IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menegur pihak pemaju swasta yang dilihat lebih cenderung memenuhi matlamat meraih keuntungan besar dengan membina rumah mewah.

Titah baginda, usaha untuk menyediakan rumah mampu milik tidak hanya menjadi tanggungjawab kerajaan dan agensi kerajaan sahaja, sebaliknya pemaju swasta juga wajib bersama-sama mengambil tanggungjawab.

“Berdasarkan data Jabatan Perumahan Negara, harga rumah di Malaysia meningkat 110 peratus di antara tahun 2000 dengan tahun 2014.

“Peningkatan ini ternyata tidak selari dengan kenaikan gaji di Malaysia pada kadar purata 2.6 peratus setahun. 72.8 peratus isi rumah di Perak pada tahun 2014 berada di bawah pendapatan lima ribu ringgit sebulan.

“Kerajaan Beta peka kepada keperluan perumahan terutama di kalangan rakyat berpendapatan rendah. Langkah-langkah telah, sedang dan akan terus dirintis untuk memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Titah baginda lagi, berikutan itu, kerajaan Perak akan menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) yang bertujuan antara lain mengawal selia pembangunan hartanah dan projek perumahan awam serta membina lebih banyak rumah mampu milik.

Titah Sultan Nazrin lagi, langkah tersebut sangatlah bertepatan dan langkah yang terpuji.

“Langkah tersebut membuktikan kesungguhan Kerajaan Beta mahu membela dan membantu kumpulan rakyat berpendapatan rendah,”titah baginda.

Daten der sonne im überblick 2 cornelsen schulverlage gmbh daten der sonne im überblick 3 cornelsen schulverlage gmbh david brewster 1 wolfgang schreier, leipzig david brewster zusatzliche Ressourcen 2 cornelsen schulverlage gmbh definieren 1 photo disc inc

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).