IPOH: Umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya menjadikan program mengaji Al-Quran sebagai rutin harian bersama-sama ahli keluarga bagi membentuk keluarga yang harmoni.

 Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka perlu mencari ruang masa yang sesuai untuk melaksanakan program itu.629c40_034d8b8c5a544203aa26b359942926ff-mv2

Menurut beliau, Al-Quran tidak sepatutnya dijadikan pameran yang disimpan di dalam almari, sebaliknya perlu dibaca serta difahami dihayati maksudnya untuk dijadikan panduan hidup.

 “Al-Quran adalah mukjizat yang mesti kita jadikan panduan, lebih-lebih lagi untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan bertaqwa,” katanya ketika berucap merasmikan Program #MalaysiaNgaji 2016 peringkat negeri Perak di Perpustakaan Awam Negeri Perak di sini pada Rabu.

629c40_75e47f2a4bc841efbb2ef254412abffb-mv2

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak, Salbiah Mohamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Datuk Mohd Yusop Husin.

 Menurut Drs Nizar, dengan perkembangan teknologi yang berlaku sekarang, Al-Quran boleh dibaca di mana-mana melalui pelbagai aplikasi sama ada melalui telefon bimbit ataupun komputer.

Sementara itu, Salbiah di dalam ucapannya memberitahu, Program #MalaysiaNgaji itu yang dijalankan serentak di seluruh negara adalah hasil kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri dengan beberapa pihak.

 Di dalam program itu, para jemputan turut bersama-sama kira-kira 500 hadirin, termasuk pelajar sekolah dan maahad tahfiz mengaji Al-Quran selama sejam mulai 12 tengahari.

They aim for quick behavioral results, rather than helping students better understand and commit to the values that are core to our society, or helping them develop the skills for putting those values into action in life’s complex check my blog situations