09:30 AM – Menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1436H/ 2015M di Amanjaya Convention Centre Casuarina @ Meru, Ipoh.
04:00 PM – Menerima Barangan Sumbangan Untuk Mangsa-Mangsa Banjir daripada Suruhanjaya Koperasi Malayasia Perak di Pejabat Penghulu Parit.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
Portal : Perak News
Negara Islam Bukan Satu Matlamat, Tetapi Satu Kaedah

“Amalan toleransi agama diperlihatkan secaraterang lagi nyata ketika Rasulullah SAW bersetuju menandatangani perjanjiandengan para rahib di biara St Catherine berhampiran Bukit Sinai pada tahun 627.
“Perjanjiantersebut tercatat dalam sejarah dunia sebagai satu dokumen perjanjian yangmencerminkan kemuliaan sifat Baginda, memancarkan cahaya toleransi,” titah bagindaketika menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri Perak dengantema ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, bertempat di Pusat Konvensyen AmanJaya, Meru Raya, Ipoh pada Sabtu.
Bagindabertitah, Rasulullah SAW memberikan mesej jelas bahawa Islam adalah agama yangharmoni, agama yang mengutamakan hubungan persaudaraan, agama yang mementingkanelemen kasih sayang.
Selain itu, titah baginda, Islam menganjurkanwujudnya hubungan kasih sayang antara Yang Maha Pencipta dengan makhluk yangdicipta, dan hubungan kasih sayang sesama makhluk ciptaan Ilahi.
“Setiap surah di dalam Al-Quran melainkansurah At Taubah dimulakan dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim tersebutditemui dua kali di dalam Surah An Naml; kalimah yang menyatakan sifat-sifatAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; sifat-sifat yang mencerminkankasih sayang pencipta kepada ciptaanNya lalu mengurniakan pelindung begitu jugapertolongan,” titah Sultan Nazrin.
Bagindabertitah, Rasulullah SAW di sepanjang hayatnya sentiasa mempamerkan sifat kasihmengasihani sesama insan, menghormati perbezaan pegangan agama dan amalanbudaya. Baginda memilih menggunakan pendekatan diplomasi dalam menyelesaikankonflik dan percanggahan pendapat sesama ummah dan antara ummah.
“Tutur kata dan tindak tanduk Rasulullah SAWmencerminkan watak kesederhanaan, baginda berpegang kepada order politik yangberakarkan semangat berkhidmat- semangat berkorban,” titah Sultan Nazrin.
Baginda bertitah lagi, melaluihikmah kebijaksanaan pemimpin terdahulu, elemen-elemen yang pelbagai itu berjayadigabung dan dicantumkan hingga terbinanya sebuah negara Malaysia, merdeka lagiberdaulat, aman lagi tenteram, makmur lagi sejahtera.
“Bumi Malaysia telah sekian lamadikurniakan nikmat Ilahi dengan keamanan dan ketenteraman, kemakmuran dankesejahteraan, kekayaan hasil bumi dan terlindung daripada bencana besar danmalapetaka dan negara ini berlatarbelakang persekitaran yang warganya telahberjaya mencapai kata muafakat untuk hidup dalam semangat toleransi,menghormati perbezaan dan menerima kelainan,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah, semangatpermuafakatan yang telah dipupuk dan dicapai oleh barisan pemimpin ketikamembentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat hendaklah terus dihormati.
“Sebarang tuntutan – sebarangperbuatan yang bercanggah dengan semangat permuafakatan tersebut, wajibditentang demi memastikan kelangsungan kedaulatan sebuah negara merdeka yangwarganya menerima dan menghormati perbezaan, hidup berpadu, rukun lagi damai.
“Bersyukurlah atas nikmatkurniaan Ilahi kepada bumi dan negara kita selama ini, semoga ia berkekalandengan setiap kita berusaha untuk tidak melakukan perbuatan yang menunjukkanpenderhakaan terhadap Allah SWT dengan setiap kita berusaha untuk tidakmengingkari sunah Rasul,” titah baginda.
Dalam majlis ini, lima anugerah disampaikan kepada penerima iaituAnugerah Keluarga Mithali diberikan kepada Toh Maharaja Indera Datuk KhairuddinArshad; Anugerah Pendakwah, Mohamed Arib Aliah; Anugerah Pegawai Masjid,Allahyarham Ahmad Isa (wakil); Anugerah Siak, Sarbini Jemu dan AnugerahPenguatkuasa Agama kepada Mohd Nasir Harun.
Kesemua penerima membawa pulang wang tunai RM5,000.00,cenderahati serta sijil penghargaan.
Portal : Perak Today
“Negara Islam Bukan Satu Matlamat Tetapi Satu Kaedah”: Sultan Perak