PARIT, 30 JUL 17 – Berdasarkan konsep Military Operation Other than War (MOOTW), KD MAHAWANGSA telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Projek Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan Telok Perang (SKTP), Parit, Perak pada 27,28 dan 30 Jul yang lepas. Program ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam membaik pulih prasarana-prasarana yang telah usang dan rosak. Program Jiwa Murni ini telah dilaksanakan selama tiga hari iaitu hari pertama dan kedua untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan prasarana termasuk membaik pulih, mengecat dan aktiviti pembersihan manakala hari ketiga dirancang untuk atucara perasmian penutup yang melibatkan masyarakat setempat dan agensi kerajaan yang lain. Aktiviti kemuncak program ini telah dilaksanakan pada 30 Jul, di mana pelbagai aktiviti dirancang seperti gotong-royong bersama masyarakat setempat, pertunjukan seni silat, dan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah.

Program ini juga telah dirasmikan oleh Ahli Exco Negeri Perak merangkap ADUN Belanja, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Zakaria dan turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Guru-guru Besar sekolah setempat dan jawatankuasa masyarakat. Secara amnya, program ini telah mencapai objektifnya dan dilihat memberi impak yang signifikan kepada masyarakat setempat tentang tanggungjawab komuniti yang dilaksanakan ini sekaligus memberi imej baik kepada TLDM