10:00 AM – Berada Di Pejabat SUK Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

BN PERAK

Tuesday, 11 December 2013

1450951_773317392682002_534420203_nKonsep Tahaluf Siyasi Yang Diamalkan UMNO Berbeza Dengan PAS

 UMNO menolak sekeras-kerasnya pendekatan dan konsep Tahaluf Siyasi yang digariskan oleh PAS.Exco negeri Perak, Dr Mohd Nizar Zakaria berkata ia amat berbeza dengan amalan UMNO walaupun berpegang pada konsep yang sama.

Katanya, pendekatan itu jugalah yang menjadi penyebab Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menentang PAS dalam banyak perkara.”Jika kita lihat pendekatan yang diambil mereka, yang berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, ia adalah Tahaluf Siyasi yang ditolak.

“Setiap kali perkara-perkara yang disuarakan oleh PAS contohnya, akan ditentang oleh rakan-rakan sekongkolnya, baik daripada DAP mahupun PKR,” katanya.Beliau yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Parit ini berkata Umno telah menggunakan pendekatan Tahaluf Siyasi sejak zaman Parti Perikatan lagi.

Katanya, atas pendekatan ini jugalah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan.”Kitalah yang mempelopori konsep ini.”Walaupun begitu dalam berkompromi dengan golongan bukan Islam seperti MCA dan MIC kita tetap jaga maruah dan kedaulatan agama Islam,” katanya.

 

 

 

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).