10:00 AM – Pengumuman Keputusan I’dadi dan Thanawi Negeri Perak di Bilik Mesyuarat Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh.
12:30 PM – Ramah Mesra Bersama Pelajar SMAN Raja Perempuan Taayah Selepas Pengumuman Keputusan I’dadi dan Thanawi
02:30 PM – Mempengerusikan Mesyuarat Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak di Casuarina @ Meru Ipoh.
04:30 PM – Mesyuarat Bersama Pegawai-pegawai Tadbir Agama Daerah di Casuarina @ Meru Ipoh.
09:00 PM – Menghadiri Kuliah Umum Yang Disampaikan Oleh Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmud Ghonim Ahli Majlis Fatwa Negara Mesir di Surau Rimba Raja Lambor Kanan.
Keratan Akhbar / Portal / Perakbn.my
23 Februari 2015
23/02/2014 — Keputusan Thanawi Dan I’dadi 2014 Mencatatkan Penurunan 0.1 Peratus Berbanding 2013:- Dato’ Mohd Nizar Zakaria
Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YB Dato’ Mohd Nizar Zakaria mengumumkan keputusan peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2014 di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh awal hari ini.
Seramai 1,921 orang pelajar darpadai 38 buah sekolah menduduki peperiksaan Thanawi tahun lepas. Daripada jumlah itu 289 orang atau 15 peratus mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang). Manakala pangkat Jayyid Jiddan (Amat baik) pula seramai 596 orang atau 31 peratus dari jumlah keseluruhan. Pangkat Jayyid (Baik) pula diraih oleh 616 orang atau 32.1 peratus.
“ Walaupun pencapaian para pelajar tahun 2014 agak baik namun secara keseluruhannya peratusan keseluruhan menurun sedikit iaitu sebanyak 0.1 peratus berbanding 2013,” jelasnya.
Disamping itu, seramai 216 orang pelajar pula yang mewakili 11.24 peratus jumlah keseluruhan mendapat pangkat Makbul (Lulus). Pelajar yang mendapat pangkat Rosib atau gagal seramai 204 orang atau 10.6 peratus.
Sekolah yang mencapai keputusan terbaik peperiksaan Thanawi Negeri Perak 2014 adalah Sekolah Raja Perempuan Taayah, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.5 peratus. Gred Purata Negeri (GPN) pula adalah 2.7 peratus.
“ Pada 2014 seramai 2,689 calon daripada 42 buah sekolah telah menduduki peperiksaan I’dadi. Daripada jumlah itu seramai 457 pelajar atau 17 peratus mencapai pangkat Mumtaz. Pangkat Jayyid Jiddan pula telah diraih oleh 916 pelajar atau 34.1 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pangkat Jayyid pula dicapai oleh 947 orang yang mewakili 35.2 peratus.
“Manakala pangkat Makbul pula diterima oleh 238 pelajar atau 8.9 peratus dan seterusnya seramai 131 pelajar atau 4.9 peratus menerima pangkat Rosib,” katanya.
Sekolah yang mencapai keputusan terbaik I’dadi 2014 adalah Sekolah Menengah Tahfiz Daerah Kerian yang mendapat GPS 1.0 peratus.
Selepas mengumumkan keputusan tersebut, Dato’ Mohd Nizar menyampaikan slip keputusan kepada para pelajar yang cemerlang.
Peperiksaan I’dadi adalah untuk para pelajar tingkatan dua, manakala peperiksaan Thanawi adalah untuk para pelajar tingkatan empat.