09:00 AM – Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan  Daerah (JKTD) di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Perak Tengah

 

10:30 AMMenghadiri Majlis Kesyukuran Bagi Pertugas Banjir Daerah Perak Tengah di Dewan Serbaguna MDPT Bandar Baru Seri Iskandar.

 

12:30 PM – Merasmikan Majlis Penutup Taklimat Angkasa Negeri Perak Bersama Koperasi  Bela Rakyat (KOBERA) di Casuarina @ Meru Ipoh.

IMG_1604 IMG_1605 IMG_1606 IMG_1608 IMG_1616 IMG_1615 IMG_1607 IMG_1609 IMG_1610 IMG_1611 IMG_1612 IMG_1613 IMG_1614 IMG_1617 IMG_1618 IMG_1619 IMG_1620 IMG_1621 IMG_1623 IMG_1624 IMG_1625 IMG_1625 IMG_1626 IMG_1628 IMG_1629 IMG_1630 IMG_1632 IMG_1633 IMG_1635

04:00 PM Menghadiri Program Ramah Mesra  Jiran Bagi Parlimen Parit/ DUN Belanja di Kampung Changkat Banjar.

IMG_1654 IMG_1656 IMG_1661 IMG_1665 IMG_1663 IMG_1655 IMG_1657 IMG_1658 IMG_1659 IMG_1660 IMG_1662 IMG_1664

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

24 Februari 2015

KOBERA Perlu Usaha Cari Dana

Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) di seluruh negeri diminta mencari dana bagi membantu kerajaan merealisasikan matlamat penubuhannya untuk membasmi kemiskinan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kerajaan memang sentiasa memberi perhatian terhadap koperasi itu tetapi mereka juga perlulah berusaha sendiri.

Menurut beliau, ahli lembaga koperasi perlu berfikir untuk mencari jalan bagaimana mengumpulkan dana, walaupun dengan mengusahakan projek secara kecil-kecilan.

“Ahli lembaga koperasi kena fikir macam mana untuk mencari dana, misalnya membuat projek kecil-kecilan dahulu seperti menanam cabai, kucai dan membela ayam,” katanya ketika berucap menutup Taklimat Peranan Angkasa Dalam Gerakan Koperasi Bersama KOBERA di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada Selasa.

Drs Nizar yakin, beberapa cawangan KOBERA di negeri ini mampu setanding dengan koperasi yang telah berjaya sekiranya mendapat komitmen dan usaha berterusan daripada semua pihak.

Beliau memberi contoh, Hotel Taiping Perdana milik Koperasi Guru-Guru Melayu Larut, Matang, Selama dan Dinding Taiping Bhd. kini menjadi mercu tanda terbaharu di bandar bersejarah itu.

Di samping itu, beliau memberitahu, terdapat juga beberapa koperasi yang berjaya mengusahakan ladang, perkhidmatan pelancongan dan homestay sehingga mampu memberi dividen yang lumayan kepada ahli-ahlinya.

“Kejayaan tidak datang sekelip mata, di awal penubuhan KOBERA memanglah sukar sedikit tetapi lama-kelamaan, saya yakin akan bertambah maju,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing supaya memberi sumbangan kepada koperasi.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).