IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam menggunakan pendekatan pencegahan, berbanding terus menghukum seseorang yang didapati melanggar hukum.

Baginda bertitah, pendekatan menggunakan kuasa sehingga meminggirkan adab, tertib dan sopan, bukanlah sesuatu yang dianjurkan ajaran Islam.

 Titah baginda, keindahan Islam itu wajib dicerminkan  dengan sifat-sifat berhemah ketika memenuhi tugas dengan mengamalkan pendekatan berdakwah untuk menyeru ke jalan kebaikan dan menasihati pihak yang melakukan kesilapan menerusi sesi bimbingan dan kaunseling secara tertutup.

 “Tindakan secara kasar yang merendah-rendah dan memperkecilkan sehingga mengakibatkan orang berasa terhina, dizalimi dan diaibkan baik secara lisan apatah lagi secara perbuatan, tidak harus berlaku dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pegawai  penguatkuasaan agama,’’ titah baginda.

 Sultan Nazrin  bertitah demikian di Majlis Pelancaran logo dan Pelan Strategik  2016-2021 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Dewan Al-Ghazali Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

 Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

 Sultan Nazrin juga mahukan supaya Pelan Strategik itu memberi ruang kepada pengubahsuaian dengan menekankan kepada strategi yang telah diperkenankan memandangkan teknologi pada hari ini yang sentiasa berubah dengan fasa yang tersangat laju.

 Titah baginda, apa yang hari ini yang disifatkan sebagai baharu, boleh menjadi sejarah dan jumud dalam tempoh masa yang singkat.

 Sehubungan dengan itu, baginda menitahkan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam supaya berwaspada, peka dan cerdas untuk membaca dan mentafsir setiap perkembangan yang berlaku itu.

 Sultan Nazrin  bertitah, mereka hendaklah bersedia melakukan pengubahsuaian kepada strategi yang telah diperkenankan, selaras dengan perkembangan senario semasa dunia dan negara.

It’s also easy to send articles to https://trackingapps.org/cell-phone-spy-software-for-nokia/ instapaper

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).