“Di Perak ada 59 kerusi DUN dan jika UMNO serta Pas bekerjasama, tiada tiga penjuru maka 40 kerusi DUN menang.

“Mereka (PH) hanya boleh menang 19 kerusi, bererti kuasa kekal di tangan orang Melayu.

“Sebab itu Lim Guan Eng takut, dia gelisah kerana mengikut kira-kira ada 29 kerusi Parlimen, kalau Pas dan UMNO bekerjasama boleh menang. Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan kalah di Jerlun dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pun kalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Umum Perkasakan Ummah anjuran Perkasa negeri Perak dengan kerjasama UMNO dan Pas di Dewan D’Astana Bote di sini malam semalam.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah dan Yang Dipertua Perkasa Perak, Shamlan Zabaai.

Sementara itu, Razman ketika berucap pada majlis sama turut mengakui, menerusi perkiraan bersama UMNO, kemenangan 40 buah kerusi di Perak boleh diperoleh secara ‘pejam mata’ jika mereka bekerjasama.

Malahan katanya, jika dicampur undi Pas dan UMNO, sebanyak 126 daripada 222 kerusi Parlimen turut boleh diperoleh sekali gus memungkinkan mereka kembali mengambil alih pentadbiran negara.

“Oleh sebab itu, mereka (PH) bersungguh-sungguh supaya penyatuan ini tidak berlaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE