01:00 AM –  Mendengar Taklimat Berkenaan Banjir di Pejabat Penghulu Mukim Belanja.

 

02:30 PMRamah Mesra Bersama Mangsa Banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Sadang.

IMG-20150102-WA0035 IMG-20150102-WA0036 IMG-20150102-WA0037 IMG-20150102-WA0038 IMG-20150102-WA0039 IMG-20150102-WA0040

03:30 PMBersama President CUEPACS dan Setiausaha Majlis Perak Tengah di dalam Majlis Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Rumah Rehat Cempakasari Parit.

IMG-20150102-WA0041 IMG-20150102-WA0042 IMG-20150102-WA0043 IMG-20150102-WA0044 IMG-20150102-WA0045 IMG-20150102-WA0046 IMG-20150102-WA0049

04:30 PMRamah Mesra Bersama Sukarelawan PORT di Dataran Cempakasari.

IMG-20150102-WA0054 IMG-20150102-WA0055 IMG-20150102-WA0058 IMG-20150102-WA0056 IMG-20150102-WA0057

05:00 PMRamah Mesra dan Ziarah Mangsa Banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit.

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

Portal : UMNO Online

Henti Main Politik Banjir, Tutup Mulut Dan Turun Padang Bantu Mangsa Banjir – Nizar

PARIT, 2 Jan – “Hentikan semua spekulasi buruk… Mari berganding bahu atasi masalah banjir”, inilah yang disuarakan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Nizar Zakaria.

Beliau  melahirkan rasa kesal apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terus mengambil kesempatan terhadap isu banjir ini untuk menghentam kerajaan.Nizar+Zakaria+-+(MP+Parit) copy

Jelasnya, hanya mangsa banjir yang lebih mengetahui siapa yang membantu mereka di kala mereka dilanda musibah.

“Bukan kita kerajaan pusat mahukan pujian atau dijulang… Ini adalah tanggungjawab kita tetapi adalah tidak adil sekiranya terus menyalahkan kerajaan pusat dalam semua aspek.

“Ini adalah bencana alam. Sepatutnya, demi rakyat kita harus berganding bahu tidak kira kita dari parti manapun. Seperti di Kelantan, tidak sedikitpun kerajaan pusat menganaktirikan rakyat negeri Kelantan di dalam menyalurkan bantuan walaupun kerajaan negeri adalah daripada Pas,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, sebenarnya tidak ada sesiapapun yang boleh menafikan bantuan yang telah diberikan oleh agensi-agensi kerajaan termasuklah bantuan daripada kerajaan pusat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sebanyak RM500 juta yang diperuntukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Ini adalah antara bukti keprihatinan kerajaan pusat terhadap mangsa banjir.

“Jadi bagi saya, elokkan pemimpin pembangkang yang suka berkokok menangguk di air keruh ini diam… tutup mulut… turun padang dan bantu rakyat.

“Ini bukan masa untuk berpolitik. Ini masa untuk bekerja, berkorban dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Berfikirlah dengan rasional. Lihatlah betapa rakyat sedang menderita dilanda musibah. Mereka ini juga tidak ada masa untuk melayan politik murahan seperti ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).