tindakan itu, kerajaan negeri katanya, akan turut menambah jumlah peruntukan tahunan dan elaun tambahan kepada guru KAFA di Perak.

“Penambahan kuota tersebut adalah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan bagi peringkat sekolah agama di Perak,” katanya lagi.

Pihak JAKIM juga ujarnya, sedang berusaha untuk menaik taraf jawatan guru KAFA dari jawatan sambilan kepada kontrak.

Mengulas lanjut, Mohd Nizar memberitahu seramai 3,120 guru KAFA berkhidmat di Perak yang terdiri daripada 592 guru lelaki dan bakinya iaitu 2,528 lagi adalah guru perempuan,” katanya.

PERAK NEWS :

Friday, 29 November 2013

yb_nizar_BNjumaatPerak Laksana Kelas KAFA Di Sekolah Kebangsaan Terpilih

Satu persefahaman di antara Kerajaan negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri telah dicapai bagi mewujudkan Kelas Fardu Ain (KAFA) di sekolah terpilih di negeri ini mulai tahun depan.

Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antaranya adalah pelaksanaan kelas KAFA Tulin di sekolah kebangsaan dalam kawasan yang tidak mempunyai Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Kata beliau contoh kawasa tersebut KAFA Tulin di Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana. Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 10 sekolah kebangsaan di negeri telah melaksanakan KAFA Tulin.

“Dengan adanya persefaham ini, ia dapat menyelesaikan masalah anak-anak yang tidak berpeluang belajar di Sekolah Agama Rakyat negeri ini,’’ katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2014 pada Sidang Dewan Negeri Perak hari ini.

Beliau menjawab soalan ADUN PAS Selinsing, Hussin Din  sebelum ini yang membangkitkan isu mengenai sekolah-sekolah agama rakyat KAFA yang menumpang di sekolah-sekolah kebangsaan ataupun Dewan Serbaguna.

Mengenai isu sekolah agama rakyat yang terlalu uzur dan merbahaya, katanya, bagi tahun 2014, kerajaan negeri masih meneruskan peruntukan kewangan sebanyak RM3 juta bagi tujuan pembangunan, baik pulih dan prasarana sekolah agama rakyat untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

PERAK NEWS :

Friday, 29 November 2013

yb_nizar_UMNOKAFA Akan Terus Ditingkatkan

Kerajaan negeri akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mulai tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, antara langkah yang diambil termasuklah menambah bilangan guru KAFA kepada 3,150 orang dan tambahan elaun sebanyak RM 200 sebulan kepada guru-guru tersebut.

“Jumlah guru sediada ada di negeri ini bergantung kepada jumlah sekolah dan murid di setiap daerah tetapi secara keseluruhannya jumlah guru di negeri ini masih belum mencukupi,” katanya ketika sesi soal jawab di sidang DUN hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan KAFA terus berkualiti.

Katanya, selain penambahan jumlah peruntukan, kerajaan negeri melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga sedang berusaha menaiktaraf jawatan guru KAFA daripada jawatan sambilan ke jawatan kontrak. 

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).