MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jenderal (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peserta muda Haikal Firdaus Jaafaruddin 11(dua kanan) di Majlis Perasmian Menghafaz al-Quran Peingkat Kebangsaan Ke 37 Tahun 1437H/2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Amanjaya Hotel Casuarina @ Meru. – Foto L Manimaran

 

IPOH: Kerajaan menjalankan kajian terperinci dalam usaha memantapkan pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kajian yang dijalankan Lembaga Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) itu antara lain merangkumi kurikulum pengajian bagi menjamin masa depan pelajar. “Sudah menjadi trend masa kini pendidikan digabungkan dengan aliran tahfiz untuk melahirkan profesional Islam yang hafaz al-Quran. “Namun, persoalan besar timbul di sini, ke mana saluran peningkatan pengajian boleh berlaku jika tiada pengkhususan di peringkat lebih tinggi. Sistem pendidikan  al-Quran perlu menjadi lebih komprehensif dan tidak sekadar tertumpu pada proses hafazan semata-mata,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-37 di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. Jamil berkata, ilmu dalam al-Quran tidak terbatas dalam bidang akidah, ibadah, syariah, feqah dan akhlak semata-mata, tetapi mencakupi disiplin ilmu yang lebih luas dan komprehensif. Katanya, ia merentasi ilmu sains dan teknologi serta mampu menghasilkan profesional dan teknokrat yang Islami. “JAKIM sudah mempelopori usaha ini (memperkasa institusi al-Quran) melalui penubuhan Darul Quran, yang bermula pada Mac 1966, hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. “Kita berbangga kerana pada 1 Mac 2016 ini, Darul Quran sudah mencapai usia 50 tahun dan sudah melahirkan lebih 1,000 huffaz, yang ulul albab dan profesional,” katanya. Seramai 78 peserta terdiri daripada 40 hafiz dan 38 hafizah dari seluruh negara menyertai majlis hafazan berkenaan, yang bermula hari ini dan berakhir Sabtu ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125144

The congressionally chartered nrc assembled an 18-member panel of experts in science and science education to craft the framework, led by https://customwritingassistance.com helen r

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).