10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.

 

08:00 PM – Menghadiri Taklimat Di Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

PERAK TODAY

Thu, Nov 28th, 2013

 

SEKITAR-SIDANG-DUN-PERAK-12-0461Cadangan Wujud Bangunan, Dewan Persidangan Baru Terima Reaksi Positif

 

 

Cadangan untuk wujudkan bangunan baru bagi memisahkan urusan legislatif dan eksekutif menerima sambutan positif baik daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang.

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria, pembinaan satu lagi bangunan khusus untuk persidangan dewan negeri di Perak dapat mengelakkan kesesakan serta pertembungan antara bidang eksekutif dan legislatif.

 

“Ini kerana dewan sedia ada agak tertutup di mana kemungkinan menyusahkan akses kepada pembangkang untuk memasukinya.

 

“Saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan ini apabila bangunan tersebut boleh disediakan sebuah bilik untuk Ketua Pembangkang seperti yang dibangkitkan pihak pembangkang sebelum ini,” katanya.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).