09:00 AMMenghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung.

 

09:45 AMMenghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2014 di Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Perak (INTIM) Ipoh.

IMG-20141010-WA0073 IMG-20141010-WA0072 IMG-20141010-WA0068 IMG-20141010-WA0069 IMG-20141010-WA0065 IMG-20141010-WA0067 IMG-20141010-WA0071 7 6 IMG-20141010-WA0070 IMG-20141010-WA0066 IMG-20141010-WA0076 IMG-20141010-WA0078 IMG-20141010-WA0079 IMG-20141010-WA0080 IMG-20141010-WA0074

03:45 PM – Mendengar Pembentangan Bajet 2014 bersama YAB Menteri Besar  di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar.

IMG-20141010-WA0027 IMG-20141010-WA0026 IMG-20141010-WA0025 IMG-20141010-WA0024 IMG-20141010-WA0023

Artikel / Keratan Akbar / Portal

Perak Today :   10 Oktober 2014

Sekolah Aliran Agama Turut Sumbang

Kecemerlangan Akademik Pelajar Perak

KAFA-3 (1)

Sekolah aliran agama turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik di Perak berdasarkan kepada pencapaian dan ranking yang diperolehi sekolah terbabit selama ini.

Menurut Exco Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, kecemerlangan itu dicapai kerana pelajar sekolah aliran agama mempunyai nilai motivasi dan rangsangan yang jitu.

Ujarnya lagi, pelajar aliran agama juga mampu bersaing dalam bidang pendidikan di negara ini.

“Sebenarnya, sekolah aliran agama turut menyumbang kepada pencapaian akademik di Perak dan dan kita dapat lihat ranking sekolah berada di kedudukan yang cukup terbaik dari segi konteks kejayaan dan kecemerlangan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak Tahun 2014 di Dewan Saidina Abu Bakar di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), dekat Ipoh, pagi tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Mengulas lanjut, Mohd Nizar menjelaskan anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada guru-guru yang banyak berjasa dalam memberi pendidikan agama terhadap generasi muda.

“Majlis ini adalah kali ketiga yang kita anjurkan bersesuaian dengan titah Sultan Nazrin Shah yang mahu setiap komponen dalam pengajar dan pendidikan Islam diberikan pengiktirafan.

“Ini merupakan kelebihan sekolah aliran agama di negeri Perak di mana sekolah, tadika, guru-guru, penyelia kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sebenarnya diberikan pengiktirafan,” katanya.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan anugerah dalam majlis tersebut antaranya Anugerah Tokoh Khas Guru (SMAR/SABK/SMAN), Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Anugerah Khas Penyelia KAFA dan Anugerah Khas Guru SRAR KAFA, Hafiz muda 30 juzuk dan Sekolah Inovasi.

Baginda turut menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar muda yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk surah dalam Al-Quran.

Sultan Nazrin juga berkenan melancarkan buku Thanawi yang merupakan kesimbungan buku teks Idadi 3 untuk pelajar Tingkatan 3.

Doa, Dorongan Ibu Penguat Semangat Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Perak Hari Ini  Friday, October 10, 2014 4:08 pm   5 

KAFA-4

Dorongan kuat ibu tercinta menjadi rahsia kejayaan salah seorang penerima Anugerah Hafiz Muda, Mohd Lokman Hakim Ishak yang mula menghafaz 30 juzuk Al-Quran sejak dari tahun 2010.

Anak kelima daripada 10 adik beradik itu berjaya menghafaz kesemua surah dalam Al-Quran pada akhir tahun 2011.

Beliau yang kehilangan ayah pada usia tiga tahun berkata, ibunya menjadi pendorong kuat di sebalik kejayaan itu.

“Doa yang tidak pernah putus daripada ibu, perasaan minat untuk mendalami Al-Quran dan juga usaha bersungguh-sungguh menjadi pendorong untuk saya menghafaz kesemua surah tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, Sekolah Raja Perempuan Taayah pula dinobatkan sebagai Sekolah Inovasi berikutan kejayaan memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menurut pengetua sekolah itu, Noor Aini Zainal Abidin, kejayaan tersebut sekaligus membuktikan bahawa sekolah aliran agama juga mampu untuk mengharumkan nama negara sama seperti sekolah aliran biasa.

“Sekolah ini mencipta pelbagai alatan yang telah memenangi beberapa anugerah termasuklah mencipta satu produk baru berasaskan teknologi hijau.

“Ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa sekolah aliran agama juga mampu untuk bersaing dengan sekolah lain serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata, ia juga menunjukkan bahawa sistem pembelajaran yang digunakan dalam sekolah aliran agama adalah selari dengan tuntutan sistem pendidikan negara.

“Selama ini, orang ramai melihat pelajar sekolah agama itu hanya menghafal Al-Quran tetapi yang sebenarnya, kami turut menggunakan inovasi sains dalam sistem pendidikan.

“Ia jelas menunjukkan institusi ini relevan dengan sistem pendidikan negara berikutan cara pembelajaran yang diamalkan di sekolah tersebut hampir sama dengan sekolah harian,” tambahnya.

Antara kejayaan yang dilakar Sekolah Raja Perempuan Taayah ialah mencipta produk Green Matbakh iaitu menapis asap masakan, Z_Filter (pengasing bahan seperti minyak masak daripada bahan lain ketika membasuh), Multimisht (sikat yang mempunyai teknologi mengurut) dan juga Alcane Tooth Brush (berus gigi yang dilengkapi dengan ubat gigi).

Produk tersebut telah memenangi anugerah dalam beberapa pertandingan dalam dan luar negara antaranya di Romania serta Jakarta di Indonesia.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak 2014.

Antara anugerah yang disampaikan termasuklah Anugerah Tokoh Khas Guru (SMAR/SABK/SMAN), Anugerah Khas Jasamu Dikenang, Anugerah Khas Penyelia KAFA, dan Anugerah Khas Guru SRAR KAFA, Hafiz 30 Juzuk dan Sekolah Inovasi.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).