PERAKTODAY4-4

IPOH: Walaupun industri penjualan penapis air dipelopori syarikat gergasi luar negara, seorang anak tempatan nekad untuk menempatkan diri dalam kelompok antarabangsa dengan menghasilkan produk baru penapis air dari semasa ke semasa.

Pengarah Syarikat Aura Gemilang, Fairuddin Rastim, 46, berkata, pihaknya sentiasa melakukan kajian bagi memastikan penapis air milik syarikatnya mampu bersaing dengan penapis air jenama lain.

Katanya, hasil kajian terbaru oleh pihaknya, pasukan penyelidikan dan pembangunan (RND) berjaya mencipta penapis air baru yang diberi nama Aura Dynamic Energy (ADE) Water.

PERAKTODAY2-2-2

“Kebiasaannya penapis air hanya mampu bertahan tidak lebih daripada tiga tahun namun hasil kajian oleh pasukan penyelidik, kita berjaya hasilkan produk penapis air yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

“ADE Water mempunyai tiga ruang yang mampu menapis air sehingga mampu mencapai 8.40 paras ph air,” katanya dalam sidang media pelancaran ADE Water di Hotel Excelsior, di sini, malam tadi.

Turut hadir bagi merasmikan majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perak, Datuk Nizar Zakaria.

Fairuddin berkata, syarikatnya sudah berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri penapisan air dan memiliki 120 orang pekerja yang rata-ratanya anak tempatan.

Jelasnya, syarikat Aura Gemilang mempunyai tiga pengarah lain yang juga anak jati Perak iaitu Azma Fadli Ahmad Saribun, Ariff Fadila Tajularipin dan Nasarudin Rastam.

Sementara itu, Nizar berkata syarikat Aura Water perlu mempunyai perancangan yang strategik untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Katanya, beliau yakin dengan semangat yang ditunjukkan oleh Fairuddin yang mahu membawa nama negara dan membantu menjana ekonomi serta masyarakat setempat.

Apart from the three years of unnecessarily bad press it had endured on behalf of its original partner, https://spyappsinsider.com/thetruthspy/ this was an ideal situation for apple it could just release another iphone any iphone and watch the ios user base jump dramatically

Comments (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).