10:00 AM – Menghadiri Program Seminar Wasatiyyah Sebagai Dasar Negara di Dewan Bankuet SUK, Ipoh.
02:30 PM – Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Negeri Perak Bil 2/2015 di Bilik Gerakan Negeri, SUK, Ipoh.
08:20 PM – Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Parit di Pejabat PPK Parit.
09:45 PM – Menghadiri Program Ramah Mesra dan Taaruf PDM Kampung Selboh di Bilik Gerakan UMNO Bukit Chupak.
Konsep Wasatiyyah Elak Salah Faham Terhadap Islam
Perak News (27 April 2015)
Konsep dan pemahaman Wasatiyyah penting dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam konteks kehidupan masyarakat Islam khususnya bagi memastikan negara ini berada dalam keadaan aman serta mengelakkan perpecahan.
Pelaksanaan konsep Wasatiyyah sebagai dasar negara juga dapat mengelakkan salah faham dan kekeliruan terhadap agama Islam berikutan semakin banyak pihak yang cuba menggunakan Islam untuk kepentingan individu atau pihak tertentu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri sentiasa menekankan aspek tersebut melalui prinsip kasih sayang dan perpaduan, memandangkan tindakan dan hukuman keras tidak menggambarkan kehidupan yang berprinsipkan Wasatiyyah.
“Dalam agama Islam sendiri, terasnya adalah kepada ajaran agama, pertembungan dan kekeliruan terhadap Islam boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat kita.
“Kerajaan telahpun laksanakan program Wasatiyyah ini yang telah terungkap di dalam al-Quran itu sendiri, yang menganjurkan umat Islam supaya menjaga dan membawa kehidupan mereka kepada konsep Wasatiyyah.
“Oleh itu kita sentiasa mengekalkan suasana aman dan stabil berdasarkan kepada pemahaman Wasatiyyah yang kita pegang sendiri,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Pendekatan Wasatiyyah: Sebagai Dasar Negara di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Isnin.
Kira-kira 1,500 peserta dari pelbagai agensi dan jabatan hadir di program itu dengan kehadiran beberapa panel jemputan seperti Profesor Ulung ISTAC, Tan Sri Profesor Dr Mohd Kamal Hassan, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Yusof Din, Profesor Datuk Mohamad Naser Disa dan Profesor Datuk Dr Sidek Baba.
Antara topik yang dibincangkan adalah “Pendekatan Wasatiyyah Sebagai Dasar Negara” dan “Pendekatan Wasatiyyah: Dalam Menuju Ummah Yang Cemerlang”.
Sementara itu, Mohd Yusof dalam ucapan aluannya berkata, Perak menjadi negeri ke-6 dalam melaksanakan dasar tersebut dan merupakan penyertaan paling ramai berbanding lima negeri sebelumnya.
“Tujuan kita untuk promosikan pendekatan Wasatiyyah sebagai cara hidup, dengan mengamalkan kesederhanaan dan keadilan yang sesuai ketika ini, selaras dengan wahyu Allah.
“Ia juga ada hubung kait dengan Maqasid Syariah dan dapat dicapai dalam meletakkan Wasatiyyah sebagai dasar negara'” katanya.