Kg. Senin, Parit terletak lebih kurang 60 minit (45km) dari bandaraya Ipoh melalui Jalan Tambun, Medan Kidd, Falim, Menglembu, Pusing, Siputeh dan Pekan Parit.
Pada 18 Julai 2020 pukul 3.00 petang, satu program memupuk-eratkan penduduk tempatan yang disertai oleh Wanita UMNO daripada Kg. Senin, Kg. Baru Layang, Kota Pagar dan Kepala Pulau anjuran Wanita UMNO Bahagian Parit di langsungkan di perkarangan Rumah Sdr Ahmad Shamil Ketua Pemuda UMNO Bhg. Parit di Kg. Senin.
Program ‘Moh Membawang’ ini berobjektif untuk memberi makna kepada perkataan ‘membawang’ dimana, komuniti-komuniti tempatan bersama memasak, makan, bertukar pandangan dan berbincang perkara-perkara yang memberi manfaat kepada komuniti masing-masing.
Pasukan jemputan Puteri Senin dan kehadiran mereka memberi perangsang para kumpulan yang bertanding. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik walaupun hujan turun sejurus sebelum program bermula.
Acara Pertandingan Masak Cucur, Moh Membawang di meriahkan dengan hadiran Puan Asmah Laily binti Abd Rahman (Ketua Wanita UMNO Bhg. Parit), Sdr. Ahmad Shamil bin Mohamed (Ketua Pemuda UMNO Bhg. Parit merangkap KC Kg. Senin), Puan Zaitun Ismail (Naib Ketua Wanita UMNO Bhg. Parit), Puan Noor Hana binti Abu Hassan (Naib Ketua Puteri UMNO Bhg. Parit), Puan Zaharah Ahmad (JK Zon 3) dan JK Wanita yg banyak membantu menjayakan program ini.
Moh Membawang diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Mohd Nizar bin Zakaria, (Ahli Parlimen Parit), YB Khairul Shahril bin Mohamed (EXCO Perak) dan YB Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah (ADUN Belanja) yang menghujah perlunya lebih mengadakan lebih lagi acara-acara komuniti saperti ini untuk memberi peluang kepada rakyat untuk besama-sama dalam aktiviti komuniti bagi menyemarakkan perpaduan.
Program berakhir sebelum Solat Asar.