10:00 AM – Merasmikan Majlis Penutup Multaqa Guru-guru Sekolah Menengah Agama Islam Perak Tahun 2015 di Dewan Sebarau Laketown Resort Bukit Merah, Perak.

IMG-20150602-WA0002 IMG-20150602-WA0003 IMG-20150602-WA0004 IMG-20150602-WA0004 IMG-20150602-WA0005 IMG-20150602-WA0008 IMG-20150602-WA0010 IMG-20150602-WA0009 IMG-20150602-WA0011 IMG-20150602-WA0012 IMG-20150602-WA0013 IMG-20150602-WA0017 IMG-20150602-WA0020 IMG-20150602-WA0022 IMG-20150602-WA0050 IMG-20150602-WA0033 IMG-20150602-WA0014 IMG-20150602-WA0021 IMG-20150602-WA0018 IMG-20150602-WA0034 IMG-20150602-WA0019 IMG-20150602-WA0025 IMG-20150602-WA0026 IMG-20150602-WA0027 IMG-20150602-WA0028 IMG-20150602-WA0029 IMG-20150602-WA0030 IMG-20150602-WA0031 IMG-20150602-WA0032 IMG-20150602-WA0035 IMG-20150602-WA0036 IMG-20150602-WA0037 IMG-20150602-WA0045 IMG-20150602-WA0046 IMG-20150602-WA0047 IMG-20150602-WA0049 IMG-20150602-WA0048 IMG-20150602-WA0052 IMG-20150602-WA0051 IMG-20150602-WA0038 IMG-20150602-WA0039 IMG-20150602-WA0040 IMG-20150602-WA0041 IMG-20150602-WA0042 IMG-20150602-WA0043 IMG-20150602-WA0044 IMG-20150602-WA0060 IMG-20150602-WA0061 IMG-20150602-WA0054 10377348_1009586675732815_8072963293003666888_n 11390042_1009586652399484_879406028164804173_n 11390236_1009586742399475_4772540190195245549_n

03:30 PMSidang Media Mengenai Karnival Minggu PKS 2015 Negeri Perak di Terlaghi-laghi Café (Bawah Hotel Eastern Oriental) Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.

IMG-20150602-WA0072 IMG-20150602-WA0071 IMG-20150602-WA0070  IMG-20150602-WA0064 IMG-20150602-WA0063 IMG-20150602-WA0067

04:15 PMMenyampaikan Sijil Artist Of The Year di Terlaghi-laghi Café.

IMG-20150602-WA0076 IMG-20150602-WA0084 IMG-20150602-WA0085 IMG-20150602-WA0083 IMG-20150602-WA0074  IMG-20150602-WA0077 IMG-20150602-WA0078 IMG-20150602-WA0079 IMG-20150602-WA0080 IMG-20150602-WA0081 IMG-20150602-WA0082 IMG-20150602-WA0086

04:40 PMBergambar Bersama Kakitangan Terlaghi-laghi Café.

IMG-20150602-WA0089 IMG-20150602-WA0087 IMG-20150602-WA0088

05:30 PMMenghadiri Ramah Mesra dan Gotong Royong Bersama Pemuda Belia dan Masyarakat Kampung Batu 7 Parit. 

IMG_6459 IMG_6460 IMG_6461 IMG_6462 IMG_6463 IMG_6464 IMG_6465 IMG_6466 IMG_6467

08:45 PMMenyaksikan Perlawanan Bola Sepak Suku Akhir Liga Bola Sepak Daerah Perak Tengah di Padang UiTM Seri Iskandar.

IMG_6468 IMG_6469 IMG_6470 IMG_6471 IMG_6472 IMG_6473 IMG_6474 IMG_6475 IMG_6476 IMG_6477

Keratan Akhbar / Portal / Perak Today

Perak Sasar, 1 Daerah 1 Sekolah Tahfiz

PERAK-TODAY-31

BUKIT MERAH: Kerajaan Negeri Perak mensasarkan pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di setiap daerah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, dengan pertambahan SMTDR tersebut akan meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, AzHariah dan juga Tahfiz.

“Setakat ini kita mempunyai lima buah SMTDR iaitu di Daerah Manjung, Batang Padang, Kerian, Kuala Kangsar dan Lenggong,” katanya.

PERAK-TODAY-10

Nizar turut berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukan hampir RM260 juta bagi membangunkan sembilan buah SMTDR di negeri itu yang menelan belanja kira-kira RM30 juta bagi setiap sebuah sekolah.

“Kerja-kerja pembinaan telah pun dimulakan di tapak-tapak pembinaan yang telah diluluskan dan kita menjangkakan projek ini akan siap dalam tempoh dua hingga ke tiga tahun,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penutup Multaqa Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Islam Perak 2015 di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.

