09:30 AM – Menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Perak Bil. 2/2013 di Hotel Casuarina, Bandar Meru.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
PERAK NEWS
Saturday, 07 December 2013 15:45
UMNO Tolak Tahaluf Siyasi PAS
Pendekatan dan konsep Tahaluf Siyasi yang digariskan oleh PAS adalah pendekatan yang ditolak dalam Umno. Wakil Umno Perak Dr Mohd Nizar Zakaria berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menentang PAS dalam banyak perkara.
“Jika kita lihat pendekatan yang diambil mereka, yang berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, ia adalah Tahaluf Siyasi yang ditolak.”Setiap kali perkara-perkara yang disuarakan oleh PAS contohnya, akan ditentang oleh rakan-rakan sekongkolnya, baik daripada DAP mahupun PKR,” katanya.
Naib Ketua Umno Bahagian Parit ini berkata Umno telah menggunakan pendekatan Tahaluf Siyasi sejak zaman Parti Perikatan lagi.Katanya, atas pendekatan ini jugalah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan.
“Kitalah yang mempelopori konsep ini.
“Walaupun begitu dalam berkompromi dengan golongan bukan Islam seperti MCA dan MIC kita tetap jaga maruah dan kedaulatan agama Islam,” katanya.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
PERAK NEWS
Saturday, 07 December 2013 12:30
Badan Perhubungan UMNO Perak meminta kerajaan menggunakan apa sahaja perundangan yang ada untuk `mengajar’ Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana mencabar kedudukan Islam dan akidah umat.
Wakilnya, Drs Mohamad Nizar Zakaria berkata, kumpulan ini perlu di`ajar’ supaya mereka menghormati hak umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
“Jangan mereka berani lagi memperlekehkan kita, jangan dihina lagi hak kita dan jangan sekali-kali cuba mencabar kedudukan kita,” tegasnya ketika membahaskan usul agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU13) hari ini.
Comango dilaporkan mencetus kemarahan umat Islam di negara ini apabila membuat tuntutan keterlaluan dalam semakan berkala sejagat (UPR) di Geneva.
Comango antara lain menuntut murtad sebagai kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menghapuskan undang-undang jenayah syariah dan mengiktiraf pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Berdasarkan tuntutan itu, Comango dilaporkan menuntut Malaysia memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) agar Perkara 18 berhubung hak kebebasan beragama yang implikasinya mengizinkan orang Melayu-Islam murtad berlaku secara tanpa kawalan oleh pihak berkuasa agama negeri di Malaysia.
Robertatown
Consistent excellence across continents.
order cheap lisinopril no prescription
Always delivering international quality.