IPOH:Tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang memuat naik status di akaun Facebook miliknya didakwa sebagai menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah satu tindakan yang mencerminkan pemikiran kolot dan cetek pemimpin DAP itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berhubung tindakan tersebut.

“Ia satu pemikiran kolot dan cetek serta ingin menghasut orang ramai terutama umat Islam yang sedang merayakan kemenangan ibadah berpuasa,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nga baru-baru ini.

Jelas Nizar, pemberian duit raya adalah satu amalan yang mulia kerana ianya adalah satu sedekah dan perkara itu telah dipolitikkan oleh Nga.

“Kena sedar bahawa pemberian duit raya bukannya rasuah sebaliknya ia adalah pemberian daripada golongan yang berkemampuan dan bukannya syarat untuk berhari-raya.

“Pemberian duit raya khusus kepada kanak-kanak, golongan memerlukan sebagai satu tanda kemenangan menyambut Syawal dan keikhlasan naluri dari diri sendiri,”ujarnya.

Tambahnya ADUN Belanja itu lagi,pemberian itu langsung tiada berkaitan dengan rasuah dan sepatutnya Nga tidak mempermainkan isu sebegini.

“Dia adalah bapa perpecahan dalam negara ini apabila beliau merasakan dirinya hebat dan betul serta dia sahaja yang boleh senantiasa berpolitik tanpa memikirkan sensitiviti beragama.

“Kita sebagai umat Islam perlu sedar dan memahami ada haknya untuk berpolitik dan jangan sampai ianya melampau,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, cubaan Nga Kor Ming ini bukan hanya sekali tetapi telah berlaku banyak kali khususnya perkara bertujuan untuk membenci kerajaan.

“Umat Islam disaran supaya berhati-hati dengan pihak DAP kerana kini sudah pada tahap yang konflik jadi kita perlu membuka mata terutama kepada penyokong pihak pembangkang ini.

“Ia satu kesilapan yang cukup besar Nga Kor Ming cuba untuk menanamkan kebencian pada kerajaan dengan mencuba polemikkan agama.

Malah jelasnya ia satu perkara yang perlu diambil tindakan cukup keras terhadap Nga supaya beliau tidak bertindak melampaui batas.

“Kita juga banyak perkara yang boleh diusik daripada pihak DAP namun pihak BN mengetahui perlembangaan dan undang-undang yang perlu dipatuhi

“Dia jangan hipokrit kerana agama lain menjadikan pemberian duit raya sebagai amalan,” katanya.

Terdahulu Nga dikatakan berkata menerusi status Facebook miliknya telah memuatkan satu gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika Hari Raya sebagai rasuah.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga KorMing, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

David ipe, the career adviser for the school, said the indian school teaches boys and girls in the upper grades in separate classes in accordance proessaywriting.org with ministry regulations