629c40_5ea2f8700c2e4cabad26c0284ab0ea18-mv2

IPOH: Selepas berjaya melaksanakan pelbagai program keagamaan sejak tujuh tahun lalu, kerajaan negeri Perak mengorak langkah memperkenalkan kempen mengajak umat Islam solat subuh berjemaah di masjid.

629c40_48f1943a8a214cd8b9539174f8f4f91f-mv2

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap, pendekatan itu dapat mewujudkan dimensi baru dalam kehidupan masyarakat Islam di negeri Perak kerana mahu menjadikan masjid sebagai teras dalam pembinaan ummah.

 Sehubungan itu, beliau mahu ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai daerah dan wakil-wakil rakyat menjadi contoh di dalam menjayakan kempen tersebut.

 Menurut beliau, walaupun ia bukan suatu paksaan tetapi dengan contoh yang ditunjukkan oleh ketua jabatan dan wakil rakyat, sudah tentu ia akan menjadi ikutan masyarakat.

 Beliau yakin kempen itu akan dapat dilaksanakan kerana rakyat ingin melihat penglibatan wakil rakyat di semua tempat, termasuk di masjid, khususnya jika wakil rakyat yang beragama Islam.

629c40_0673d0c10c6044abb4755107d8ed9c94-mv2

“Demikian juga penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan, rakyat mengharapkan mereka berada di masjid, mengimarahkan masjid.

 “Bukan saya kata mereka tak buat, tetapi itulah harapan rakyat, mereka nak melihat sama-sama kehidupan masyarakat dalam kawasan kampung dan taman, kalau adanya aktiviti begini, ia akan dapat menyatukan umat kita dan masjid tidak dijadikan sebagai tempat perselisihan ataupun bertikaian,” katanya.

 Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Peringkat Negeri Perak di kediaman rasmi beliau di sini pada Khamis malam.

629c40_a6657d4807f241ae8b08cfb64471e7d2-mv2

Hadir sama Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Drs Mohd Nizar Zakaria; Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad; Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man; beberapa wakil rakyat dan pegawai daerah.

629c40_bac17e4f798d4c86b285a2096aa04d5a-mv2

Dr Zambry berkata, antara pengisian kempen itu ialah meuar-uarkannya melalui khutbah jumaat, pemasangan kain rentang di masjid-masjid dan pengedaran pelekat kereta.

 Sementara itu, di dalam ucapannya, beliau memberitahu, solat Subuh berjemaah mengandungi banyak rahsia, khususnya dalam penyatuan ummah sejak dari zaman dahulu lagi.

 Katanya, contoh terbaharu ialah kejayaan jemaah solat Subuh berjemaah di masjid-masjid di Turki, termasuk anak-anak muda, berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa di negara tersebut.

629c40_a10131443339442a9a11e48385f7a2e0-mv2

Dalam pada itu, Dr Zambry melahirkan rasa kagum kerana program solat Subuh berjemaah di masjid telah dimulakan di TLDM Lumut sejak lebih setahun lalu yang digerakkan sendiri oleh Panglima Armadanya, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

 “Saya sendiri terpegun melihat ribuan jemaah memenuhi masjid untuk solat Subuh yang digerakkan sendiri oleh ketua mereka,” ujar beliau.

Pada majlis pelancaran itu, Syaikh Ismail muhammad turut menyampaikan tausiyah di hadapan lebih 2,000 umat Islam dari sekitar Ipoh.

629c40_2935ee8b21a84788a0ef75598a27e748-mv2

 

About 57 click site percent said they would support a local parcel tax to fund their schools