Ujarnya, hampir 500 hufaz-hufaz muda bakal dilahirkan di negeri itu sekiranya kesemua SMTDR berkenaan beroperasi serentak.

“500 orang hufaz ini hanya di sekolah-sekolah dibawah kerajaan negeri, tidak termasuk yang persendirian,” jelasnya.

PERAK-TODAY-41

Sementara itu, beliau turut menyeru agar sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang berada di negeri itu untuk melakukan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk memudahkan pemantauan dilakukan.

“Kerajaan Negeri berharap supaya mereka ini mendaftar dibawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat 1996 supaya kita dapat memantau dan dapat menziarahi sekolah tersebut,” tegasnya.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri tidak menghalang kewujudan sekolah-sekolah agama tersebut di negeri itu namun, ianya perlulah didaftarkan dengan pihak yang berwajib.

“Jika tidak berdaftar, kita nak menghulurkan bantuan pun susah… Jadi, saya memohon kepada sekolah-sekolah tahfiz ini untuk datang berdaftar,” tambah beliau lagi.

Keratan Akhbar / Portal / Perak Today

Persatuan Guru SMAN, SMTDR Perlu Jadi Platform Penyampaian Maklumat

PERAK-TODAY-21

BUKIT MERAH: Persatuan Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) perlu dijadikan platform untuk menyampaikan maklumat-maklumat tentang perkembangan sekolah untuk dikongsi bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, persatuan tersebut perlu dikukuhkan lagi supaya ianya mampu menghimpunkan aktiviti-aktiviti secara bersama melalui Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

PERAK-TODAY-9

“Persatuan guru-guru ini perlu wujud sebagai platform untuk mereka menyampaikan maklumat-maklumat tentang perkembangan sekolah juga input-input itu boleh dikongsi bersama dengan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Multaqa Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Islam Perak 2015 di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila SMAN dan SMTDR telah mencapai prestasi yang memberansangkan yang mana ianya telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Daripada segi prestasi mahupun rekod, SMAN dan SMTDR telah banyak melahirkan lepasan pelajar-pelajar yang berjaya untuk berada di institusi-institusi pengajian tinggi sama ada dalam mahupun luar Negara dengan asas aset ilmu yang diajar oleh guru-guru di sekolah berkenaan.

“Mereka juga telah banyak mencapai kejayaan yang bukan hanya diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, tetapi hingga ke peringkat antarabangsa,” ujar beliau lagi.

PERAK-TODAY-11

Tambahnya, kejayaan tersebut mampu dicapai dengan adanya semangat dan kekuatan yang terdapat di dalam diri guru-guru.

“Guru-guru kita mestilah berganding bahu dan bersama-sama untuk melonjakkan perkongsian maklumat,” katanya.

Hampir 270 orang guru telah hadir di dalam majlis Multaqa Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak 2015 yang berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort hari ini.

 

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak News

Usahawan PKS Perlu Dapatkan Pengiktirafan Piawaian

Usahawan perusahan kecil dan sederhana (PKS) Perak perlu berusaha mendapatkan pengiktirafan piawaian sekiranya mereka ingin mengembangkan produk keluaran masing-masing ke peringkat yang lebih jauh.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara piawaian itu ialah Halal, Mesti dan GMP.

Dalam masa yang sama, beliau mahu usahawan PKS membentuk jaringan untuk meluaskan perniagaan di samping tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan seperjuangan.

“Kita mesti bina networking, jangan kedekut ilmu, sebaliknya bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan lagi kualiti produk sehingga ke peringkat global,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan Minggu PKS 2015 Peringkat Negeri Perak di Ipoh pada Selasa.

Drs Nizar berkata, usahawan PKS juga mesti mengamalkan pengurusan perniagaan yang baik di samping pengurusan kewangan supaya mereka boleh membezakan antara modal dan keuntungan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa berusaha untuk membantu golongan itu kerana mereka merupakan antara penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, hasil bantuan kerajaan, sama ada dalam bentuk pinjaman dan geran melalui pelbagai agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN, SME Corp dan MARA, rata-rata usahawan PKS di negeri ini telah menunjukkan peningkatan yang baik.

“Jika dahulu produk mereka hanya dibungkus di dalam kertas surat khabar, sekarang ini kebanyakannya telah mempunyai pembungkusan dan label yang tersendiri,” ujarnya.

Di samping itu, tambah beliau, banyak juga produk keluaran PKS Perak yang telah berjaya terjual di seluruh negara di samping tidak kurang yang telah berjaya menembusi pasaran dunia.

Because know this it takes up considerably less space that previous versions, you stand to gain an immediate 5gb of extra hard drive space

Comments (5)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).