PARIT:“13 tahun kami menunggu sebuah rumah tempat kami berteduh, akhirnya doa kami dikabulkan,” kata Jamaluddin Ali Mat Piah.

 Jamaluddin, 72 yang merupakan seorang warga emas di Kg Bukit Padang, Changkat Banjar adalah penerima pertama rumah Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2016.

629c40_2ce0f982acaa4418a9713dc55baff36f

Katanya, sebelum ini sudah berbelas tahun mereka memohon untuk mendapatkan sebuah rumah baharu, namun hanya baru-baru ini pihak TNB mengambil inisiatif untuk membantu keluarganya.

 “Sebelum ini, kami tidur berbumbungkan atap rumbia dan berlampukan bulan sahaja, kerana rumah sudah cukup usang untuk kami empat beranak.

 “Apa yang diberikan oleh TNB ini merupakan satu hadiah dan rahmat buat keluarga kami, kami amat bersyukur dan berharap agar ini akan menjadi kediaman kami meniti detik terakhir selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada pemberita.

 Beliau berkata demikian selepas Majlis Kesyukuran Projek Baiti Janati TNB 2016 di kediamannya di Changkat Banjar, Parit pada petang Isnin.

 Di sebalik perit menanggung kepayahan atas kemudahan asas yang serba kekurangan, kisah hidup Jamaluddin juga meruntun hati sesiapa yang mendengarnya.

 Masakan tidak, lelaki berhati mulia ini bukan sahaja memerah tenaga menjaga anak bongsu, Norhafizah, 27 yang merupakan salah seorang OKU, malah juga tidak pernah merungut untuk menjaga cucunya yang kehilangan kedua ibubapa yang meninggal dunia akibat AIDS beberapa tahun lepas.

 Jamaluddin berkata, pemberian rumah itu adalah hasil kesabaran dirinya serta isteri yang yakin masih ada insan berhati baik yang sanggup membantu meringankan penderitaan mereka.

Sementara itu, Pengurus Besar Negeri Perak, Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Mohd Zahir Md Nagor berkata, pemilihan keluarga Jamaluddin adalah berdasarkan situasi kehidupan mereka yang serba kekurangan dan tergolong dalam kelompok ASNAF.

 “ Ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat TNB untuk membaiki kediaman golongan yang memerlukan, antaranya OKU, warga emas dan golongan miskin luar bandar.

 “ Selain membina sebuah rumah baharu bagi Jamaluddin, kami juga melengkapkannya rumah bernilai RM50,000 dengan kemudahan asas seperti sistem perpaipan, elektrik dan kelengkapan perabot rumah dan mereka merupakan rumah pertama daripada 9 buah rumah yang dikenal pasti di sekitar negeri ini.

 Sehingga tahun 2015, pihak TNB telah membelanjakan sebanyak RM 1,132,254.35 untuk memperbaiki dan membina rumah baharu di sekitar negeri Perak dan lebih daripada RM 7 juta untuk peringkat kebangsaan.

 Antara beberapa lokasi bagi projek Kediaman Baiti Janati di Perak yang telah dikenalpasti adalah sekitar Bota, Teluk Intan, Selama dan Lenggong.

 Turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam , Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah merangkap ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Samsung android devices only the above mentioned methods will likely work for android-powered samsung devices as well, but if they fails for whatever reason then there is another way available look through this company on samsung android devices