IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan untuk menyertai kira-kira 2,000 jemaah bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, di sini.
Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.
Baginda yang tiba kira-kira jam 8.30 pagi turut diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Hadir sama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan Exco kerajaan negeri.
Baginda turut berkenan meluangkan masa untuk bersalaman dengan para jemaah selepas selesai menunaikan solat sunat berkenaan.
Criminal-background checks, which sometimes used to take you could try this out weeks, now are completed in 24 hours