09:00 AM – Mesyuarat Bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Bilik Mesyuarat Korporat SUK, Ipoh.

20140623_100938 20140623_101023 20140623_101036 20140623_101052 20140623_101104 20140623_101116 20140623_101119 20140623_101127 20140623_101138 20140623_101150 20140623_124518 20140623_124522 20140623_124526

08:45 PM – Menyaksikan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala President Antara Pasukan Perak Dan Pahang di Stadium Darul Makmur Pahang.

 

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak Today : 23 Jun 2014

Hotel Tiada Sijil Halal Dilarang Tawar Bufet Ramadhan

Mana-mana hotel di negeri Perak yang tidak memiliki Sijil Halal dilarang sama sekali untuk menawarkan promosi Bufet Ramadhan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan sijil tersebut itu untuk menarik masyarakat Islam berbuka puasa di premis mereka.

“Mana-mana hotel ataupun premis menjual makanan tidak boleh menggunakan perkataan Bufet Ramadhan sewenang-wenangnya.

“Jika hotel dan premis ini tidak mendapat Sijil Halal, itu merupakan satu kesalahan dan tindakan tegas akan diambil jika ada aduan yang kita terima daripada masyarakat umum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Korporat di Bangunan SUK dekat Ipoh, hari ini.

Beliau turut memberi amaran keras kepada premis tersebut supaya tidak mengambil kesempatan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Jangan sesekali mereka yang tidak punya status halal menawarkan pakej bufet apatah lagi dalam Ramadhan ini,” tambahnya.

Katanya lagi, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mempunyai senarai hotel yang mendapat pengiktirafan dan hanya hotel yang terpilih sahaja yang diberikan logo halal tersebut

“Memang ada hotel atau kawasan-kawasan tertentu yang telah mendapat Sijil Halal dalam senarai Jaipk dan hanya yang mereka terpilih ini sahaja yang boleh berbuat demikian,” katanya.

Mohd Nizar berkata lagi, masyarakat itu sendiri memainkan peranan penting untuk bijak membuat keputusan berkaitan hal tersebut.

“Sudah pasti apabila Ramadhan tiba, banyak tawaran-tawaran berkaitan produk makanan untuk berbuka dan sebagainya.

“Oleh itu, umat Islam sendirilah perlu melakukan pemilihan terhadap kapasiti apabila kita melakukan ibadah puasa daripada sudut berbuka atau sebagainya.

“Kita harus menjaga bulan Ramadhan kerana bulan ini bukan untuk bersukaria tetapi untuk kita menjalankan tanggungjawab kepada Allah SWT dan pada masa yang sama, kita tidak boleh bermewah-mewah dengan makanan walaupun ada tawaran yang istimewa,” tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai premis perniagaan yang menjual makanan kepada umat Islam ketika bulan Ramadhan.

“Saya ingin memberi amaran tegas khususnya kepada penjual atau premis makanan supaya jangan sesekali menjual makanan kepada umat Islam dalam bulan Ramadhan,” katanya.

Sementara itu,Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, premis dan individu yang terlibat dalam urusan jual beli makanan dalam bulan Ramadhan akan dikenakan tindakan yang setimpal.

“Bagi kes individu yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya.

 

Perak News : 23 Jun 2014

Amaran Supaya Hormati Bulan Ramadhan

amaran

Kerajaan negeri memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati bulan Ramadhan, termasuk mengenakan denda sehingga RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria menegaskan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) akan menjalankan pemantauan yang rapi di sampai pemeriksaan dari masa ke semasa agar semua pihak menghormati bulan penuh berkat itu.

Menurut beliau, antara pemantauan yang dibuat ialah terhadap umat Islam yang makan di khalayak ramai, peniaga yang menjual makanan kepada umat Islam di siang hari dan penyalahgunaan logo halal.

“Ramadhan akan datang minggu depan dan saya berharap umat Islam dapat melaksanakan ibadah wajib itu manakala orang bukan Islam juga perlu turut menghormati bulan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JAIPK di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Isnin.

Drs Nizar mengingatkan peniaga makanan supaya jangan sekali-kali menjual kepada umat Islam ketika waktu siang, khususnya pagi dan tengahari kerana tindakan mereka sentiasa diperhatikan oleh pihak berwajib.

“JAIPK akan membuat pemantauan dan pemeriksaan di premis-premis yang menjual makanan bagi memastikan mereka tidak menjual kepada umat Islam.

“Umat Islam perlu memelihara indentiti dan imej Islam manakala yang menjual makanan mesti menghormati bulan Ramadhan ini,” katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri memandang serius perkara ini.

Sementara itu, Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin memberitahu, mana-mana premis yang tidak mempunyai sijil halal tetapi mengadakan buffet Ramadhan boleh didenda sehingga RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan.

Di samping itu, kata beliau, umat Islam yang didapati makan, minum atau merokok di tempat terbuka, boleh didenda sehingga RM1,000 dan penjara sehingga enam bulan.

Bagaimanapun, kata beliau, berdasarkan statistik masa lalu, kebanyakan umat Islam yang didenda adalah disebabkan kerana menghisap rokok di tempat terbuka.

“Cuba bayangkan, takkkan lah kerana sebatang rokok atau seteguh air, kena denda RM1,000 atau penjara enam bulan,” katanya sambil berharap umat Islam supaya mengelakkan daripada berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak JAIPK bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang tidak menghormati bulan Ramadhan.

“Di samping bertindak hasil maklumat orang ramai, kami juga bertindak berdasarkan kepada pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan dari masa ke semasa,” ujar beliau.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).