IPOH: Kerajaan negeri sedia menerima kedatangan mana-mana tokoh agama dan penceramah bagi menyampaikan ilmu di negeri ini termasuklah penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Datuk Mohd Nizar Zakaria bagi menjawab pertanyaan ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) dalam sesi mengulung perbahasan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negeri Perak di Ipoh hari ini.

Tambahnya, Dr.Zakir Naik adalah seorang cendiakawan Islam yang mempromosikan persefahaman antara agama berdasarkan teks-teks agama yang asli.

Jelasnya lagi, dakwaan yang menyatakan kandungan ceramah beliau menyentuh sensitiviti agama lain dan mengandungi unsur celaan agama lain adalah tidak benar dan hanyalah sangkaan sahaja.

“Sebaliknya golongan bukan Islam diberi keutamaan untuk ruang berdialog untuk lebih memahami Islam bahkan dalam program beliau ramai orang bukan Islam telah mengambil peluang lebih mengenali Islam,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, bukti cara berdakwah beliau diterima oleh muslim dan bukan muslim ialah di Negara India sendiri sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Hindu tidak menghalang beliau dari terus berdakwah.

Sementara itu beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan kebajikan guru-guru KAFA dengan penyediaan elaun bulanan dan pelbagai skim bantuan.

“Guru-guru KAFA adalah lantikan JAKIM berstatus sambilan di seluruh Malaysia dengan pemberian elaun bulanan sebanyak RM800 dan kerajaan negeri telah menambah elaun bulanan guru KAFA sebanyak RM200,” katanya.

Malah jelasnya, pemberian elaun sebanyak RM200 tetap diteruskan kepada guru bersalin sebagai tanda penghargaan kerajaan Negeri.

Comments (1)

  • Robertatown

    The staff always remembers my name; it feels personal.
    lisinopril price uk
    They understand the intricacies of international drug regulations.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).