11:30 AM – Merasmikan Penutupan Mahrajan Kesenian Islam Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 1436H/2015M di Dewan Besar SMKA Sultan Azlan Shah.
03:00 PM – Menghadiri Mesyuarat Cawangan UMNO Kampung Chopin Kiri di DOR Kg Chopin Kiri
03:30 PM – Menghadiri Mesyuarat Cawangan UMNO Kampung Talang Belanja Kanan di DOR Kg Talang Belanja Kanan
04:00 PM – Menghadiri Mesyuarat Cawangan UMNO Parit di Pejabat UMNO Bahagian Parit
08:00 PM – Menghadiri Majlis Makan Malam Nostalgia SMK Sungkai 2015 di Dewan Seri Sungkai Perak.
Artikel/Portal/Keratan Akhbar
Perak Today ( 11 April 2015)
Mahrajan Kesenian Islam, Cungkil Potensi Dan Bakat Para Pelajar
SERI ISKANDAR : ‘Mahrajan Kesenian Islam’ yang bertemakan ‘Al-Quran dan transformasi Ummah’ sekali lagi meneruskan kesinambungannya dalam usaha memartabatkan tulisan jawi dan Khat dikalangan para pelajar di peringkat menengah dan rendah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria pengajuran aktiviti sebegini disifatkannya sebagai ‘jihad ilmu’ untuk mendedahkan para pelajar dengan pelbagai ilmu dan bakat yang bermanfaat.
“Aktiviti seperti Mahrajan Tadarus, khat, debat, Jawi serta nasyid dianjurkan ini adalah bagi membentuk potensi diri pelajar selain nilai tambah daripada pengisian ko-kurikulum dan kurikulum yang tersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Mahrajan Kesenian Islam peringkat Daerah Perak Tengah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah hari ini.
Tambahnya lagi, bakat yang berjaya dicungkil melalui penganjuran aktiviti seumpama ini berupaya membantu dan mendorong para pelajar melebarkan bakat mereka hingga ke peringkat pengajian tinggi.
“Adanya program nilai tambah sebegini berupaya membei pendedahan dan dan mensiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu apabila meneruskan pembelajaran di pusat pengajian tinggi kelak,” katanya.
Ujar Nizar lagi, usaha memberi nilai tambah dalam mempelbagaikan medium pendidikan adalah penting untuk melahirkan modal insan yang berwibawa dan celik ilmu.
“Pastinya penganjuran Mahrajan ini mampu memberi kesan dan antara faktor utama yang mampu membentuk keyakinan dalam diri pelajar,” katanya.
Beliau turut berharap supaya setiap sekolah di negeri ini terus berusaha melonjakkan kejayaan dengan menintikberatkan pelbagai elemen nilai tambah serta kelainan dalam penyebaran ilmu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah dinobatkan sebagai johan kategori menengah, manakala bagi kategori sekolah rendah, johan dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2.
Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak dijangka berlangsung 8 dan 9 Mei ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah.