09:00 AM – Menghadiri Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV  di Kampung Air Mati Bota.

IMG-20150512-WA0037 IMG-20150512-WA0038 DSC_0570 DSC_0575 DSC_0586 DSC_0588  DSC_0571 DSC_0594 IMG-20150512-WA0051 IMG-20150512-WA0045 IMG-20150512-WA0044 IMG-20150512-WA0039 IMG-20150512-WA0040 IMG-20150512-WA0041 IMG-20150512-WA0042 IMG-20150512-WA0043

10:00 AM – Menghadiri Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah I Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan.

IMG-20150512-WA0054 IMG-20150512-WA0052 IMG-20150512-WA0053 IMG-20150512-WA0055 IMG-20150512-WA0051 IMG-20150512-WA0048 IMG-20150512-WA0046 IMG-20150512-WA0047 IMG-20150512-WA0050 IMG-20150512-WA0049

08:30 PMMenghadiri Majlis Bersama Rakyat Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Padang Majlis Daerah Perak Tengah Kampong Gajah.

IMG-20150513-WA0000 IMG-20150513-WA0001 IMG-20150513-WA0031 IMG-20150513-WA0032 IMG-20150513-WA0020 IMG-20150512-WA0078 IMG-20150513-WA0021 IMG-20150513-WA0025 IMG-20150513-WA0007  IMG-20150513-WA0010 IMG-20150513-WA0017 IMG-20150513-WA0006 IMG-20150513-WA0022 IMG-20150513-WA0023 IMG-20150513-WA0024 IMG-20150513-WA0018

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

Hujan Tidak Halang Rakyat Hadir Istiadat Ziarah Makam

Published: Selasa, 12 Mei 2015 15:29

1 1Hujan yang turun sejak awal pagi tidak menghalang penduduk Lambor Kanan untuk menyaksikan keberangkatan Sultan Perak XXXV, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim menziarahi Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah 11 ( Sultan Ke-10) di Kampung Air Mati, Lambor Kanan pada Selasa. Mereka yang berpayung dan ada yang mendukung anak kecil, setia menunggu sejak jam 8.30 pagi sehinggalah pasangan DiRaja itu tiba di kawasan makam kira-kira jam 9.20 pagi dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria, anggota Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Sebaik turun dari kenderaan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara terus bersalaman dengan penduduk yang berbaris sebelum ke pentas khas untuk majlis tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Perak Tengah, Burhanuddin Mohd Dali.”Tuanku Sultan berjiwa rakyat,” begitulah kata-kata beberapa penduduk yang hadir sebaik melihat ibu-ibu yang berbaris di pekarangan makam dalam suasana hujan dititah masuk ke dalam pentas sebelum bermulanya majlis tahlil.Sebaik selesai tahlil Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim berjalan masuk ke kawasan makam diikuti selawat Nabi.

Pasangan DiRaja itu kemudian menyiram air mawar dan menabur bunga sebelum menikmati hidangan pulut kuning.Baginda berdua kemudian berangkat untuk menziarahi Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah 1 (Sultan Pertama) di Kampung Telok Bakong, Lambor Kanan.Sebaik ketibaan pasangan DiRaja itu, majlis tahlil bermula dengan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Daerah Seri Iskandar, Abd Muiz Md Shoaib.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudian berangkat bagi meneruskan istiasat menziarahi makam-makam Raja terdahulu iaitu ke Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Ke-8), Makam Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Ke-14) di Kampung Melayu Pulau Tiga.Baginda berdua turut menziarahi Makam Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Shah (Sultan Ke-11), Makam Almarhum Sultan Alaudin Mughayat (Riayat) Shah (Sultan Ke-12) dan Makam Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Sultan Ke-3) di Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga sebelum berangkat pulang.

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).