12:00 PM – Perasmian Penutup Motivasi Pelajar UPSR DUN Trong  di Universiti Teknologi Petronas.

IMG-20150412-WA0033 IMG-20150412-WA0036 IMG-20150412-WA0040 IMG-20150412-WA0041 IMG-20150412-WA0039 IMG-20150412-WA0038 IMG_4393 IMG_4394 IMG_4396 IMG_4400IMG_4401 IMG_4403 IMG_4411 IMG_4413 IMG_4414 IMG_4415 IMG_4416 IMG_4418 IMG_4419 IMG_4420IMG_4425 IMG_4426 IMG_4427 IMG_4428 IMG_4429 IMG_4430 IMG_4432 IMG_4433 IMG_4435 IMG_4436 IMG_4437 IMG_4450 IMG_4452 IMG_4454 IMG_4455 IMG_4457 IMG_4458 IMG_4477 IMG_4479 IMG_4480 IMG_4486 IMG_4488 IMG_4491 IMG_4493 IMG_4495

02:45 PM – Merasmikan Persidangan Tahunan UMNO cawangan Sungai Korok di DOR Sungai Korok.

IMG_4513 IMG_4514 IMG_4515 IMG_4516 IMG_4529 IMG_4530 IMG_4531 IMG_4532 IMG_4533

03:30 PM -Ramah Mesra Bersama Ahli UMNO Sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kepala Pulau di DOR Kg. Kepala Pulau

 

04:25 PM – Ramah Mesra Bersama Ahli UMNO Cawangan Padang Tenggala Sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan di DOR Kg. Padang Tenggala

IMG_4517 IMG_4518

05:10 PM – Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Ahli UMNO Cawangan Kg. Baru Bota Kanan

IMG_4519 IMG_4520 IMG_4521 IMG_4522 IMG_4524 IMG_4522 IMG_4524 IMG_4525 IMG_4527 IMG_4528

 

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak Today

12 April 2015 (AHAD)

Elemen Positif Perlu Diterapkan Dalam Diri Pelajar

Seminar-Motivasi-Pelajar-UPSR-DUN-Trong-10-1

SERI ISKANDAR: Semua pihak disarankan untuk menerapkan elemen positif terhadap pelajar dalam memastikan mereka mampu mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan memerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria berkata, usaha itu perlu bagi memberi semangat kepada mereka untuk lebih berjaya.

“Mereka sebenarnya mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu.

“Sebagai contoh, mereka mempunyai kekuatan tersendiri daripada segi potensi, kemahiran dan faktor tertentu yang sedia ada hasil daripada korikulum yang mereka terima di peringkat sekolah.

“Kita sebagai ibu bapa dan warga pendidik berupaya untuk mengeluarkan dan memberikan proses keyakinan kepada anak-anak ataupun murid-murid bahawa mereka boleh berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Penutupan Kem Motivasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015, Pelajar Tahun 6, Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong di sini, hari ini.

Seminar-Motivasi-Pelajar-UPSR-DUN-Trong-1

Tambahnya, para pelajar perlu diberi didikan dan semangat untuk merebut ruang serta peluang yang terbuka luas di hadapan mereka.

“Ibu bapa perlu fokus kepada anak-anak ini kerana sama ada suka atau tidak, mereka harus menghadapi peperiksaan khususnya UPSR tidak lama lagi.

“Anak-anak ini memerlukan bimbingan untuk mendapat keputusan yang baik yakni 5A.

“Jika dapat ruang dan peluang, mereka akan bersaing dalam elemen-elemen pengetahuan dan begitu juga terbuka ruang yang lebih besar untuk mereka pergi ke peringkat yang lebih tinggi,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, beliau berkata, para pelajar juga perlu diterapkan dengan elemen pendidikan dan modal insan supaya mereka dapat mengadaptasikannya dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.

“Anak-anak kita pada usia sekarang ini, mereka sedang dalam proses untuk mencari identiti sendiri.

“Semua pihak terutamanya ibu bapa perlu menerapkan modal insan dan pendidikan dalam diri anak-anak supaya mereka dapat mengaplikasikannya.

“Hal ini kerana, jika mereka dapat mengambil pengisian tersebut dan mengamalkannya, maka mereka mampu menterjemahkan dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi nanti,” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata, peranan PIBG merupakan salah satu usaha yang perlu digembleng secara bersama untuk mengangkat modal insan murid-murid dan pelajar di institusi pendidikan.

“Saya cukup yakin dan percaya hanya dengan pendidikan mampu untuk membawa kepada perubahan-perubahan dalam kehidupan di atas muka bumi ini,” jelasnya lagi.

Kem Motivasi UPSR 2015, Pelajar Tahun 6, DUN Trong tersebut telah disertai oleh kira-kira 120 pelajar dari lima buah sekolah rendah di daerah itu antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi, SK Permatang Raja, SK Temelok, SK Batu Hampar dan SK Padang Gajah.

Program berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat hingga Ahad telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar.