09:00 AMMenghadiri Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Raja Sulong Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Kampung Tepus, Belanja.

IMG-20150511-WA0017 IMG-20150511-WA0056 IMG-20150511-WA0027 IMG-20150511-WA0055 IMG-20150511-WA0019 IMG-20150511-WA0033 IMG-20150511-WA0034 IMG-20150511-WA0036 IMG-20150511-WA0032 IMG-20150511-WA0035 IMG-20150511-WA0016 IMG-20150511-WA0018 IMG-20150511-WA0028 IMG-20150511-WA0053 IMG-20150511-WA0031 IMG-20150511-WA0086 IMG-20150511-WA0044 IMG-20150511-WA0045 IMG-20150511-WA0046 IMG-20150511-WA0048 IMG-20150511-WA0037 IMG-20150511-WA0047 IMG-20150511-WA0039 IMG-20150511-WA0038 IMG-20150511-WA0043 IMG-20150511-WA0040 IMG-20150511-WA0041 IMG-20150511-WA0042 IMG-20150511-WA0059 IMG-20150511-WA0060 IMG-20150511-WA0061 IMG-20150511-WA0064 IMG-20150511-WA0065 IMG-20150511-WA0078 IMG-20150511-WA0079 IMG-20150511-WA0080 IMG-20150511-WA0081 IMG-20150511-WA0085 IMG-20150511-WA0084 IMG-20150511-WA0077 IMG-20150511-WA0076 IMG-20150511-WA0082 IMG-20150511-WA0083 IMG-20150511-WA0021 IMG-20150511-WA0022 IMG-20150511-WA0023 IMG-20150511-WA0024 IMG-20150511-WA0054 IMG-20150511-WA0062 IMG-20150511-WA0057 IMG-20150511-WA0058 IMG-20150511-WA0066

03:00 PMMenghadiri Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah III Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Kampung Selat, Bota.

IMG-20150511-WA0101 IMG-20150511-WA0118 IMG-20150511-WA0117 IMG-20150511-WA0121 IMG-20150511-WA0093 IMG-20150511-WA0096 IMG-20150511-WA0098 IMG-20150511-WA0100 IMG-20150511-WA0110  IMG-20150511-WA0102 IMG-20150511-WA0103 IMG-20150511-WA0104 IMG-20150511-WA0106 IMG-20150511-WA0108

04:00 PMMenghadiri Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Sultan Alauddin Shah dan Makam Almarhum Ahmaddin Shah Sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV di Kampung Bota Kanan.

IMG-20150511-WA0122 IMG-20150511-WA0123 IMG-20150511-WA0124 IMG-20150511-WA0125 IMG-20150511-WA0126 IMG-20150511-WA0128 IMG-20150511-WA0129

08:30 PM – Majlis Bersama Rakyat Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan.

IMG-20150511-WA0141 IMG-20150511-WA0135 IMG-20150512-WA0023 IMG-20150512-WA0027 IMG-20150512-WA0021 IMG-20150512-WA0031 IMG-20150512-WA0024  IMG-20150511-WA0139 IMG-20150511-WA0140  IMG-20150512-WA0028 IMG-20150512-WA0002 IMG-20150512-WA0030 IMG-20150511-WA0136 IMG-20150512-WA0001 IMG-20150512-WA0000 IMG-20150512-WA0020 IMG-20150512-WA0026 IMG-20150512-WA0016  IMG-20150512-WA0018 IMG-20150511-WA0142 IMG-20150511-WA0143 IMG-20150512-WA0014 IMG-20150512-WA0010 IMG-20150512-WA0009 IMG-20150511-WA0145 IMG-20150512-WA0004 IMG-20150512-WA0005 IMG-20150512-WA0006 IMG-20150512-WA0007 IMG-20150512-WA0008

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

 

Sultan Nazrin Teruskan Tradisi Mesra Rakyat

 

Screen Shot 2015-05-12 at 11.02.34 AMSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim berkenan hadir dan meneruskan tradisi Majlis Bersama Rakyat di padang SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan pada malam Isnin.

Tradisi beramah mesra bersama rakyat itu merupakan kali pertama diadakan selepas Sultan Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak XXXV pada 6 Mei lalu.

Keberangkatan tiba pasangan diraja kira-kira jam 9.30 malam itu disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Baginda kemudiannya meluangkan masa bersalaman dengan rakyat yang merasa teruja untuk bertemu dengan Sultan mereka yang baharu.

Majlis Bersama Rakyat yang merupakan sebahagian daripada program istiadat pertabalan itu turut dihadiri oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri dan sekitar 3,000 rakyat jelata dari kawasan sekitar.

Baginda kemudiannya berkenan menyaksikan persembahan-persembahan daripada rebana An-Nur dan Nasyid, gambus sambil meneruskan majlis santapan bersama rakyat.

Pegawai Daerah Perak Tengah, Mad Dan Hassan berkata, program tersebut akan meninggalkan titipan kenangan buat segenap rakyat jelata yang berpeluang melihat Sultan mereka secara lebih dekat.

“Program malam ini adalah amat istimewa kerana ia akan melakar sejarah di daerah Perak Tengah, di atas kesudian DYMM Sultan Nazrin untuk bersama bersantap bersama rakyat selepas ditabalkan sebagai Sultan Perak,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Menurut beliau, program bersama rakyat itu merupakan medium terbaik untuk merapatkan hubungan sillaturahim di antara rakyat dan pemimpin.

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

Published: Isnin, 11 Mei 2015 14:21

ZIARAH MAKAM ALLAHYARHAM SULTAN TAJUL ARIFFIN

 Screen Shot 2015-05-11 at 2.16.51 PM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim berangkat menziarahi Makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan Ke-4) di Pulau Semat, Mukim Senggang, Kuala Kangsar pada Isnin.

Ketibaan pasangan DiRaja itu pada kira-kira jam 9.22 pagi, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dan ADUN Manong, Mohamed Kamil Shafie.

Sebaik tiba di Kampung Semat, Sultan Nazrin dan Tuan Zara telah menaiki sebuah bot khas untuk berangkat menziarahi makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin di Pulau Semat.

Majlis menziarahi makam kemudian bermula dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Kangsar, Burhanuddin Mohd Dali.

Sebaik selesai bacaan tahlil, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara telah menyiram air mawar dan menabur bunga di Makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin sebelum berangkat ke majlis jamuan rakyat.

Sultan Tajul Ariffin ibni Sultan Mansur Shah I adalah Sultan Perak ke – 4 yang telah memerintah mulai 1584 sehingga 1594.

Selesai majlis jamuan rakyat, pasangan DiRaja kemudian berangkat menziarahi Makam Almarhum Raja Sulong ibni Almarhum Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah di Kampung Tepus Belanja yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Kampung Semat.

Ketibaan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri di Makam Almarhum Raja Sulong disambut oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan ADUN Belanja, Datuk Drs Mohamed Nizar Zakaria sebelum majlis bacaan tahlil yang dipimpin oleh
Imam Besar Masjid Daerah Seri Iskandar, Abdul Muiz Mohd Shoaib bermula .

Sebaik selesai bacaan tahlil, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara telah menyiram air mawar dan menabur bunga di Makam Almarhum Raja Sulong sebelum berangkat pulang.

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).