10:30 AM – Penyerahan Mock Key Rumah YBUDR di Kampung Raja, Belanja Kanan Parit.

IMG-20150709-WA0011 IMG-20150709-WA0012 IMG-20150709-WA0013 IMG-20150709-WA0010 IMG-20150709-WA0017 IMG-20150709-WA0014 IMG-20150709-WA0016 IMG-20150709-WA0015 IMG-20150709-WA0018 IMG-20150709-WA0015

11:30 AMMelawat Pemprosesan Buah Kantor di Kampung Tepus.

IMG-20150709-WA0022 IMG-20150709-WA0023 IMG-20150709-WA0024 IMG-20150709-WA0025 IMG-20150709-WA0026 IMG-20150709-WA0027 IMG-20150709-WA0028

12:00 PMMenyampaikan Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar di SMK Iskandar Shah, Parit.

IMG-20150709-WA0046 IMG-20150709-WA0043 IMG-20150709-WA0032 IMG-20150709-WA0044 IMG-20150709-WA0033 IMG-20150709-WA0035 IMG-20150709-WA0036 IMG-20150709-WA0037 IMG-20150709-WA0038 IMG-20150709-WA0052 IMG-20150709-WA0039 IMG-20150709-WA0040 IMG-20150709-WA0047 IMG-20150709-WA0048 IMG-20150709-WA0049 IMG-20150709-WA0050 IMG-20150709-WA0051 IMG-20150709-WA0031 IMG-20150709-WA0034 IMG-20150709-WA0045

02:00 PMMajlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Duit Raya Parlimen Parit di Pejabat UMNO Parit.

 

06:45 PMMenghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Majlis Perasmian Masjid Daerah Kuala Kangsar di Masjid India Muslim, Sg Siput (U).

IMG_8251 IMG_8253 IMG_8255 IMG_8256 IMG_8259 IMG_8261 IMG_8262 IMG_8263 IMG_8264 IMG_8265 IMG_8266 IMG_8267 IMG_8268 IMG_8269 IMG_8270 IMG_8271 IMG_8272 IMG_8274 IMG_8275 IMG_8276 IMG_8277 IMG_8278 IMG_8279 IMG_8280 IMG_8281 IMG_8282 IMG_8283 IMG_8284 IMG_8285 IMG_8286

 

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

Warga Emas Ceria Sambut Raya Di Rumah Baharu

“Lega rasanya bila raya kali ini saya tak perlu risau mengenai bumbung yang bocor dan menadah air ketika hujan lebat, ataupun bimbang tersadung di celah lantai rumah yang semakin usang,” luah seorang warga emas, Mohamed Nuah,80.

Penduduk Kampung Raja, Belanja Kanan itu adalah antara mereka yang bertuah menerima sebuah rumah baharu sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) sebagai salah satu inisiatif untuk meringankan beban rakyat.

Mohamed yang ditemui di kediaman lamanya berkata, struktur rumah yang berusia lebih daripada 60 tahun tidak lagi begitu kukuh dan boleh runtuh bila-bila masa.

Menurutnya, dia amat bimbang dengan keselamatan dirinya khususnya ahli keluarganya yang bakal bertandang menjelang hari raya kelak.

“Hari Raya kali ini, bolehlah anak-anak, cucu dan cicit saya beraya di rumah moyang mereka dengan senang hati, tidak seperti tahun lepas, mereka terpaksa tidur dalam berhimpit kerana air hujan yang menitik.

“Tahun ini, saya tak sabar menantikan kepulangan mereka untuk beraya di rumah baharu sumbangan YBU ini, hanya ucapan syukur dan terima kasih dapat saya doakan kepada mereka yang membantu,” katanya kepada Peraknews pada Khamis.

Mohamed yang kini tinggal berseorangan berkata, sumbangan YBU melalui program Infra Bina Upaya (IBU) itu merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya yang kini tidak dapat lagi bekerja dan mencari sebuah rumah untuk berteduh.

“Sejak kematian isteri 25 tahun lepas dan keadaan kesihatan tidak menentu, memang saya tidak mengendahkan keadaan rumah atau kebajikan saya tetapi syukur masih ada pihak yang mengambil berat,” ujarnya.

Seorang pekebun getah, Zulkefli Hamid, 62 pula berkata, pembinaan rumah di tanah peninggalan arwah ayahnya itu merupakan satu rahmat terutamanya menjelang Syawal.

“Saya tak sangka permohonan diluluskan dengan begitu cepat, malah proses pembinaannya juga amat pantas dan cekap, bolehlah saya menghabiskan sisa-sisa usia dengan lebih selesa.

“Tak sabar rasanya saya beraya di rumah baru ini bersama dengan ahli keluarga yang akan pulang ke kampung halaman bila tiba cuti nanti,” katanya.

Kedua-dua mereka ditemui ketika Majlis Penyerahan ‘mock-key’ kediaman IBU Yayasan Bina Upaya yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Pengurus Kanan Projek YBU, Mohd Helmy Piee,33, memberitahu, keseluruhan kos pembinaan rumah tersebut adalah bernilai RM35,000 dan tiada sebarang pembayaran dikenakan melainkan penyediaan sebidang tanah dari pihak pemohon.

Jelasnya, kediaman dua bilik berkeluasan 20 x17 itu dilengkapi dengan jeriji besi dan pemasangan paip serta bekalan elektrik percuma khas buat permohonan yang telah diluluskan.

“Kesemua pemohon akan dinilai dan dipertimbangkan secara telus kerana projek rumah IBU ini adalah satu hadiah buat mereka yang betul-betul memerlukan.

“Projek ini disiapkan dengan segera dan cekap oleh pihak kontraktor yang terpilih oleh YBU agar mereka sempat menduduki rumah ini dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga kelak,” katanya.

Although it lacks a few www.trymobilespy.com/spyera/ things in the execution, the concept behind the app is pretty good, and I look forward to watching lenote grow and improve over time

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).