PERAK-TODAY-5-9

IPOH: Peserta lelaki (Hafiz) dari negeri Selangor mendominasi tempat pertama bagi ketiga-ketiga kategori dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-37 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, malam tadi.

 

Mohamad Omar Mansu telah diumumkan sebagai johan bagi kategori menghafaz Juzuk satu hingga 30 bagi peserta lelaki (Hafiz).

Bagi peserta wanita (Hafizah) pula dimenangi oleh Farihah Zulkifli dari Wilayah Persekutuan. Beliau juga merupakan johan dalam pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun lalu.

Masing-masing membawa pulang pakej menunaikan haji, wang tunai RM10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

PERAK-TODAY-4-11

Manakala johan kategori menghafaz juzuk satu hingga 20 pula dimenangi oleh Syazri Muhammad Husni Mohd Sharoni (Hafiz) dan Putri Aminah Mohd Hanif (Hafizah) dari Kelantan.

Peserta membawa pulang pakej menunaikan umrah, wang tunai RM6,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Sementara itu, bagi kategori menghafaz Juzuk satu hingga 10 pula telah dimenangi oleh Ahmad Aidil Luqman Nor Ismail dan Fakhira Izzah Fahmi (Hafizah) yang juga dari Selangor.

Peserta bagi kategori tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Terdahulu, seramai 78 peserta dari seluruh negara telah menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 yang berlangsung selama empat hari bermula pada 16 sehingga 20 Februari 2016.

Es war der direkte experimentelle https://www.ghostwriter-hilfe.com/ nachweis dafür, dass sich elektronen wie wellen verhalten

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).